hotel kuantan

Hotel di Kuantan menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan yang menarik buat anda yang inginkan percutian di negeri pantai timur ini.

Kebanyakan hotel terletak di lokasi yang berdekatan dengan lapangan terbang, pusat perniagaan dan kawasan tumpuan umum. Mudahlah buat anda untuk mengunjunginya.

Pelbagai pilihan bermula dari hotel mewah hingga yang lebih mesra poket. Anda boleh memilih mengikut kesesuian bajet percutian anda. Anda nak tahu apakah hotel pilihan sekitar Kuantan? Jom saya kongsikan 8 Hotel Kuantan dengan pelbagai fasiliti menarik.

1. Hotel Zenith

The Zenith Hotel, Kuantan | 2021 Updated Prices, Deals

Hotel ini terletak di tengah – tengah bandar Kuantan kira – kira 5 minit dari Kompleks Beli Belah East Coast. Perjalanan dari Lapangan Terbang Kuantan pula mengambil masa kira – kira 45 minit.

Hotel mewah ini menyediakan pelbagai fasiliti yang menarik seperti:

  • Bilik kontemporari yang luas
  • TV skrin rata dengan saluran pelbagai tayangan
  • Servis bilik 24 jam
  • Bilik mandi peribadi dilengkapi pengering rambut
  • Minibar
  • Gim
  • Taman permainan untuk kanak – kanak
  • WiFi percuma

Hotel ini juga menawarkan kafe mewah dengan hidangan yang istimewa.

The Dining Room Coffee House menyediakan santapan sepanjang hari dan mempunyai dapur terbuka dan hidangan antarabangsa. The Lounge menyediakan tempat yang ideal untuk bersantai dan menikmati minuman.

2. Hotel AC by Marriott Kuantan

AC Hotel by Marriott Kuantan,Cherating Beach:Photos,Reviews,Deals

AC Hotel by Marriott Kuantan berjarak hanya 10 minit pemanduan dari Royal Pahang Golf Club dan Pantai Teluk Cempedak.

Banyak fasiliti menarik yang ditawarkan hotel ini. Antaranya:

  • Bilik yang dilengkapi perabot moden
  • TV layar datar dengan saluran satelit
  • Bilik mandi peribadi
  • Perkhidmatan simpanan bagasi, dobi dan penyewaan kereta
  • Kaunter penerimaan tetamu beroperasi 24 jam

3. Swiss Bel-Hotel

Swiss-Belhotel Kuantan, Kuantan | Best Price Guarantee - Mobile Bookings &  Live Chat

Hotel ini hanyalah berjarak 11 km daripada bandar Kuantan manakal jarak lapangan terbang Sultan Haji Ahmad Shah dengan hotel ini pula hanyalah 26 km. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan ulang alik berbayar dari lapangan terbang.  

Selain itu, hotel ini banyak menyediakan banyak fasiliti yang menarik. Antaranya:

  • Bilik yang dilengkapi dengan TV dengan saluran satelit dan pembakar roti
  • Bilik mandi dalam balik
  • Kaunter penerimaan tetamu 24 jam,
  • Servis layanan bilik
  • Servis simpanan bagasi untuk para tetamu.

Di sini juga anda dapat menikmati sajian bufet untuk sarapan pagi.

4. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan

Facilities & Activities | GRAND DARULMAKMUR HOTEL

Lokasi hotel ini terletak di tengah – tengah bandar Kuantan.

Hotel Grand Darul Makmur ini berjarak hanya 5 minit pemanduan dari East Coast Mall dan Berjaya Megamall. Manakala, ia berjarak 20 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Kuantan dan 45 minit pemanduan dari Pantai Cherating.

Antaranya ialah:

  •  3 pilihan tempat makan
  •  Sauna
  •  Kolam renang luar
  • .Gimnasium
  •  Taman permainan kanak – kanak
  •  Akses WiFi percuma.
  • Bilik-bilik kalis bunyi yang luas dan dilengkapi ruang tempat duduk
  • TV layar datar dengan saluran kabel
  • Kemudahan barangan pengurusan diri
  • Bilik mandi peribadi dengan kemudahan air panas dan pengering rambut.
  • Kemudahan membuat teh / kopi dan peti sejuk mini

Banyak lagi sebenarnya. Pendek kata, serba mewah dan lengkap.

5. Hyatt Regency Kuantan Resort

Refurbished Beachfront Resort Kuantan, Malaysia | Hyatt Regency Kuantan  Resort

Kalau pilihan penginapan anda lebih kepada suasana resort yang nyaman, anda boleh cuba Hyatt Regency Kuantan Resort.

Anda boleh menikmati lokasi tepi pantai yang indah di Teluk Chempedak. Hyatt Regency Resort juga menawarkan bilik-bilik mewah dengan teres peribadi. Terdapat 2 kolam renang luar yang menakjubkan dengan ruang santai, pelbagai sukan air dan spa.

Lokasi ini amat baik untuk percutian anda.

6. Classic Hotel

Classic Hotel, Kuantan – Updated 2021 Prices

Saya nak tempat penginapan untuk bercuti. Tapi saya nak hotel yang lebih mesra poket.

Tak mengapa, jangan risau anda masih boleh bercuti. Jom saya kongsikan pula hotel bajet untuk kos penginapan yang lebih mesra poket.

Classic Hotel merupakan hotel bajet yang menyediakan pelbagai fasiliti yang mesra pengunjung. Hotel ini terletak bersebelahan Masjid Kuantan dan di depan sungai yang indah,

Biarpun hotel ini sebuah hotel bajet, terdapat pelbagai kemudahan yang menarik. Antaranya:

  • Bilik-bilik berhawa dingin dan dilengkapi TV satelit serta lantai berkarpet.
  • Wi-Fi percuma.
  •  Kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini
  • Restoran

Jika mahukan pemandangan yang cantik, anda boleh menempah bilik yang menghadap ke Bandar Kuantan dan Sungai Kuantan. Bangun pagi – pagi mesti rasa segar dapat lihat pemandangan yang indah di depan mata.

Hotel ini juga berdekatan dengan Kuantan Esplanade dan pusat membeli-belah terkenal seperti pusat pantai Timur dan Kuantan City Mall.

7. GM Hotel Kuantan

Book GM Hotel Kuantan in Kuantan (and vicinity) | Hotels.com

Hotel ini terletak hanya 1.2 km dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah. Tempat penginapan ini juga berada dalam jarak 5 km dari Taman Rekreasi Kuantan dan 6 km dari Taman Gelora.

Antara fasiliti yang ditawarkan:

  • Kaunter penerimaan tetamu beroperasi selama 24 jam
  • Kemudahan penukaran mata wang bagi tetamu
  • Bilik berhawa dingin
  • Wi – Fi percuma

8. OYO 89873 Nurbayu Chalet

OYO 89873 Nurbayu Chalet, Kuantan – Updated 2021 Prices

OYO 89873 Nurbayu Chalet terletak di Kuantan. Chalet ini berada dalam jarak 49 km dari Taman Gelora dan 50 km dari Taman Rekreasi Kuantan. Tempat penginapan ini dilengkapi kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi selama 24 jam dan WiFi percuma disediakan di seluruh kawasan.

Jikalau anda mahupun pusat penginapan bajet yang berkonsepkan chalet anda boleh cuba menempah Chalet Nurbayu ini.

Wah, berbagai – bagai fasiliti ya yang ditawarkan.  Anda tinggal pilih sahaja yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Sebelum membuat tempahan, intai – intailah mana tahu ada promosi. Kalau ada diskaun lagilah seronokkan!

Sumber:

https://luxuryhotel.guru/kuantan/

https://www.booking.com/luxury/city/my/kuantan.html

https://www.booking.com/budget/city/my/kuantan.html

https://www.agoda.com/the-zenith-hotel/hotel/kuantan-my.html?cid=1844104

https://www.lifeisoutside.com/my/cherating-beach-resorts/vistana-kuantan-city-centre/

https://www.agoda.com/swiss-belhotel-kuantan-h12523486/hotel/kuantan-my.html?cid=1844104

https://gdmhotel.com.my/facilities-activities/

https://www.hyatt.com/en-US/hotel/malaysia/hyatt-regency-kuantan-resort/kuakt

https://www.booking.com/hotel/my/classic.html

https://www.hotels.com/ho1304638624/gm-hotel-kuantan-kuantan-and-vicinity-malaysia/?modal=dp

https://www.booking.com/hotel/my/oyo-89873-nurbayu-chalet.html

https://kuantan.thezenithhotel.com/rooms/family-suite/

Summary
8 Hotel Kuantan dengan Pelbagai Fasiliti Menarik
Article Name
8 Hotel Kuantan dengan Pelbagai Fasiliti Menarik
Description
Hotel di Kuantan menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan yang menarik buat anda yang inginkan percutian di negeri pantai timur ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: