pulau pinang

Pulau Pinang kaya dengan pelbagai budaya kerana kaumnya yang berbilang. Disebabkan berbilang bangsa, anda akan dapat menikmati perlbagai jenis juadah seperti kari berapi, mee yang menggoda, dan banyak hidangan makanan jalanan yang lazat apabila berkunjung ke Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, Pulau Pinang dikelilingi dengan pelbagai seni bina yang indah. Jadi tidak hairanlah jika pusat tradisional Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Jadi, jangan ragu-ragu untuk bercuti di Penang. Di sini kami kongsikan 8 daya tarikan dan tempat menarik yang ada di Pulang Pinang.

1. Pasar Malam Batu Ferringhi

Terdapat lebih dari 100 gerai di Pasar Malam Batu Ferringhi dan yang paling menyeronokkan, pasar ini dibuka sehingga tengah malam setiap hari!

Selain anda dapat mencuba pelbagai jenis makanan seperti teochew chendol, ais parut yang diisi dengan jeli beras hijau dan santan, anda juga boleh membeli cenderamata tradisional seperti cetakan batik, piring lakuer, dan lampu kertas yang halus dan salinan jenama pakaian, jam tangan dan dompet yang terkenal, serta hadiah kecil lain.

2. Hutan Lipur Bukit Mertajam

Hutan Lipur Bukit Mertajam yang merupakan hutan simpan ini dilengkapi dengan tempat perkhemahan dan banyak sungai yang mengalir ke kolam cetek.

Hutan ini mempunyai kawasan seluas 37 hektar yang subur dan berbukit dan mencapai ketinggian 457m dari permukaan laut. Hutan ini juga terletak kira-kira 18km dari Terminal Feri Butterworth.

Apa yang popular di kalangan pejalan kaki dan jogger mengenai hutan ini ialah laluan pendakiannya yang sepanjang empat kilometer menuju ke puncak gunung. Selain itu, air terjun kecil membolehkan anda berenang sambil menghirup udara segar.

3. Pantai Teluk Kampi

Teluk Kampi adalah pantai terpanjang di Taman Nasional Pulau Pinang yang terletak dalam sejam perjalanan dari Pantai Kerachut, Teluk Bahang.

Selain menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berenang, berkhemah dan melihat burung, Teluk Kampi juga menjadi tempat pembiakan penyu pada bulan Februari hingga April.

4. Taman Burung Pulau Pinang

Taman Burung Pulau Pinang menempatkan sebanyak 3,000 burung di 150 kandang untuk tujuan pembiakan dan pemuliharaan.

Anda pasti sukakan persekitaran di taman ini kerana lingkungan Taman Burung Pulau Pinang digambarkan sebagai sebuah oasis taman dengan pondok-pondok Melayu, ada air terjun, jambatan kayu gaya Cina di atas kolam semula jadi dengan ikan berwarna-warni, teratai dan banyak lagi jenis flora seperti bunga raya, anggrek, kaktus, buluh dan pokok sawit.

Selain burung, Taman Burung Pulau Pinang juga merupakan rumah bagi beberapa spesies rusa seperti kancil, pelbagai jenis haiwan seperti buaya muara sepanjang 18 kaki, arapaima sepanjang sepuluh kaki (ikan air tawar dari Sungai Amazon di Amerika Selatan), ular sawa panjang 18 kaki, penyu besar berkulit lembut, lebih 20 monyet Lutung yang pemalu dan banyak lagi.

Di taman ini juga terdapat restoran berhawa dingin yang selesa yang menyajikan makanan tempatan dan barat yang enak untuk anda.

5. Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Taman Air Terjun ditubuhkan oleh British pada tahun 1884 oleh Charles Curtis dari Gardens & Forests Department Straits Settlements.

Taman ini dahulunya merupakan tapak kuari lama. Kini, taman ini menjadi tempat yang indah yang kaya dengan spesies tumbuhan asli dan eksotik.

6. Ladang Rama-Rama Pulau Pinang

Ladang Rama-Rama Pulau Pinang adalah tempat perlindungan rama-rama dengan jumlah lebih daripada 4,000 rama-rama dari lebih daripada 120 kumpulan serta ada juga serangga dan reptilia lain. Ladang ini terletak di kaki bukit Teluk Bahang iaitu di antara Taman Taman Rimba dan kampung Teluk Bahang dengan keluasan lapan hektar.

Selain menempatkan pelbagai spesies rama-rama eksotik seperti Rajah Brooke dan rama-rama Yellow Bird wing yang terancam, Ladang yang dibuka pada tahun 1986 ini juga menjadi rumah kepada lebih dari 300 spesies tumbuhan.

Di dalam taman ini terletak Kebun Buah Tropika. Jadi, sambil melihat rama-rama, anda juga harus mengambil kesempatan untuk mencuba buah-buahan yang enak serta jus buah yang baru diperah. Kebun ini mempunyai keluasan 25 ekar dengan lebih daripada 250 jenis buah termasuklah durian dan ceri India Barat.

7. Dewan Bandaraya Pulau Pinang

Dewan Bandaraya Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1903 ini mempunyai seni bina Victoria dan ia terletak di sepanjang Esplanade. Bangunan ini menjadi salah satu peringatan akan kewujudan zaman penjajahan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Kini, dewan ini digunakan untuk mesyuarat berkala di antara Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Dihadapan dewan ini adalah Padang Kota iaitu padang bersejarah yang merupakan tempat untuk festival dan acara berskala besar yang lain.

8. Masjid Terapung Pulau Pinang

Masjid Terapung terletak di sepanjang pantai Tanjung Bungah dan dibangun pada tahun 2004 untuk menggantikan masjid yang lebih tua yang telah rosak dalam bencana tsunami besar yang telah berlaku pada tahun itu.

Masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibangun di atas laut, dengan tiang yang menyokong strukturnya yang megah. Masjid Terapung ini mempunyai keluasan 1,295sqm hingga boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada waktu solat.

Keajaiban seni bina dengan reka bentuk Moor pada masjid, menara setinggi tujuh tingkat dan pemandangan panorama laut 360 darjah menjadikan masjid ini daya tarikan yang sempurna untuk bercuti di Penang.

Akhir kata, sekiranya anda bercadang ingin bercuti di dalam negara, Pulau Pinang mungkin tempat yang perlu anda ambil kira kerana Pulau Pinang mempunyai pelbagai jenis makanan serta seni bina yang menarik. Kalau tidak, takkanlah ia menjadi tempat tumpuan pelancong kan.

Sumber :

https://www.planetware.com/malaysia/top-rated-tourist-attractions-in-penang-mal-1-4.htm

https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-penang-malaysia/

http://www.penang.ws/penang-attractions/placevisit.htm

Summary
8 Daya Tarikan dan Tempat Menarik di Pulau Pinang
Article Name
8 Daya Tarikan dan Tempat Menarik di Pulau Pinang
Description
Pulau Pinang kaya dengan pelbagai budaya kerana kaumnya yang berbilang. Disebabkan berbilang bangsa, anda akan dapat menikmati perlbagai jenis juadah seperti kari berapi, mee yang menggoda, dan banyak hidangan makanan jalanan yang lazat apabila berkunjung ke Pulau Pinang.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: