Now Reading
8 Contoh Letterhead Yang Menarik Untuk Tujuan Perniagaan

8 Contoh Letterhead Yang Menarik Untuk Tujuan Perniagaan

letterhead

Bagi usahawan yang ingin membina rangkaian pelanggan atau rakan, letterhead yang dicetak masih merupakan kaedah terbaik untuk menarik perhatian mereka kerana ia menunjukkan bahawa anda telah berusaha untuk merancang, mencetak dan mempostingkan surat tersebut. Ia cukup untuk si penerima merasa dihormati dan urusan menjadi lebih profesional.

Untuk menjadikan surat anda kelihatan lebih formal dan profesional, salah satu elemen penting yang perlu titikberatkan ialah letterhead iaitu tajuk yang biasanya di bahagian atas surat yang merangkumi logo syarikat, nama syarikat, alamat, dan maklumat hubungan.

Di sini kami kongsikan 8 contoh letterhead yang menarik untuk anda.

1. Mempunyai Penjenamaan Anda

letterhead

Ini adalah penting terutamanya jika surat anda adalah untuk tujuan perniagaan. Anda boleh masukkan logo syarikat di letterhead.

Anda juga boleh letakkan sebahagian sahaja daripada logo syarikat pada surat anda dan sebahagian lagi untuk kad nama anda seperti contoh dalam gambar di atas.

Langkah ini membuatkan surat dan kad nama anda lebih menarik visualnya dan tidak kelihatan berulang.

2. Tetap Bersederhana

Anda mestilah tidak berlebihan dalam penjenaam dalam letterhead hinggakan ia mengalihkan perhatian daripada isi kandungan dokumen.

Apabila surat kita terlalu berlebihan seperti terlalu berwarna-warni dan kelihatan penuh, ia mungkin akan mengurangkan mood si penerima untuk membaca surat anda.

Jadi, pastikan surat anda terlihat kemas seperti hanya mempunyai dua warna sahaja seperti dalam contoh di mana ia hanya menggunakan dua warna iaitu dua warna biru yang berlainan dan pastikan juga elemen yang ada kelihatan teratur.

3. Ruang digunakan dengan Baik

Selalunya Letterhead ini diletakkan di atas surat, tapi ia tidak bermaksud anda juga wajib meletakkannya di atas surat.

Ada juga yang meletakkannya di sisi surat yang lain dan masih kelihatan menarik seperti contoh di atas. Di dalam contoh tersebut, elemen logo di ulang di bahagian kiri surat dan di bawahnya pula maklumat syarikat diletakkan dengan kemas dan bersih.

4. Hiasan

Anda juga boleh jadikan letterhead sebagai hiasan untuk menjadikannya lebih menonjol tetapi dengan cara yang tidak berlebihan.

Salah satu cara menghias adalah dengan membuat beberapa kesan cetakan khas seperti contoh di atas di mana letterheadnya dicetak hingga ke atas tanpa ada margin dan ianya juga kelihatan ekslusif dengan cetakan menggunakan dakwat berwarna logam iaitu hot stamping.

5. Fokus pada Tipografi

juniper

Anda juga boleh memilih tipografi yang sesuai untuk menampilkan visual yang klasik. Seperti contoh letterhead di atas, ia menggunakan gaya vintaj dengan hurufnya yang dibuat tebal dan gelap.

Maklumat syarikat juga ditaip dengan reka bentuk yang menarik. Namun, pastikan juga agar topografi yang anda pilih tidak terlalu berlebihan hingga menjadikan surat anda kurang kemas.

6. Elemen Imej Berwarna

Gunakanlah ruang negatif dan positif dengan kreatif. Masukkan juga elemen imej yang releven dengan perniagaan anda seperti dalam contoh di atas.

Kontras antara dua warna pada letterhead tersebut iaitu antara warna merah dan putih turut menjadikan letterhead dan surat anda lebih menarik.

See Also
makanan pedas

7. Jangan Abaikan Bahagian Belakang Letterhead

Letterhead Examples and Samples: 77 Letterhead Designs

Bagi anda yang ingin menghantar surat fizikal, anda boleh cuba cara ini. Iaitu dengan meletakkan hiasan pada halaman belakang.

Anda boleh memenuhkannya dengan hiasan yang berunsurkan elemen dari logo anda seperti corak dan warna yang ada pada logo anda.

8. Badge atau Crest

Anda juga boleh menjadikan logo anda sebagai lambang atau lencana yang dijadikan letterhead pada surat seperti dalam gambar di atas. Letterhead jenis ini turut sesuai digunakan untuk tujuan perniagaan.

Akhir sekali,

Letterhead adalah elemen penting dalam urusan formal untuk berkomunikasi dalam urusan perniagaan. Hari ini, letterhead turut digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mengirim pemberitahuan mesyuarat, mengemukakan pengumuman undang-undang, mengeluarkan pernyataan antara jabatan, menyampaikan maklumat kepada klien dan menulis invois.

Sumber:

https://design.tutsplus.com/articles/11-tips-for-creating-an-awesome-letterhead–cms-28167

https://www.canva.com/learn/striking-letterhead-design-20-case-studies-to-inspire-you

error: Content is protected !!