Now Reading
8 Destinasi Percutian yang Menyeronokkan untuk Family Day

8 Destinasi Percutian yang Menyeronokkan untuk Family Day

family day

Family day merupakan aktiviti yang ditunggu – tunggu terutamanya jika anda sudah lama tidak dapat meluangkan masa bersama – sama keluarga.

Seronoknnya dapat bercuti dan melakukan aktiviti bersama – sama keluarga tersayang. Tahukah anda, di Malaysia terdapat banyak destinasi yang menyeronokkan untuk aktiviti family day.

Nak tahu di mana? Jom saya kongsikan 8 destinasi percutian yang menyeronokkan untuk family day anda.

1. Cameron Highlands

Cameron Highland Tour - 1 Day 2021 - Kuala Lumpur

Siapa tak kenal destinasi percutiaan tanah tinggi rakyat Malaysia ini. Lokasi percutian angin sepoi – sepoi bahasa ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk family day.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Antaranya:

  • Menikmati strawberi segar di ladang,
  • Melihat lavender yang mekar sambil menikmati ais krim.
  • Mendaki Gunung Brinchang untuk menjelajahi Mossy Forest.
  • Melawat ladang Teh Boh yang indah

Pemandangan yang subur dan suhu yang menyegarkan di tanah pasti menjadi destinasi family day yang sangat menyeronokkan.

2. Pulau Rawa Johor

Malaysia Island Resort, Travel, Mersing Island, Beach Resort

Pulau kecil yang indah ini belum cukup dikenali. Namun, anda jangan tak tahu lokasi ini sangat indah panoramanya dan kadang – kadang disebut sebagai ‘Little Borocay’.

Pasirnya yang putih dan perairan yang jernih sememangnya layak untuk dibandingkan dengan Maldives. Wah, hebatnya!

Destinasi ini sangat ideal untuk aktiviti family day. Antara perkara yang anda boleh nikmati bersama – sama keluarga ialah:

  • Permainan bola tampar pantai
  • Snorkeling di perairan yang jernih
  • Luncur air di jeti

Anda dan keluarga akan lupa kesibukan bandar dalam masa cepat.

3. Melaka

Melaka tourism operators unaffected by water rationing - Cyber-RT

Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, anda dan keluarga boleh berkunjung ke Melaka untuk aktiviti family day. Disebabkan jarak yang dekat, anda sekeluarga boleh pergi balik hari sahaja.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini:

  • Berkunjung ke Jonker Walk

Ia terletak di tengah-tengah Chinatown dan merupakan spot yang baik bagi street food, kedai cenderamata, pelbagai bar, kafe desa dan banyak lagi.

  • Berkunjung ke Taman Tema Air A’ Famosa
  • Berinteraksi dengan spesis eksotik di A’ Famosa Safari Wonderland
  • Berkunjung ke bandar A’Famosa Old West Cowboy

4. Janda Baik, Pahang

Janda Baik Pahang: D' River Resort

Siapa tak kenal dengan lokasi ikonik percutian ini. Kalau anda tinggal di Kuala Lumpur anda hanya perlu memandu selama 45 minit sahaja untuk ke sini.

Janda Baik terletak di hutan hujan hijau di mana anda boleh bersantai bersama – sama keluarga dan menikmati udara segar sambil menikmati suasana yang tenang dan nyaman.

Bolehlah anda sekeluarga melupakan kebingitan bandar buat seketika.

Anda boleh bawa anak – anak anda ke  Little Farm on the Hill untuk menunjukkan kepada mereka  bagaimana makanan mereka ditanam di ladang seluas tujuh hektar yang  dipenuhi dengan ramuan dan sayur-sayuran organik.

Anak-anak anda sudah tentu suka menerokai ladang ini. Bagi ahli keluarga yang lebih dewasa anda boleh mendaftar untuk kelas memasak atau berkebun untuk merasai kesegaran dunia hijau.

Lokasi ini juga terkenal dengan makanan tengah hari yang sihat. Anda boleh menempah slot untuk pesta makan – makan bersama – sama keluarga anda. Istimewanya slot ini, anda akan disajikan dengan banyak sayur-sayuran dan daging asap yang enak.

Lokasi ini tentu seronok untuk aktiviti family day anda nanti.

5. Sabak Bernam, Selangor

Violet: Sekinchan, Tempat Bercuti Yang WOW!

Jika keluarga anda merupakan pecinta alam, anda boleh mencuba kelainan dengan berkunjuk ke Sabak Bernam untuk aktiviti family day.

Destinasi ini membolehkan anda menikmati pelbagai keindahan alam daripada sawah padi yang terbentang luas. Anda juga boleh menyewa basikal dengan menyewa basikal dan berkeliling mengelilingi sawah dengan anak-anak anda dan nikmati pemandangan hijau yang subur.

Anda juga menelusuri sungai bakau dan mempelajari tentang ekosistem sungai sebelum menuju ke hutan untuk melihat pemandangan burung enggang di Pusat Cerap Hornbill Hutan Simpan Sungai Karang.

Apabila matahari terbenam, panggil anak-anak anda untuk melihat keunikan tempat ini iaitu kunang-kunang.  Anda boleh berkunjung ke  ke Kampung Kuantan atau Firefly Park Resort di Kuala Selangor dan menaiki bot untuk mendapatkan pemandangan kunang-kunang yang terbaik.

6. Port Dickson

Lexis Hibiscus® Port Dickson Water Villas | Lexis® Hotel Group MY

Port Dickson merupakan destinasi family day yang yang paling senang dan senang dikunjungi.

Terdapat banyak pantai yang indah di sini dan beberapa tarikan utama untuk keluarga seperti ladang emu, muzium tentera dan taman tema dalaman yang kecil.

Port Dickson juga menawarkan tempat penginapan yang hebat dan berpatutan Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk tinggal di vila atas air dengan kolam peribadi anda sendiri, lokasi menawarkan harga berpatutan.

Antara beberapa pusat peranginan yang sesuai untuk keluarga dengan vila atas air ialah:

• Avillion Port Dickson

• Grand LexisHibiscus

• Lexis Hibiscus

7. Langkawi

Langkawi 2021: Best of Langkawi Tourism - Tripadvisor

Siapa yang tidak kenal pulau percutian ini? Lokasi ini mempunyai pelbagai tarikan untuk anda melakukan aktiviti family day. Destinasi ini juga sesuai untuk anda beraktiviti bersama – sama anak – anak anda.

Antaranya ialah:

  • Berkunjung ke taman hidupan liar
  • Berkunjung ke ladang buah – buahan
  • Berkunjung ke akuarium
  • Melawat Jambatan Langit Langkawi.

Terdapat banyak juga aktiviti air seperti sunset cruise dan island hoping serta  tarikan semula jadi yang lain. Anda juga boleh berkayak melalui bakau atau tali zip di merentasi  hutan sebelum bersantai di kawasan air panas.

8. Sunway Lost World Tambun

Tickets & Rentals - Lost World of Tambun Theme Park

Lokasi ini merupakan tempat terbaik untuk aktiviti family day.  

Taman tema ini dikelilingi oleh bukit batu kapur dan kehijauan. Rasanya seperti anda berada betul – betul hilang ke dunia lain. Di sini anda sekeluarga juga boleh pergi berjalan – jalan, mengunjungi taman air, belajar mengenai perlombongan bijih timah dan mengunjungi zoo.

Seronok bukan!

Waktu bersama – sama keluarga tidak dapat dibeli mahupun dengan wang ringgit. Oleh setiap kali ada peluang luangkannya sebaik mungkin.

Sekali sekala buat family day sudah tentu seronok dan dapat juga mengeratkan silaturahim sesame ahli keluarga.

Sumber:

https://www.klook.com/en-SG/blog/family-holiday-malaysia/

https://www.timeout.com/kuala-lumpur/kids/best-family-day-trips-in-malaysia

https://www.timeout.com/kuala-lumpur/kids/best-family-day-trips-in-malaysia

https://www.viator.com/en-AU/tours/Kuala-Lumpur/Full-Day-Cameron-Highlands-Tour/d335-18116P11

https://rawaislandresort.com/

https://www.cyber-rt.info/business/melaka-tourism-operators-unaffected-by-water-rationing/

https://jandabaikpahang.blogspot.com/2012/05/d-river-resort.html#.YO229OgzZPY

http://madihahdaisy.blogspot.com/2017/07/sekinchan-tempat-bercuti-yang-wow.html

https://www.lexis.my/hotels-resorts/lexis-hibiscus-port-dickson

https://www.tripadvisor.com/Tourism-g298283-Langkawi_Langkawi_District_Kedah-Vacations.html

https://sunwaylostworldoftambun.com/tickets-rentals/

error: Content is protected !!