Now Reading
8 Hotel bajet di sekitar bandar Muar Johor

8 Hotel bajet di sekitar bandar Muar Johor

Muar

Muar, Johor

Bandar Muar merupakan satu bandar yang bersejarah di Johor. Bandar ini yang terletak di arah barat laut negeri johor, Muar adalah antara destinasi yang paling terkenal di Malaysia kerana keunikan makanan tempatan, hasil kopi dan bangunan bersejarah yang dibina sebelum perang dunia.

Muar yang diistiharkan sebagai ‘bandar diraja (royal town)’ Johor dan telah menerima anugerah ‘Asean Clean Tourist City Standard Award 2017’ menjadikan Muar salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara! Jadi anda boleh senang hati kerana kebersihan di bandar ini sudah tentu dijamin. Selain itu, apakah yang boleh anda berharap apabila melawati Muar? Sudah tentulah makanan tempatannya yang menjadikan Muar satu destinasi orang ramai. Tambahan pula, bandar ini yang sederhana besar, jadi anda bolehlah ambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan sambil cari makan mengelilingi kawasan Muar. Namun, tidak semua penginapan dapat memberikan nikmat rehat yang sebenar, lebih-lebih lagi dalam harga yang murah. Untuk menyelesaikan masalah ni, mari kita lihat beberapa hotel murah di Muar yang pasti membantu anda tidur lena dalam harga yang sangat berpatutan.

Muo Villa

Muar Villa - Booking Deals + 2022 Promos

Hendak merasa hidup seperti bangsawan? Maka inilah peluangnya! Menginaplah di Muo Villa dengan hiasan dalaman yang tak ubah seperti hotel, dilengkapkan lagi dengan kolam renang besar. Muo Villa adalah rumah idaman sesiapa sahaja. Memang bestlah kalau dapat menginap di rumah idaman semasa percutian rileks anda.

Bilik-bilik yang ditawarkan di sini adalah cukup luas dan lengkap dengan semua kemudahan seperti di rumah sendiri. Sesetengah bilik di villa ini juga turut memiliki ruang balkoni yang boleh dijadikan lokasi bersantai anda di waktu petang sambil menikmati pemandangan indah dan udara yang segar.

Lokasinya, terletak hanyalah 8 minit daripada kawasan bandar dan 10 minit daripada Tanjung Emas.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 233-2, Jalan Meriam, 84000 Muar. Johor.

Muar Traders Hotel

Muar Traders Hotel, Muar | 2022 Updated Prices, Deals

Hotel ini menawarkan harga yang bermula bawah daripada RM130, Muar Traders Hotel tetapi ia bukanlah sebuah hotel murah yang biasa. Sekiranya anda melihat hiasan dalaman hotel ini, dapat dirasakan aura mewah seperti mana layaknya sebuah hotel penginapan. Antara penginapan yang ditawarkan adalah apartment dengan 1 atau 2 buah bilik, bilik deluxe dan early bird room.

Pemandangan yang dapat dinikmati daripada bilik-bilik yang dihias dengan warna neutral ini juga sungguh mengujakan iaitu pemandangan Sungai Muar yang mengalir dengan tenang, jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Sekiranya perut berbunyi sewaktu sedang bersantai di dalam bilik, anda boleh turun ke tingkat bawah untuk mengisi kelaparan dengan makanan-makanan enak dari kedai donut, Secret Recipe ataupun Domino.

Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan di tengah-tengah pekan Muar. Sangat strategik!

Harga: Dari RM129+ Semalaman

Alamat: 16, Jalan Petrie, Muar, 84000 Muar. Johor.

Elite Hotel

ELITE HOTEL $11 ($̶2̶7̶) - Updated 2022 Prices & Reviews - Muar, Malaysia

Kalau anda serba lengkap, Elite Hotel adalah penginapannya. Hotel ini terletak betul-betul di atas Old Town White Coffee sekiranya anda ingin menikmati makanan yang mengenyangkan setelah kepenatan berjalan-jalan. Kalau ingin mencari makanan atau barangan keperluan yang lain, 99 Speedmart juga terdapat di sini. Sekiranya anda tidak kisah untuk berjalan kaki dalam sekitar 10 ke 15 minit, terdapat banyak pilihan kedai makan yang lain. Untuk beraktiviti, taman Tanjung Emas tidak jauh dari hotel.

Elite Hotel adalah sebuah hotel 2 tingkat yang mempunyai sebanyak 46 buah bilik untuk dipilih. Bilik-bilik ini dihias dengan moden dan berlantaikan jubin. Hotel ini juga sesuai untuk diinapi bersama keluarga kerana keluasan bilik-bilik yang ditawarkannya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang mantap kelajuannya.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 5-20, Jalan Ibrahim, 84000 Muar. Johor.

Muo Boutique Hotel

Muo Boutique Hotel, Muar | 2022 Updated Prices, Deals

Tiada apa yang lebih sebenar dari pengalaman Muarnya daripada menginap di Muo Boutique Hotel.

Dari masa anda melangkah masuk bangunan dengan reka bentuk kolonial ini, anda akan disambut dengan dunia penuh nostalgia bandaraya Muar yang mana ruang lobinya mempamerkan pelbagai hasil karya yang bertemakan Muar dan barang-barang antik seperti radio, lampu-lampu lama, tv klasik dan banyak lagi.

Ruang biliknya juga tak mengecewakan, diberikan sentuhan vintage/retro dan moden, konsep yang diketengahkan ini menambahkan atmosfera ‘cosy’ penginapan. Bukan sekadar nampak selesa pada pandangan mata, tapi sememangnya katil dan bantalnya empuk semacam! Yang bestnya, kalau anda suka dengan mana-mana produk hotel ini, anda boleh membelinya dekat Muo Concept Store.

Harga: Dari RM126+ Semalaman

Alamat: 1&1A, Jalan Petrie, 84000 Muar. Johor.

Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel, Muar, Malaysia - Booking.com

Hotel ini adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang sangat sempurna untuk bercuti sekiranya anda suka berjalan-jalan cari makan. Kerana di sini terdapat banyak kedai-kedai dan kafe menarik di sekitarnya seperti Papparich yang berada di tingkat bawah hotel, Pizza Hut, Chatime, McD dan Starbucks!

Tropicana Boutique Hotel menyediakan 29 buah bilik yang selesa dan juga 4 buah homestay. Fasiliti yang disediakan hotel butik ini juga sangat memuaskan hati yang mana mereka menyediakan water dispenser di setiap tingkat, kemudahan karaoke, Far Infrared (FIR) Sauna dan juga Business Centre

Harga: Dari RM103+ Semalaman

Alamat: 82-54, Tkt 2, Jalan Bakri 2 Kg Kenangan Tun Dr. Ismail, Johor, 84000 Muar. Johor.

 Sabak Awor Resort

Hotel Sabak Awor Resort, Muar - trivago.com.my

Bagi anda yang mengidamkan suasana damai dan kekampungan, Sabak Awor Resort adalah penginapan yang anda cari. Terletak di tepi Sungai Muar, anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan indah ini sambil menjamu selera makanan laut yang dihidangkan di restoran milik resort.

Disebabkan lokasinya ini juga, banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancang untuk lakukan seperti menikmati pemandangan matahari terbenam daripada jeti, river cruise dan memancing.

See Also
Sepanggar

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: Lot 9094 Sabak Awor,Batu 3 Jalan Bakariah Batu ,Tepi Sungai, 84000 Muar. Johor.

WakaLily Hostel

Hostel ini dihias dengan menarik dan kelihatan ceria. Ianya dibina di kawasan kampung yang bersawah padi. Tetamu yang sukakan suasana kampung yang mendamaikan pasti akan sukakan hostel ini. Pada yang sukakan aktiviti berbasikal, tempat ini ada menyediakan khidmat menyewa basikal dan tempat simpanan basikal untuk yang membawa basikal masing-masing.

Antara kemudahan yang di sini adalah ruang santai di mana tetamu boleh berehat dan berkongsi cerita, perpustakaan mini untuk yang suka membaca, dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak yang lengkap, alat pembakar roti, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk yang penuh dan dispenser air. Keseluruhan premis ini mempunyai liputan WIFI percuma.

Harga – Dari RM 58 Semalaman.

Alamat – No. 13 Up, Jalan Bunga Permai, Taman Bunga Permai Batu 2, Parit Bunga, 84000 Muar, Johor.

The Wood Boutique Hotel

The Wood Boutique Hotel ini yang diinspirasikan daripada Brighton Bathing Boxes yang terletak di kawasan pantai di Melbourne. Ianya terletak di pusat komersial The Wood yang juga menempatkan kedai-kedai dan restoran yang menarik.

Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan juga luas dan bersih. Perabot yang digunakan bertema vintaj dan menimbulkan suasana selesa kepada yang menginap. Tempat letak kereta dan WIFI percuma ada disediakan. Terdapat juga khidmat kemasa bilik harian. Persekitaran hotel ini juga sangat meriah. Pada yang sukakan suasana bandar yang hidup, hotel ini adalah pilihan yang tepat. Selain restoran, terdapat juga pusat penjaja di kawasan berhampiran.

Harga – Dari RM 67 Semalaman.

Alamat – 37-3 LORONG HAJI IBRAHIM JALAN BAKRI, 84000 Muar, Johor.

Semoga perkongsian yang serba ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang merancang untuk percutian pendek di bandar Muar nanti.

Source :

https://www.letsgoholiday.my/p/hotel-muar

https://www.clevi.com/ms/tempat/malaysia/muar/sabak-awor-resort/3_1_315845.htm

https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-muar/
error: Content is protected !!