dekorasi rumah

Dekorasi rumah tidak hanya terhad untuk rumah yang besar dan mewah, tetapi ianya sesuai untuk semua jenis rumah yang ada di Malaysia.

Jika dilihat rata-ratanya memiliki kreativiti yang tersendiri. Lihat sahaja posting di Facebook, begitu banyak perkongsian menarik tentang dekorasi rumah dengan cara yang tersendiri.

Sesetengah orang mengimpikan dekorasi rumah sama seperti di Pinterest dan menjadikan ia idaman untuk Instagram- Worthy tetapi anda kena ingat, walaupun hiasannya minimalis tetapi kosnya bukan biasa-biasa.

Mendekorasi rumah juga boleh menjadi terapi mata yang berkesan. Ia boleh menenangkan dan menceriakan hari-hari anda. Apatah lagi, sekarang ini, banyak masa kita dihabiskan di rumah.

Anda tidak perlu mengupah pereka dalaman untuk mengubah halaman anda. Apa yang anda perlu adalah membahagikan masa, idea , bahan yang ada dan anggaran bajet secara kasar untuk mulakan DIY.

Oleh itu, kami sediakan 8 idea dekorasi rumah secara DIY. Mungkin boleh menjimatkan duit poket anda!

Sebelum menghias rumah secara DIY, ini adalah 3 tips yang utama yang akan memberikan impak yang besar dalam keseluruhan dekorasi rumah.

1. Tentukan konsep dekorasi

Scandinavian Living Room Design: Ideas & Inspiration

Jika anda sudah menentukan konsep dekorasi yang anda suka, lebih mudah untuk anda mengetahui apa yang perlu ada dan tidak perlu dalam mendekorasikan ruang.

Berikut adalah contoh konsep dekorasi yang anda boleh pilih.

  • Konsep Transitional – gabungan kotemporari dan tradisional
  • Konsep Moden – menonjolkan gaya mewah dan urban
  • Konsep Kotemporari – sentiasa berubah mengikut tempoh masa tertentu
  • Konsep Farmhouse – selesa, menarik dan mendamaikan
  • Konsep Scandinavian – menggabungkan perabut kayu dan warna pastel

2. Bahagikan ruang untuk dekorasi

25 Modern Room Divider Partition Idea for the Living Room

Utamakan bilik yang paling penting bagi anda dan rancang dekorasi, satu bilik pada satu masa! Mungkin anda mahu memulakan dengan bilik tidur, ruang tamu dan bilik dobi anda.

Pilih maksimum dua atau tiga bilik dan rancang untuk menghiasnya satu persatu. Memadankan semua bilik di rumah adalah mitos reka bentuk. Sekiranya anda memutuskan bahawa anda mahukan bilik tidur sementara tetapi ruang tamu moden, boleh pilih!

Pastikan untuk menambahkan elemen yang sepadan dengan kesemua konsep yang dirancang.

3. Mulakan dekorasi dengan ruang yang besar

The 4 Different Types of Interior Designer Job Options - Home Stratosphere

Setelah anda rancang konsep untuk setiap ruang, mulakan dekorasi dengan ruang yang besar seperti ruang tamu atau ruang makan.

Dari sini, anda akan boleh fokus untuk menghias rumah dengan teratur. Dapat sesuatu dari sini?

8 Idea Dekorasi Rumah Secara DIY

Ini adalah 8 idea dekorasi rumah anda dengan menggunakan cara DIY.

1. Gantung kraftangan dinding

Services - wall hanging from Nagpur Maharashtra India by New Handicraft |  ID - 1240342

Adakah anda mempunyai kertas lama, tin, kadbod, beg plastik, dan pakaian lama di rumah anda?

Mula kumpulkan semua barangan terpakai ini dengan menjadikannya sebagai hiasan DIY. Siapa tahu kreativiti anda akan tercabar dan menghasilkan hiasan yang paling cantik, kan?

2. Penuhi dinding anda dengan bingkai gambar

15 Unique Wall Decoration Ideas For The Living Room | The Lakeside  Collection

Gunakan sudut yang kosong di dinding atau ruang di ruang tamu untuk mengekpresikan personality anda.

Gantungkan bingkai gambar beserta poster vintage, quotes atau gambar keluarga sebagai kenang-kenangan. Jangan hanya tertumpu pada satu konsep gambar. Pelbagaikan gambar supaya nampak lebih menarik.

Salah satu cara terbaik untuk memperibadikan dan menambahkan watak ke dinding dan meja yang kosong di ruang tamu anda adalah dengan menggunakan bingkai. Dan anda boleh membuat apa sahaja yang anda gemari!

3. Gantung kalendar bergambar

Personalise Calendars | Pixajoy Photo Book

Ini juga antara DIY yang anda boleh lakukan dengan mencetak gambar untuk dijadikan hiasan deko di rumah.

Ia menjadikan ruang anda nampak menarik dan tidak membosankan. Anda boleh menempah kalendar bergambar dan lampirkan gambar yang anda pilih. Senang, kan?

4. Letak cermin besar di ruang tamu

outstanding-large-wallcorating-ideas-picture-inspirations-small-living-room -with-mirror-idea-plus-black-coffee-table-feat-contemporary-sofasign-home -  IMPIANA

Idea hiasan rumah terbaik untuk menjadikan rumah kecil kelihatan lebih besar adalah dengan menambahkan cermin besar.

Ini benar-benar dapat memberikan ruang yang besar dan mencerahkan kediaman anda. Bonus jika anda dapat jumpa cermin besar yang mempunyai bingkai yang unik.

Ia bukan sahaja memberi ilusi ruang yang lebih besar tetapi juga menambahkan estetika.

5. Susunan perabot

50 Simple Living Room Decorating Ideas brimming with style

Cara yang paling mudah dan senang untuk DIY rumah adalah menyusun atur perabot yang sedia ada.

Guna ruang secara optimum ketika meletakkan perabot anda. Ini akan menjadikan ruang anda kelihatan lebih luas.

Inginkan perabot baru? Mula mencari perabot terpakai untuk dicat semula dengan warna tema anda.

6. Go Green

5 Super Low-Maintenance Indoor Succulents for Your Chill Room Goals -  Organic Authority

Cara dekorasi yang paling mudah adalah tambahkan elemen estetika dengan menambahkan pokok atau tanaman – sama ada digantung, pokok palsu, dibingkaikan atau succulents.

Ini akan mewujudkan rasa ketenangan dan kedamaian yang diperoleh daripada melihat daunan berwarna hijau.

7. DIY barang hiasan untuk ruang bilik tidur

50 Fun and Easy DIY Room Decor Ideas That Won't Break The Bank

Jika anda seorang yang kreatif dan berseni, kitar semula balang lama atau botol kaca untuk dijadikan hiasan tambahan.

Anda boleh mencampurkan sedikit warna dan elemen yang kena dengan konsep di bilik tidur.

Jika anda mahukan sedikit hiasan tambahan pada meja tidur, anda boleh meletakkan bunga di dalam pasu DIY. Mesti cantik!

8. Dekorasi kepala katil

Charming But Cheap Bedroom Decorating Ideas • The Budget Decorator

Bilik tidur adalah ruang yang mana kita perlukan rehat dan tenang. Oleh itu tidak salah sekiranya anda memasang kain langsir yang lut sinar atau elemen yang boleh menceriakan dinding berdekatan katil anda.

Pastikan ia kekal minimalis dan tidak serabut. Kalau tak nak pening kepala, anda boleh mendapatkan karya seni secara percuma di media sosial dan mencetakkannya di atas kanvas.

Adakah anda bersedia untuk mencuba beberapa idea hiasan dan kraf rumah DIY yang ringkas dan mudah ini? Jika jawapannya ya, selamat mencuba!

Sumber:

https://www.rentomojo.com/blog/home-decor-ideas-india/

https://www.photojaanic.com/blog/diy-home-decor-ideas

https://www.thetrendspotter.net/diy-home-decor/

https://www.mymove.com/home-inspiration/decoration-design-ideas/heres-decorate-home-scratch-easier-think/

Summary
8 Idea Dekorasi Rumah Secara DIY
Article Name
8 Idea Dekorasi Rumah Secara DIY
Description
Dekorasi rumah tidak hanya terhad untuk rumah yang besar dan mewah, tetapi ianya sesuai untuk semua jenis rumah yang ada di Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: