alor setar

Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah. Pada tahun 2004 hingga 2008, Alor Setar digelar Kota Setar. Kini, Alor Setar adalah salah satu bandar terbesar di Kedah.

Alor Setar sesuai dijadikan destinasi percutian anda kerana ia mempunyai metropolis moden dengan ekonomi yang pesat dan banyak tarikan pelancongan yang menarik yang boleh anda lawati.

Di sini kami senaraikan aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Alor Setar.

1. Melawat karya seni bina Alor Setar – Masjid Zahir

Masjid Zahir menjadi mercu tanda dalam mana-mana promosi pelancongan di seluruh Malaysia yang melibatkan Alor Setar. Masjid ini mempamerkan struktur binaan yang sangat membanggakan kerana hiasan, selok-belok dan Katedral Gothic yang paling kompleks di Eropah.

Masjid Negeri Kedah ini berfungsi sebagai hab pusat Alor Setar untuk umat Islam tempatan setelah dibuka pada tahun 1912.

Waktu paling sesuai untuk anda berkunjung di sini adalah pada waktu siang dan selepas matahari terbenam dan kemudian duduk di dataran Alor Setar untuk menyaksikan keindahan masjid ini.

2. Melawat tempat pertabalan dan perkahwinan diraja

Di hadapan Masjid Zahir, terdapat Dewan Diraja yang pernah mengadakan majlis diraja yang dihoskan oleh Sultan Kedah. Upacara tersebut termasuklah majlis rasmi, pertabalan dan perkahwinan Diraja.

Pada tahun 1735, dewan ini dibina daripada bahan kayu. Namun, Sultan telah membina dewan ini semula dengan skala yang lebih besar setelah dihancurkan oleh penjajah.

Kini, binaan dewan ini terdiri daripada binaan tradisional di mana ia mempunyai balkoni bawah yang luas dan di atasnya terdapat atap berbentuk segi tiga. Selain itu, lantai dasar terbuka dengan tingkat atas dihubungkan dengan dua tangga berliku.

Anda boleh mengambil gambar Dewan Diraja yang tersergam indah ini dari gerbang di Dataran Alor Setar.

3. Melihat menara jam yang megah di Alor Setar

Menara Jam Besar dibuka pada tahun 1900-an dengan tujuan menunjukkan waktu, dan muezzin di Masjid Zahir yang berdekatan membunyikan loceng semasa waktu solat. Kini, Menara Jam ini menjadi antara menara jam paling indah di Malaysia.

Walaupun zaman telah berubah, di mana muezzin menggunakan pembesar suara masjid, Menara Jam ini masih berfungsi untuk menunjukkan masa.

Datanglah ke menara ini ketika bercuti di Alor Setar, anda akan dapat menyaksikan keanggunannya dan seni bina menarik di sekitarnya pada waktu siang. Pada waktu malam pula, menara jam ini bernyala, mencantikkan lagi bandar Alor Setar.

4. Minum kopi di rumah kedai yang telah diubah suai

Di Alor Setar terdapat banyak kedai kopi yang telah diubah suai daripada rumah kedai Chinatown.

Sebagai contoh, kedai Caffe Diem. Dekorasi dalamannya masih melibatkan elemen penampilan asalnya tetapi dengan hiasan berasaskan kayu dan gaya vintaj kolonial inggeris. Di dindingnya pula banyak digantungkan gambar-gambar lama kota Alor Setar.

Satu lagi kedai adalah Kedai Kopi Hai Kee. Di kedai-kedai kopi ini, anda akan ditawarkan harga yang berpatutan.

5. Melihat kecantikan sawah padi yang menghijau

Di Alor Setar, petani tempatan telah menanam padi selama berabad-abad dan sawah-sawah ini terletak di kawasan luar negeri Kedah.

Di bawah terik matahari, sawah padi akan berkilau. Manakala di sebelah petang pula, matahari terbenam di atas sawah membolehkan anda berasa tenang ketika jauh daripada kebisingan kota raya. Di tambah lagi dengan rumah kayu bertingkat yang dikelilingi oleh pokok palma dan tanaman pisang yang membentuk sempadan sawah. Sungguh menenangkan!

Namun, mencari kawasan sawah ini mungkin sukar bagi mereka yang baru berkunjung di Kedah, jadi ada baiknya ada dapatkan bantuan cadangan hotel anda atau lihat Peta Google.

6. Melihat Kedah seperti di abad ke-19 dan ke-20 di Benteng Kuala Kedah

Banglo kayu berwarna putih ini menempatkan galeri muzium yang didedikasikan untuk pameran sejarah Kedah sejak 200 tahun yang lalu.

Kedah sering bertengkar dengan jiran Siam utara di awal abad ke-19. Galeri Muzium dan beberapa muzium yang lain ada mempamerkan bahagian terpenting ini dalam sejarah. Paparan lain menunjukkan interaksi singkat Kedah dengan penjajah Inggeris dan bagaimana ia berubah menjadi negeri yang kita lihat sekarang.

Ramai yang tertarik dengan banglo ini kerana seni binanya yang fotogenik serta ia juga kelihatan seperti rumah penjajah.

7. Mengagumi koleksi seni tempatan yang paling luas di Kedah

Galeri Seni Negeri Kedah yang terletak di bahagian selatan Dataran Alor Setar ini merupakan bangunan kerajaan tertua di Alor Setar dan adalah bekas Mahkamah Tinggi.

Di Galeri ini terdapat banyak pameran kraftangan, lukisan dan pemasangan yang telah dihasilkan oleh rakyat tempatan serta gambar hitam dan putih untuk menceritakan kisah di luar bandar Kedah.

8. Mengunjungi Menara Nobat

Menara Nobat tiga tingkat yang mempunyai ketinggian 18 meter ini digunakan oleh Sultan untuk menyimpan alat-alat kerajaannya. Kota Setar mengadakan upacara sambutan ketika keluarga kerajaan datang ke Istana Kota Setar. Setelah Sultan pergi, alat-alat itu kembali ke simpanan mereka dengan nama panggilan Hall of Drums.

Menara ini menjadi satu daya tarikan Alor Setar kerana seni binanya yang mengagumkan. Anda boleh di atas Menara Nobat, terdapat kubah kuning yang memberikan sentuhan Islam yang sangat unik dan kelihatan megah sekali.

Menarik bukan tempat-tempat yang ada di Alor Setar. Banyak monumen bersejarah dan yang paling menarik tentulah sawah padi yang menghijau yang tidak akan kita dapat lihat di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Anda mesti pergi ke Alor Setar sekali seumur hidup kerana ia memang bandar yang sangat menarik.

Jadi tunggu apa lagi, Selamat bercuti ke Alor Setar ya!

Sumber:

https://trip101.com/article/things-to-do-in-alor-setar-malaysia

https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-alor-setar/

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/10-must-visit-attractions-in-alor-setar-malaysia/

Summary
8 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Bercuti Di Alor Setar!
Article Name
8 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Bercuti Di Alor Setar!
Description
Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah. Pada tahun 2004 hingga 2008, Alor Setar digelar Kota Setar. Kini, Alor Setar adalah salah satu bandar terbesar di Kedah.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: