double chin
Double Chin atau lapisan dagu berganda, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.

Double Chin atau lapisan dagu berlapis, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.

Ia sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi itu tidak semestinya berlaku. Faktor genetik atau kulit yang lebih longgar akibat masalah penuaan juga boleh menyebabkan keadaan double chin atau dagu berlapis ini.

Sekiranya anda mempunyai double chin dan ingin menghilangkannya, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan.

Cara-cara:

a) 6 Senaman Dagu

Walaupun tiada bukti saintifik bahawa senaman dagu berfungsi untuk menghilangkan double chin anda, tetapi terdapat bukti anekdot.

Berikut adalah enam senaman yang dapat membantu menegangkan otot dan kulit di kawasan double chin anda. Ulangi setiap senaman ini setiap hari sebanyak 10 hingga 15 kali.

1. Rahang lurus

  • Condongkan kepala anda ke belakang dan lihat ke arah siling.
  • Tolak rahang bawah anda ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu.
  • Pegang rahang sehingga kiraan 10.
  • Rehatkan rahang dagu anda dan kembalikan kepala anda ke posisi asal.

2. Senaman bola

  • Letakkan bola bersaiz 9-10 inci di bawah dagu anda.
  • Tekan dagu pada bola tersebut.
  • Lakukan sebanyak 25 kali setiap hari.

3. Muncung ke atas

  • Dalam keadaan kepala anda condong ke belakang, lihat ke arah siling.
  • Muncungkan bibir anda seolah-olah anda mencium siling sehingga anda terasa regangan di kawasan bawah dagu.
  • Berhenti dan gerakkan kepala anda ke posisi normal semula.

4. Regangan lidah

  • Pandang lurus ke hadapan, julurkan lidah anda sejauh mungkin.
  • Naikkan lidah ke atas,ke arah hidung anda.
  • Tahan selama 10 saat.

5. Regangan leher

  • Condongkan kepala ke belakang dan lihat ke arah siling.
  • Tekan lidah anda pada lelangit mulut anda.
  • Tahan selama 5 hingga 10 saat dan lepaskan.

6. Rahang bawah

  • Condongkan kepala ke belakang dan lihat ke arah siling.
  • Pusingkan kepala ke kanan.
  • Tolak rahang bawah anda ke depan.
  • Tahan selama 5 hingga 10 saat dan kembali ke posisi normal.
  • Ulangi proses dengan kepala anda menghadap ke arah kiri.

b) Topeng Muka untuk Dagu

Terdapat banyak topeng muka yang dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan penampilan double chin. Topeng muka jenis gliserin dan topeng muka berasaskan kopi atau teh hijau dapat membantu menyokong usaha senaman anda.

Memakai topeng muka berasaskan putih telur, madu dan jus lemon setiap hari juga membantu mengurangkan lemak di sekitar dagu bagi sesetengah orang.

c) Diet Sihat dan Bersenam

Sekiranya double chin anda berlaku disebabkan kenaikan berat badan, jadi menurunkan berat badan dapat menjadikan dagu anda lebih kecil atau hilang sama sekali.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan makan makanan yang sihat dan bersenam secara teratur.

Garis panduan diet sihat seperti:

  • Makan empat hidangan sayur setiap hari.
  • Makan tiga hidangan buah setiap hari.
  • Ganti bijirin halus dengan bijirin penuh.
  • Elakkan makan makanan yang diproses.
  • Makan protein tanpa lemak, seperti ayam dan ikan.
  • Makan lemak yang sihat, seperti minyak zaitun, alpukat dan kekacang.
  • Elakkan makanan bergoreng.
  • Makan produk tenusu yang rendah lemak.
  • Kurangkan pengambilan gula.

Amalkan pengambilan makanan yang terkawal. Apabila berat anda semakin berkurangan, wajah anda juga akan menjadi semakin kurus dan double chin tiada lagi!

Untuk meningkatkan penurunan berat badan, anda disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana sebanyak 300 minit seminggu, atau sekitar 45 minit setiap hari. Anda juga disyorkan untuk melakukan latihan kekuatan dua kali seminggu.

Semua aktiviti fizikal yang intensif, seperti memotong rumput, berkebun dan membeli barangan runcit juga membantu untuk mencapai dagu yang cantik.

Sumber:

Summary
8 Cara Hilangkan Double Chin dengan Efektif
Article Name
8 Cara Hilangkan Double Chin dengan Efektif
Description
Double Chin atau lapisan dagu berganda, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: