d'village resort melaka

Kalau anda hendak bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah anda boleh mencuba untuk menginap di D’Village Resort Melaka di Ayer Keroh.

Resort ini juga antara pilihan yang popular juga.

Lokasi resort ini begitu ideal kerana terletak hanya 13 km daripada pusat bandar. Oleh itu, ia sangat mudah bagi tetamu untuk ke lokasi –  lokasi menarik berdekatan. Sebelum menempah, anda mesti nak tahu lebih  lanjut mengenai resort ini kan.

Jom saya bantu anda dengan 8 info menarik mengenai D’Village Resort Melaka.

1. Fasiliti dan Servis

D Village Resort Melaka, Malacca | Best Price Guarantee - Mobile Bookings &  Live Chat

Terdapat pelbagai fasiliti dan servis yang ditawarkan oleh D’Village Resort Melaka untuk memastikan keselesaan pengunjung. Antaranya:

  • Meja depan yang beroperasi selama 24 jam
  • Simpanan bagasi
  • Wi-fi di tempat awam
  • Tempat letak kereta
  • Restoran
  • Sauna
  • Padang golf
  • Spa
  • Kolam luar

Resort ini juga mempunyai 197 bilik tetamu yang dilengkapi dengan television LCD, pendingin hawa, meja, bar mini dan balkoni.

2. Pilihan Tempat Makan

D'Village Resort Melaka Prices, photos, reviews, address. Malaysia

Resort ini memiliki restoran di lokasinya untuk memudahkan anda menikmati hidangan sepanjang anda menginap di sini.

Restoran di sini menyajikan makanan Asia dan juga makanan ala – carte. Bagi makanan ringan seperti sup, salad, kopi dan teh pula, ia disediakan dengan hanya menggunakan bahan yang berkualiti.

Wah, bagusnyakan.

Bagi Muslim dan juga vegetarian anda juga tidak perlu gusar untuk makan di sini. Hal ini disebabkan, di sini terdapat juga sajian halal dan vegetarian yang disediakan dengan penjagaan dan perhatian rapi.

3. Sajian Sarapan

Soalan yang sering ditanya, adakah sarapan disediakan jika anda menginap di sini.

Jika anda tidak menempah pakej sarapan sekali dengan harga bilik, anda perlu membayar tambahan RM 10 untuk setiap dewasa dan juga kanak – kanak untuk mendapatkan sarapan pagi.

Tapi anda mahukan sarapan di resort tanpa caj tambahan yang mahal. Mari saya kongsikan tips.

Anda boleh menempah bilik yang sudah disekalikan dengan pakej sarapan melalui laman sesawang Agoda. Biasanya harganya lebih murah jika dibandingkan dengan anda membelinya sendiri di resort.

4. Waktu Daftar Masuk dan Waktu Daftar Keluar

D'Village Resort Melaka, Ayer Keroh, Malaysia

Waktu daftar masuk bagi resort ini bermula pada jam 2 petang manakala waktu daftar keluarnya pula sehingga 12 tengah hari.  Anda juga boleh meminta untuk daftar masuk lebih awal atau daftar keluar lebih lewat ketika tempahan. Namun, ia bergantung kepada kekosongan.

Caj tambahan mungkin akan dikenakan jika anda daftar masuk atau keluar tidak mengikut masa yang telah yang telah ditetapkan.

Menariknya, resort ini ada juga menyediakan tempat simpanan bagasi bagi tetamu sebelum mereka daftar masuk dan juga selepas mereka daftar keluar.

5. Majlis

D'Village Resort Melaka, Malacca – Updated 2021 Prices

Soalan yang juga sering diajukan adakah D’Village Resort Melaka menerima tempahan untuk mengadakan majlis?

Jawapannya ya.

D’Village Resort Melaka menerima tempahan untuk acara besar seperti majlis perkahwinan dan juga acara kecil seperti pesta hari lahir. Bukan itu sahaja, resort ini juga boleh dijadikan lokasi untuk acara peribadi dan acara hiburan.

Resort ini juga menyediakan servis peralatan audio – visual untuk kegunaan majlis anda.

Untuk acara – acara yang anda bakal anjurkan, anda boleh memilih mana – mana tempat  dalaman yang berada di dalam D’Village Resort Melaka ini.

6. Lokasi Menarik Sekitar Resort

Menara Taming Sari

Yang seronokknya mengenai D’Village Resort Melaka ini ialah lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk melawat pelbagai tarikan utama di Melaka.

Antaranya ialah:

  • Zoo Melaka – 399 m
  • Pasar Malam Jonker Street  – 10.32 km
  • A Famosa -10.56 km
  • Melaka River Cruise – 10.71 km
  • Monumen Taming Sari  – 10.84 km

Seronokknya, tak perlu pening – pening lagi nak bergerak jauh kalau nak melawat tarikan utama di Melaka.

Selain itu, D’Village Resort Melaka juga berdekatan dengan kemudahan seperti:

  • Pantai Hospital Ayer Keroh -4.09 km
  • Malacca International Airport (MKZ) – 5.75 km

Oleh itu, mudahlah anda jika terdapat kecemasan atau hendak segera ke lapangan terbang.

  • Zoo Melaka – 399 m
  • Pasar Malam Jonker Street  – 10.32 km
  • A Famosa -10.56 km
  • Melaka River Cruise – 10.71 km
  • Monumen Taming Sari  – 10.84 km
  • Pantai Hospital Ayer Keroh -4.09 km
  • Malacca International Airport (MKZ) – 5.75 km

7. Tempat Letak Kereta

D'Village Resort Melaka Room Reviews & Photos - Ayer Keroh 2021 Deals &  Price | Trip.com

Buat sesiapa yang berkunjung ke resort ini dengan memandu kereta anda tidak perlu risau fikirkan soal tempat letak kereta.

D’ Village Resort Melaka menyediakan tempat letak kereta percuma untuk tetamu. Lokasinya yang berada dalam kawasan resort juga memudahkan para pengunjung untuk berulang alik ke kereta.

8. Pilihan Bilik

D Village Resort Melaka, Malacca | Best Price Guarantee - Mobile Bookings &  Live Chat

D’ Village Resort Melaka juga menawarkan pelbagai pilihan bilik. Anda boleh menempah mengikut kesesuaian bajet dan juga bilangan orang yang menginap. Harganya juga berpatutan.

Pilihan bilik yang ada di D’Village Resort Melaka ialah:

  1. Standard Motel
  2. Standard Triple
  3. Standard Chalet
  4. Family Chalet

Kemudahan yang disediakan di bilik – bilik  ini ialah TV skrin LCD, air minuman, cerek elektrik, peralatan dapur, meja kerja, bilik mandi, Wi – Fi percuma dan kemudahan penyimpanan.

Kelebihan resort ini selain fasiliti yang disediakan ialah lokasinya yang terletak berdekatan dengan pelbagai tempat menarik. Oleh itu, ia sesuai dijadikan sebagai lokasi penginapan buat yang ingin menerokai keindahan negeri Melaka.

D’Village Resort Melaka juga menawarkan pelbagai pilihan bilik yang sesuai untuk keluarga. Oleh itu, anda juga boleh menempah resort ini untuk bercuti bersama – sama keluarga tersayang.

Sumber:

https://www.agoda.com/d-village-resort-melaka/hotel/malacca-my.html?cid=1844104

https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/dvillage-resort-melaka-1000000604036

https://www.dvillage.com.my/

https://www.agoda.com/d-village-resort-melaka/hotel/malacca-my.html?cid=-164

https://www.booking.com/hotel/my/village-resort-melaka.en-gb.html?aid=356991;label=gog235jc-1DCAsooQFCFXZpbGxhZ2UtcmVzb3J0LW1lbGFrYUgzWANooQGIAQGYAQm4ARfIAQzYAQPoAQGIAgGoAgO4Aozk9YcGwAIB0gIkODhhNTg0ZDktOWU5ZC00MjI2LWIwNzEtMDlhOTgyNWY4ZjRi2AIE4AIB;sid=17a71ea99c7438b0edf471b5ab000bd1;dist=0&keep_landing=1&sb_price_type=total&type=total&

https://www.agoda.com/d-village-resort-melaka/hotel/malacca-my.html?cid=-164

https://www.gconnec.com/product/activities-and-ticketing/menara-taming-sari/

http://hikersbay.com/asia/malaysia/hotel/my/village-resort-melaka.html?lang=en

https://www.trip.com/hotels/ayer-keroh-hotel-detail-1544230/d-village-resort-melaka/

https://www.agoda.com/d-village-resort-melaka/hotel/malacca-my.html?cid=-164

Summary
8 Info Menarik Mengenai D’Village Resort Melaka
Article Name
8 Info Menarik Mengenai D’Village Resort Melaka
Description
Kalau anda hendak bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah anda boleh mencuba untuk menginap di D’Village Resort Melaka yang di Ayer Keroh.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: