keluarga bahagia
Keluarga bahagia adalah salah satu simbol kejayaan dalam apa jua budaya dan sangat berbaloi untuk diperjuangkan. Ramai yang salah sangka bahawa duit boleh beli segalanya tetapi tidak kebahagiaan.

Keluarga bahagia adalah salah satu simbol kejayaan dalam apa jua budaya dan sangat berbaloi untuk diperjuangkan. Ramai yang salah sangka bahawa duit boleh beli segalanya tetapi tidak kebahagiaan.

Meskipun duit boleh memudahkan segalanya, tetapi ia tidak dengan mudahnya mencipta keluarga yang betul-betul bahagia.

Kebahagiaan sebenar bergantung pada faktor manusia seperti kualiti masa dan tenaga yang kita korbankan untuk hubungan kita dengan pasangan, anak-anak dan keseluruhan keluarga kita.

Kita juga perlu membina persekitaran keluarga yang sihat yang dilengkapi dengan komunikasi, kepercayaan dan sokongan.

1. Menikmati waktu makan bersama

Makan bersama boleh meningkatkan pencapaian anak-anak, mengurangkan gangguan makan di kalangan anak perempuan dan mengurangkan kadar depresi pada anak lelaki dan perempuan.

Namun begitu, tidak semestinya waktu makan mestilah serius dan formal. Ringkas dengan perbualan yang diselangi jenaka akan membuatkan anak-anak akan sentiasa ingat sebagai dewasa.

Cuba ubah rutin makan secara bulanan, hidangkan makanan sarapan untuk makan malam atau sebagainya, atau menonton kartun bersama pada pagi Sabtu sambil bersarapan.

Perkara ringkas seperti itu boleh merapatkan hubungan kekeluargaan.

2. Menggalakkan keharmonian di kalangan adik beradik dan mempraktikkan saling bermaafan

Kita semua ada manusia yang melakukan kesilapan sekali sekala. Apabila ia berlaku perkara pertama yang perlu dilakukan oleh sesatu pasangan adalah maklum tentang kesalahan yang dilakukan dan tidak melakukannya lagi serta mengucapkan maaf.

Persaingan di antara adik beradik boleh memecah belahkan. Jadi apabila ibu bapa memainkan peranan menunjukkan contoh saling bermaafan pastinya anak-anak turut mengikutinya. Dedahkan juga pada mereka betapa pentingnya mempunyai adik beradik.

Bila keyakinan dan kepercayaan di antara ahli keluarga dan maafkan dengan mudah sebarang kesalahan kecil, terutama jika ia tidak memberi sebarang impak kepada keluarga.

Dengan itu anak-anak akan belajar secara tidak langsung erti bermaafan dan kepentingannya. Hasilnya, anak anda akan belajar pelajaran penting dan berharga dalam hidup mereka dan mereka akan sentiasa menyayangi dan menghormati anda kerana kemurahan hati anda memaafi sebarang masalah mereka.

3. Berkongsi cerita

Apabila anak anda pulang daripada sekolah contohnya, bertanyakan bagaimana hari mereka di sekolah dan buatkan mereka bercerita. Jika anda pulang ke rumah tanpa pedulikan mereka, kemudian menonton televisyen, adakah ia membuatkan mereka gembira berjumpa anda?

Apabila anda pulang ke rumah, pastikan anak anda menjadi fokus utama anda. Abaikan perkara lain atau masalah di pejabat dan berkongsi cerita dengan anak anda, apa-apa peristiwa kecil atau besar. Keluarga bahagia tidak boleh terbentuk sendiri, anda yang perlu gerakkan.

Dengan cara itu, anak anda akan berasa seronok untuk berjumpa anda. Perkara yang tidak patut berlaku dalam sesebuah keluarga adalah rasa bosan, ia akan menyebabkan sistem keluarga tidak berfungsi, tiada hubungan baik dan anak-anak anda akan lebihkan rakan-rakan daripada keluarga.

4. Memberi pujian secara tidak langsung

Antara interaksi positif adalah pujian, senyuman, sentuhan seperti pelukan, berkongsi tawa, laksanakan permintaan, mencadangkan untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan mengekpresikan ucapan terima kasih dan sebagainya.

Apabila anda ingin memberi pujian pada anak anda, biarkan dia mendengar anda mengatakan sesuatu yang baik tentangnya pada orang lain.

Kadang kala anak-anak menolak pujian secara langsung sebagai sesuatu yang tiada makna atau memalukan. Terdengar sesuatu pujian akan mendorong anak anda mempunyai rasa percaya pada diri kerana anak anda tahu bahawa pujian tersebut betul-betul daripada hati.

5. Tiada rahsia

Apabila melibatkan kewangan, pastikan anda mengikuti 3 perkara ini iaitu memberitahu, berbincang dan menentukan.

Pertama sekali, untuk membina rancangan kewangan (seperti menyimpan untuk rumah, untuk membayar hutang atau memulakan bisnes).

Kemudian, seragamkan jumlah pinjaman, hutang dan perbelanjaan. Berbincanglah bagaimana untuk mengurangkan nilai tersebut.

Di samping itu, berbincanglah tentang keseluruhan perbelanjaan dan cara untuk menyimpan. Nekad untuk melakukannya bersama-sama sebagai satu keluarga dengan rancangan kewangan tersebut.

Dengan itu tiada lagi rahsia di antara kalian tentang sebarang masalah kewangan yang selalu menjadi punca keretakan rumah tangga.

6. Merendahkan suara

Ingatlah bahawa anak-anak memerlukan keadaan yang tenang dan stabil. Persekitaran rumah yang tenang adalah penting untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Apabila bercakap dengan anak anda, tetapkan apa yang salah apa yang betul agar anak anda belajar mematuhinya dan beri hukuman hanya bila perlu.

Jangan terlalu mengongkong mereka atau menjerit. Apabila anda menjerit pada anak-anak, ia bermaksud anda hilang kawalan dan membuatkan persekitaran rumah yang tidak tenang.

Ia sangat tidak sihat untuk menyimpan atau memedam rasa terlalu lama, apabila kita terlalu sensitif tentang sesuatu, emosi kita tidak terkawal dan boleh menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata atau tingkah laku yang kasar yang menyebabkan orang disekeliling kita terluka.

Cuba kawal dan hadapi masalah itu dengan tenang agar ia tidak mengeruhkan lagi keadaan. Jadi pastikan kita dalam keadaan tenang tanpa perlu melakukan perkara yang tidak sepatutnya sebelum berbincang tentang situasi yang tegang itu.

7. Berkerjasama di rumah

Di dalam rumah, suami dan isteri perlulah berkerjasama bersama-sama untuk rumah tangga tersebut demi mencapai keluarga bahagia.

Tidak perlu memisahkan tanggungjawab tugas berbeza-beza, lebih baik jika suami isteri berkerjasama dan berkongsi tanggungjawab dalam melakukan sebarang tugasan, mengemas rumah, memasak dan memberikan contoh terbaik kepada anak-anak tentang perpaduan di dalam keluarga.

Anak-anak pasti akan mengikuti anda dan membantu anda menguruskan rumah. Bergilir-gilir membersihkan bilik air, membawa haiwan peliharaan berjalan, membersihkan baju, membersihkan pinggan mangkuk, menyediakan hidangan di meja, menyapu dan sebagainya.  

Apabila semua orang melakukan bersama-sama bergilir-gilir pastinya semua kerja dapat diselesaikan dan tiada sesiapa yang merungut secara terang-terangan.

8. Membina dan menggalakkan tatacara kekeluargaan

Sebuah keluarga bahagia memerlukan tatacara kekeluargaan, dari segi agama, budaya, aktiviti keluarga khususnya atau sebagainya. Apabila keluarga bahagia terbiasa dengan aktiviti keluarga bersama mereka akan terbiasa dengannya dan rasa kehilangan tanpanya.

Contohnya sembahyang berjemaah bersama-sama, makan malam bersama-sama, bercuti bersama-sama, merayakan perayaan bersama-sama.

Dengan itu, ia akan merapatkan hubungan di antara keluarga kerana aktiviti sebegitu berulang masa demi masa. Pastikan tatacara kekeluargaan itu fleksible dan tidak terlalu tegas. Contohnya, kalau tidak dapat berkhemah di tepi sungai, bertukar kepada berkhemah di halaman rumah

Keluarga bahagia boleh dicapai dengan cara bagaimana ibu dan bapa sebagai tonggak sesebuah institut keluarga itu mencoraknya. Sebenarnya tiada tips sebenar yang boleh didapati melalui buku dan penulisan mahupun nasihat daripada yang berpengalaman. Anda fikirkan yang terbaik, yang sesuai dan yang boleh dijadikan satu pegangan untuk mencapai keluarga bahagia.

SUMBER

https://www.parents.com/parenting/better-parenting/advice/20-simple-ways-to-have-a-happier-family

https://www.health.com/family/5-secrets-to-a-stress-free-happy-healthy-family

https://yangonlife.com.mm/en/article/how-build-happy-family

https://www.webmd.com/parenting/features/15-secrets-to-have-a-happy-family#1

Summary
8 Cara Memastikan Keluarga Bahagia Dari Pelbagai Aspek
Article Name
8 Cara Memastikan Keluarga Bahagia Dari Pelbagai Aspek
Description
Keluarga bahagia adalah salah satu simbol kejayaan dalam apa jua budaya dan sangat berbaloi untuk diperjuangkan. Ramai yang salah sangka bahawa duit boleh beli segalanya tetapi tidak kebahagiaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: