Hotel Johor Bahru

Kewujudan destinasi pelancongan dan percutian telah menyebabkan lebih ramai pelancong datang untuk menginap dan semakin banyak hotel Johor Bahru dibangunkan.

Bukan itu sahaja, Johor juga terkenal dengan zon bebas cukai, taman rekreasi, pantai dan macam-macam lagi membuatkan anda yang datang kesini rasa sangat berpuas hati. Oleh kerana terlalu banyak sektor perhotelan yang tumbuh bak cendawan, anda dah tahu ke antara hotel Johor Bahru yang terbaik untuk anda bermalam?

Kami senaraikan 10 hotel di Johor Bahru yang terbaik dan menepati citarasa anda. Anda hanya tinggal pilih sahaja dan booking penginapan dengan segera!

1. Amari Johor Bahru

Jika anda inginkan layanan yang baik dan lokasi strategik yang betul-betul terletak di tengah-tengah pusat bandar, Amari Johor Bahru adalah pilihan yang terbaik. Amari terletak di sebelah Komtar di Johor Bahru. Pintu masuk utama bangunan menghadap Jalan Trus, yang terletak di seberang City Square.

Apa yang menarik, anda boleh berjalan kaki dari JB CIQ dan berjalan-jalan di sekitar kawasan ini untuk berkunjung ke kafe, kedai makan, pusat membeli-belah dan pasar malam. Ia menawarkan bilik dan suite yang elegan dengan WiFi percuma di seluruh kawasan. Hotel ini berkonsep moden dan elegan.

Selain itu, setiap unit dilengkapi dengan TV satelit 40 inci dan bar mini. Unit-unit terpilih mempunyai akses lounge eksekutif, sementara yang lain menawarkan akses kolam renang langsung. Bilik mandi peribadi menyediakan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma serta mempunyai fasiliti lain seperti kolam renang, pusat kecergasan dan spa.

Jika anda datang bersama keluarga, pasti penginapan ini memberikan 1001 percutian yang mewah. Jangan risau tentang nak makan kat mana kerana sarapan bufet disajikan di Amaya Food Gallery, dengan pilihan termasuk hidangan Asia dan antarabangsa.

Harga: Bermula dari RM243++ semalaman

Lokasi: No. 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

2. Hotel CIQ, Jalan Trus

Hotel CIQ di sepanjang Jalan Trus adalah hotel yang agak baru kerana mula dibina pada tahun 2018. Pada mulanya, hotel ini adalah kedai lama kemudian dari masa ke masa telah diubah dmenjadi hotel cantik dengan lobi yang mewah.

Walau bagaimanapun, biliknya sedikit kecil tetapi tetap selesa dan bersih. Dan juga kebanyakan bilik disini tanpa tingkap. Lokasi hotel ini begitu strategik sama dengan Amari JB. Namun begitu, hotel ini sebenarnya sesuai untuk para pengunjung yang singgah untuk berehat dan bersantai.

Harga: Bermula RM75++ semalaman

Lokasi: No.52/54, Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru

3. Bliss Boutique Hotel Johor Bahru

Bukan sahaja namanya unik, malah jika dilihat dari segi rekaannya juga berwarna-warni. Sesuai untuk anda yang suka untuk bergambar. Sangat Insta-Worthy!

Hotel ini terletak berhampiran dengan Plaza Pelangi. Walaupun bilik-bilik disini lebih kecil namun kalau anda perasan, setiap bilik disini di dekorasi dengan tema yang berbeza dan sangat kreatif. Bukan itu sahaja, jika anda ingin sarapan, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga tempatan yang menjual prata di sepanjang jalan.

Terdapat juga kedai Briyani India Selatan dan Bistro Itali. Buat para pencinta bakeri, mungkin ini akan menggembirakan hari anda kerana terdapat kedai bakeri di tingkat 1 manakala di tingkat 2 mempunyai restoran untuk makan malam romantis. Haa, amacam? Nak try tak?

Harga: Dari RM155+ Semalaman

Lokasi:  50 Jalan Jaya, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru

4. The Point Boutique Hotel Johor Bahru

The Point Boutique Hotel terletak di Johor Bahru. Ia berdekatan dengan Paradigm Mall Johor Bahru dan Sutera Mall. Sangat sesuai untuk anda yang kaki shopping menginap disini. Selain itu, anda juga boleh menikmati tarikan popular di kawasan ini seperti Taman Air & Pengembaraan Austin Heights dan Legoland Malaysia. Oh ya, jangan terlepas lawatan ke Night Safari!

Harga: Bermula dari RM156 ++ semalaman

Lokasi: 1-1-05, Jalan Titiwangsa 2, Johor Bahru, Johor Bahru, 81200

5. Trove Hotel Johor Bahru

Anda sukakan hotel berkonsep moden dan mewah? Boleh cuba menginap di Trove Hotel. Trove adalah hotel yang agak baru di JB, dikunjungi oleh kebanyakan orang Singapura. Ia mudah dicari dan berada dekat dengan New York Hotel.

Jangan risau tentang makanan kerana semua restoran berada di sekitarnya. Hotel ini bersih dan rapi dengan tempat tidur yang selesa dan pemandangan yang indah dari setiap bilik. Pusat membeli-belah terdekat adalah KSL City dan Holiday Plaza.

Harga: RM173++ semalaman

Lokasi: Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

6. Hotel Capri by Fraser

Capri by Fraser adalah hotel yang baru di JB tetapi memiliki kualiti setaraf hotel 5 bintang yang lain kerana menggunakan teknologi yang tinggi. Hotel ini terletak dalam sebuah bangunan gah yang mempunyai studio dan apartment yang moden dan selesa untuk seisi keluarga.

Bagi anda yang kekurangan pakaian ketika melancong di JB, jangan risau kerana dobi turut disediakan. Sepanjang menginap di sini, anda boleh menikmati pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang terbuka, kolam renang kanak-kanak, gym dan macam-macam lagi. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Lokasi: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, 80300 Johor Bahru

7. Doubletree by Hilton

Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar dan lokasinya strategik membuatkan hotel ini nampak cukup gah.

Hotel ini mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap termasuk jakuzi, gym, sauna dan kolam renang. Hotel ini juga mempunyai kemudahan untuk tetamu yang kurang upaya (OKU).

Jika anda ingin merasai pengalaman yang berbeza, bolehlah menginap di Doubletree by Hilton kerana ia memberikan anda layanan yang cukup sempurna dari awal anda menjejakkan kaki ke hotel sehingga hari terakhir anda disini. Ini adalah hotel Hilton yang pertama di JB.

Harga: Dari RM315+ Semalaman

Lokasi: No. 12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru

8. Thistle Hotel Johor Bahru

Jika anda seorang pencinta ‘view’, anda boleh memilih Thistle Hotel sebagai hotel pilihan anda. Dari atas sini anda boleh melihat pemandangan Selat Johor yang indah.

Selain itu, lokasinya juga terletak berdekatan dengan gerai-gerai tempatan yang menawarkan makanan tempatan yang sedap-sedap belaka! Sama seperti hotel yang lain, hotel yang bertaraf 5 bintang ini juga lengkap dengan fasiliti seperti kolam renang, gym, spa dan gelanggang tenis. Anda pasti tidak bosan!

Harga: Dari RM270+ Semalaman

Lokasi: Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru

Adakah anda bersedia untuk bercuti di Johor Bahru? Pastikan anda mempunyai bajet yang cukup supaya anda berpuas hati dan menikmati percutian anda di Johor Bahru dengan sebaiknya.

Sumber:

https://johorfoodie.com/8-hotels-in-johor-gateaway/

https://thecraversguide.com/hotels-in-jb-weekend-staycation/

https://www.trip.com/hotels/johor-bahru-hotels-list-1376/

Summary
8 Hotel Johor Bahru Terbaik Untuk Percutian Yang Menyeronokkan!
Article Name
8 Hotel Johor Bahru Terbaik Untuk Percutian Yang Menyeronokkan!
Description
Kewujudan destinasi pelancongan dan percutian telah menyebabkan lebih ramai pelancong datang untuk menginap dan semakin banyak hotel Johor Bahru dibangunkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: