zoo johor

Zoo Johor terkenal sebagai zoo pertama di Asia. Lokasinya, terletak di Jalan Gertak Merah dan telah dibuka pada umum sejak tahun 1962.

Wah, kiranya lama sudah Zoo Johor ini!

Saiz zoo ini adalah lebih kecil berbanding Zoo Singapura dan Zoo Kuala Lumpur. Ukurannya hanya sekitar 12. 5 hektar sahaja. Meskipun kecil, zoo ini tetap terkenal sebagai tempat kunjungan keluarga pada hujung minggu atau cuti umum.

Lokasi ini menjadi tumpuan untuk tujuan rekreasi atau berkumpul dan bersantai bersama – sama keluarga.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di sini. Zoo Johor juga menyediakan beberapa kemudahan untuk anda berkaviti bersama – sama keluarga. Jom saya kongsikan 8 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Zoo Johor.

1. Berkelah

Johor Zoo, Malaysia - Tickets, Timings, Activities

Zoo Johor mempunyai hamparan rumput hijau di sekitarnya yang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi berkelah Terdapat juga kemudahan bangku – bangku yang cantik disediakan untuk anda menikmati perkelahan bersama – sama keluarga di taman zoo ini.

Jadi jangan lupa bawa bersama – sama tikar gulung dan bekal makanan. Bolehah bersantai sambil melihat gelagat fauna yang ada di taman binatang ini.

Pastikan selepas berkelah anda kemas semula dan buang sampah ditong sampah. Harus diingat, kebersihan harus diutamakan.

2. Melawat Binatang

Zoo Johor di bandar Johor Bahru

Tak sah kalau berkunjung ke zoo namun tidak melawat binatang yang ada kan?

Di Zoo Johor terdapat lebih daripada 100 spesis binatang dan burung tau! Ini termasuk spesis terancam yang sudah jarang dapat temui. Antara bintang yang boleh ditemui di sini ialah:

  • Kucing liar
  • Flamingo
  • Harimau Indo – China
  • Gajah Putih
  • Singa
  • Buaya
  • Gorila
  • Unta
  • Beruang
  • Wallabies
  • Tapir
  • Swan
  • Iguana
  • Seladang
  • Rusa
  • Badak air
  • Chimpanzee

Wah, banyak sekali kan! Terkini, zoo ini mendapat 3 ekor anak singa yang baharu. Setiap daripadanya seberat 5kg.

3. Mengayuh Bot

Kunjungi ke Zoo Johor – ERATUKU

Istimewa di sini, anda dapat mencuba aktiviti air iaitu mengayuh bot. Taman binatang yang terletak di selatan ini dihiasi indah dengan tasik kecil yang dikelilingi flora yang cantik belaka. Di sini juga merupakan kawasan burung – burung yang tidak terkira jumlahnya berterbangan bebas ke sana ke sini.

Sudah tentu suasana ini sangat menenangkan. Kanak – kanak pun tentu teruja.

Harga aktiviti juga sangat murah iaitu hanya sekitar RM 5 sahaja.

4. Sudut Fotografi

Photos at Zoo Johor - Zoo

Buat kaki gambar ada spot menarik untuk anda di Zoo Johor ini. Di sini terdapat sudut fotografi yang membolehkan pengunjung mengambil gambar dengan beberapa bintang di dalam zoo ini.

Bolehlah anda menyimpannya sebagai kenang – kenangan.

5. Melawat Spesis Burung Unik

Kasuari - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Apabila anda melawat Zoo Johor anda juga berpeluang bertemu dengan spesis burung yang unik. Antarnya ialah:

  • Burung Kasawari

Burung ini dikategori sebagai burung yang paling bahaya di dunia. Pandangan matnya yang tajam pun sudah cukup menakutkan. Ia memiliki mata yang cantik dengan bulu mata yang sempurna.

Burung ini juga mempunyai dengan kemampuan menghiris dan meratah manusia dengan kuku tajam seperti belati di jari tengahnya. Wah, dahsyat ya spesis burung ini!

Kebanyakan kandang kasuari meletakkan jurang yang besar antara burung ini dan pelawat. Namun, berbeza di Zoo Johor anda berpeluang mendapat pengalaman melihat burung unik dari jarak dekat.

  • Burung Enggang

Di Zoo Johor anda juga boleh bertemu dengan spesis burung enggang.  Spesis yang berada di sini ialah Great Hornbills. Untuk pengetahuan anda, cara mengenal jantina burung ini boleh diketahui dari matanya. Burung enggang betina mempunyai mata berwarna putih manakala burung enggang jantan berwarna merah.

6. Menunggang Kuda

Zoo Johor - Zoo - Johor Bahru | TravelMalaysia

Nak cuba aktiviti lain selain berjalan – jalan? Anda boleh menikmati aktiviti menunggang kuda sambil meneroka suasana sekitar Zoo Johor. Kosnya juga murah iaitu sekitar RM 6 sahaja selama 2 – 3 jam.

Para pengunjung mahupun pelancong boleh menikmati aktiviti bersama – sama keluarga.  

7.  Bersantai di Gerai Makanan

Walaupun zoo ini hanya bersaiz kecil, namun terdapat banyak gerai makanan yang dibuka di sini. Oleh itu, anda tak perlu risau lagi kalau berasa lapar atau dahaga setelah penat berjalan – jalan di sekitar zoo.

8. Bergambar dan Merakam Video

zoo johor

Di Zoo Johor ini anda jangan risau. Kamera dibenarkan untuk dibawa masuk tanpa sebarang caj tambahan.

Oleh itu, anda bebas untuk mengambil gambar sendiri atau merakam video di mana – mana lokasi dalam zoo. Walaupun dah ada sudut fotografi, tapi mesti ada spot lain yang menggamit hati anda untuk dijadikan sebagai kenangan.

Tapi ingat,anda tetap perlu menjaga etika ketika menggunakan kamera. Pastikan kamera anda tidak menimbulkan gangguan atau ancaman kepada binatang – binatang yang berada dalam zoo.  

Jadi, buat vlogger fauna anda boleh merakam video lawatan yang menarik di sini. Bolehlah berangan – angan seperti dalam dokumentari National Geographic.

Harga tiket untuk masuk ke zoo ini juga amat murah. Harganya seperti berikut:

  • Dewasa – RM 2.00
  • Kanak – kanak (3 hingga 12 tahun) – RM 1.00

Wah, berbaloi bukan! Hanya dengan harga serendah RM 2.00 anda boleh melawat pelbagai keunikan binatang yang ada di taman binatang selatan ini.

Untuk ke Zoo Johor juga mudah! Anda boleh memilih untuk memandu sendiri yang mana akan mengambil masa yang pendek sahaja dari bandar.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan kenderaan awam. Antara pilihan ialah:

  • Teksi

Zoo ini terletak kira-kira 5 minit dari pusat bandar Johor Bahru City Square. Anda boleh menaiki teksi yang terdapat di sekitar bandar. Perjalanan teksi sehala erharga sekitar RM 9 hingga RM 11.4 bergantung pada laluan yang dipilih untuk dilalui.

  • Bas Ulang – Alik

Anda boleh menaiki perkhidmatan bas ulang-alik awam yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Anda perlu naik bas yang menuju ke Bukit Indah, Kulai atau Selesa Jaya dari seberang Dataran Bandaraya Johor Bahru di Jalan Wong Ah Fook, yang akan berhenti di Zoo Johor. Tambangnya hanyalah RM 1 untuk satu perjalanan.

*Harga mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sumber:

https://www.holidify.com/places/johor/johor-zoo-malaysia-sightseeing-1256602.html

https://www.malaysiavacationguide.com/johor-zoo.html

http://explorelah.blogspot.com/2016/11/johor-bahru-malaysia-zoo-johor.html

https://www.holidify.com/places/johor/johor-zoo-malaysia-sightseeing-1256602.html

https://my.worldorgs.com/katalog/johor-bahru/tempat-tarikan-pelancong/zoo-johor

https://www.eratuku.com/kunjungi-ke-zoo-johor/

https://foursquare.com/v/zoo-johor/4cd5210976ab721e70466b6a/photos

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kasuari

https://travelmalaysia.me/on/guide/Johor%20Bahru/19979/@zoo-johor

https://www.agoda.com/travel-guides/malaysia/johor-bahru/2-day-johor-bahru-itinerary-popular-shopping-spots-top-things-to-do?cid=-164

https://www.trixoli.com/my/ms/destinasi/malaysia/johor/

Summary
8 Aktiviti - Aktiviti Menarik di Zoo Johor
Article Name
8 Aktiviti - Aktiviti Menarik di Zoo Johor
Description
Zoo Johor terkenal sebagai zoo pertama di Asia. Zoo ini terletak di Jalan Gertak Merah dan telah dibuka pada umum sejak tahun 1962.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: