pulau perhentian

Pusat peranginan Pulau Perhentian ialah tempat peranginan pantai yang ideal untuk percutian keluarga di Malaysia. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur,  menghadap pantai berpasir putih dan laut biru yang hangat, Pulau Perhentian ialah syurga percutian yang anda tidak boleh terlepas.

Seperti yang disebut oleh penduduk tempatan, Pulau Perhentian terkenal sebagai syurga laut dan ia merupakan sebahagian daripada Taman Laut Negara Malaysia.

Terdapat banyak perkara untuk dinikmati dan dijalankan di kawasan pusat peranginan Pulau Perhentian. Meredahlah hutan di atas bukit yang melindungi pokok-pokok kanopi besar, dan anda mungkin dapat melihat murai liar, kelawar buah gergasi atau burung merpati Nicobar.

Pulau Perhentian terletak di sepanjang jalan penghijrahan burung. Anda mungkin juga dapat melihat kadal monitor yang tidak berbahaya atau spesis monyet Lutong yang unik.

Mari lihat 8 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Perhentian seperti perkongsian di bawah.

1. Snorkeling

Best Places to Go Freshwater Snorkeling – Seavenger

Salah satu sebab pelancong mengunjungi pulau ini adalah untuk meneroka kehidupan di bawah laut. Pulau Perhentian menyediakan beberapa tempat snorkeling yang terbaik di Malaysia. Idea hebat untuk berenang bersama ikan!

Anda hampir pasti dapat melihat penyu, jerung, dan ikan yang indah bersama dengan karang yang indah. Anda mesti mencuba sekurang-kurangnya sekali dalam melakukan aktiviti snorkeling apabila mengunjungi Pulau Perhentian.

Anda juga mungkin boleh mencuba aktiviti selam skuba semasa melakukan aktiviti snorkeling.

2. Jungle trekking

The 5 Best Jungle Treks in Malaysia

Sekiranya anda menyukai perasaan yang mendebarkan dalam pengembaraan, pulau-pulau tropika ini juga menawarkan banyak peluang untuk meredah hutan.

Melalui laluan kecil yang bergabung dengan pantai, anda dapat memasuki satu jalan dan keluar dari jalan lain. Temui dedaunan yang subur dan hidupan liar yang menarik semasa anda meredah di sepanjang kawasan hutan.

Anda akan menemui beberapa kadal monitor, labah-labah dan juga cicak tokek dalam perjalanan anda.

3. Island hopping

12.12 FLASH SALES] Langkawi Island Hopping Packages for 4 Hours with Eagle  Feeding | Travelog

 Sudah tentu, salah satu perkara yang paling digemari di Pulau Perhentian ialah bersantai dan menikmati persekitaran di pantai yang tenang. Anda boleh mencuba aktiviti island hopping di beberapa pulai kecil sekitar Pulau Perhentian.

Anda perlu mengunjungi Teluk Karang Perhentian Kecil dan Pantai Adam dan Hawa. Pinggir pasir yang halus dengan belantara tebal menjadikannya tempat yang ideal untuk bersantai di tempat teduh atau berjemur.

Terdapat juga pantai berpasir putih iaitu Pantai Teluk Dalam, pantai ini sangat sesuai untuk anda berjalan-jalan di sekitar pantai dan menikmati pemandangannya yang indah.

4. Mengunjungi Taman Laut Terengganu

Senarai Pulau Taman Laut Malaysia - Layanlah!!! | Berita Terkini | Tips  Berguna | Maklumat

Dibina sebagai perhentian laut pada tahun 1994, pulau-pulau di Terengganu telah diwartakan untuk menyelamatkan tempat yang sangat unik ini.

Taman ini terdiri daripada Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar dan Kecil, Lima, Ekor Tebu dan Pinang, Pulau Tenggol, dan lain-lain.

Di sini anda juga berpeluang untuk menjelajahi terumbu karang yang indah dan melihat banyak kehidupan laut seperti kerapu raksasa dan belut dengan snorkeling atau menyelam di perairan yang jernih.

5. Pemerhatian penyu

Minda Mubin: Sukarelawan Benteng Halang Pupusnya Penyu

Pulau Perhentian merupakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia untuk melihat spesis penyu yang dilindungi.

Sebagai tempat melepaskan telur yang penting bagi haiwan-haiwan yang megah dan dilindungi ini, Pulau Perhentian menjadi tempat luar biasa untuk menyaksikan kehidupan penyu di habitat semula jadi mereka.

Ketika anda menuju ke tempat yang dipanggil sebagai Pantai Penyu ini pada waktu malam, anda mungkin akan melihat penyu menetaskan telur yang menakjubkan dan anak penyu yang banyak berlumba-lumba untuk masuk ke dalam laut.

6. Kayak laut

Where are nice places to kayak in Malaysia? - Quora

Untuk pengalaman pelancongan yang indah dan meriah di Pulau Perhentian, sewalah kayak laut. Kos sewaan pada amnya berharga bawah RM100 dan membolehkan pencinta alam semulajadi dan pencinta pengembaraan pergi ke perairan yang indah.

Berkayak laut memberikan peluang untuk anda mengunjungi lagun dan pantai yang terpencil dan tidak dapat dijangkau dengan berjalan kaki.

Mereka yang cergas mungkin dapat berkayak sejauh kira-kira 14 kilometer di Pulau Perhentian Kecil dalam masa kira-kira 3 hingga 5 jam.

7. Tinggal di pusat peranginan

Bubu Resort, Pulau Perhentian – Harga Terkini 2021

Seseorang dapat menikmati percutiannya dengan lebih indah di Pusat Peranginan Pulau Redang Laguna.Pencinta alam akan dapat bersantai di tepi pantai dan menikmati pemandangan yang indah bersama dengan beberapa minuman campuran di Tupai Beach Bar semasa anak-anak mereka bermain-main di tepi pantai.

Selain itu, terdapat juga beberapa lagi pusat peranginan yang anda boleh kunjungi di Pulau Perhentian. Anda cuma perlu pilij pakej yang anda inginkan, sediakan wang, dan anda boleh bercuti dengan senang hati.

8. Mengunjungi masjid atas air

6 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati di Pulau Perhentian.

Satu lagi tempat istimewa di Pulau Perhentian ialah masjid yang indah dan berdiri di atas air. Majid ini dikenali dengan nama Masjid Ar-Rahman

Ia mempunyai pemandangan yang sangat indah sebaik sahaja anda mendarat di kampung utama di pulau ini. Peringatan kepada anda bahawa anda harus berpakaian dengan hormat semasa mengunjungi masjid yang indah ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik di Pulau Perhentian kan? Anda bolehlaj kunjungi pulau yang indah ini bersama keluarga anda selepas PKP tamat nanti. Jangan lupa rancang perjalanan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamay bercuti!

Sumber:

http://www.perhentianislandresort.net

https://traveltriangle.com/blog/things-to-do-in-perhentian-islands/

https://seavenger.com/blogs/blog/best-places-to-go-freshwater-snorkeling

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-5-best-jungle-treks-in-malaysia/

https://travelog.com/activities/225-1212-flash-sales-langkawi-island-hopping-packages-for-4-hours-with-eagle-feeding-langkawi

http://layanlah.blogspot.com/2018/09/senarai-pulau-taman-laut-malaysia.html

http://mindamubin.blogspot.com/2010/05/sukarelawan-benteng-halang-pupusnya.html

https://www.quora.com/Where-are-nice-places-to-kayak-in-Malaysia

https://www.booking.com/hotel/my/bubu-resort.ms.html

Summary
8 Aktiviti Menarik Di Pulau Perhentian, Malaysia!
Article Name
8 Aktiviti Menarik Di Pulau Perhentian, Malaysia!
Description
Pusat peranginan Pulau Perhentian ialah tempat peranginan pantai yang ideal untuk percutian keluarga di Malaysia. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur, menghadap pantai berpasir putih dan laut biru yang hangat, Pulau Perhentian ialah syurga percutian yang anda tidak boleh terlepas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: