influenser kecergasan malaysia
Tips Daripada 7 Influencers Kecergasan

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan ‘pengembaraan’ kecergasan? Kecergasan merupakan satu topik yang hangat pada zaman ini, siapa sahaja yang tidak mahu menjadi sihat dan kelihatan baik bukan? Jadi, bagaimana mahu kekal aktif dalam aktiviti yang dilakukan? Dalam artikel kali ini, kami mengumpulkan tips influencer kecergasan di Malaysia yang perlu anda baca untuk memperkayakan pengalaman anda dalam rancangan kecergasan anda.

Mencipta Rutin” – Linora Low

Tips nombor satu influencer kecergasan ini bagi ‘pengembara’ kecergasan yang mempunyai matlamat yang besar, seperti ingin tampil lebih sihat dari semalam adalah mencipta rutin. Apa itu rutin? Rutin merupakan sekumpulan keputusan kecil yang anda buat pada setiap hari. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi sihat, rutin harian yang patut anda lakukan adalah makan makanan sihat dan bersenam dengan betul. Sebagai tambahan, anda juga perlu menjadi produktif dalam melakukan rutin anda.

Sebaiknya, elakkan meluangkan masa yang banyak pada media sosial dan beri tumpuan pada diri anda. Selain itu, anda juga perlu sentiasa menilai rutin anda kerana perubahan gaya hidup dan fizikal hanya akan berlaku apabila anda mempunyai rutin yang sesuai dan pemikiran yang betul. Lakukanlah rutin harian anda dengan konsisten. Ia boleh membantu anda mengenal sebarang perubahan yang terjadi dalam perjalanan kecergasan anda. Secara tidak langsung, ia memberi motivasi dalaman kepada diri anda untuk meneruskan perjalanan tersebut.

“Me-Time dan Rehat Secukupnya” – Jacqie Tan

Mencintai diri sendiri juga merupakan kunci kejayaan dalam perjalanan kecergasan anda. Dalam kirimannya yang lain, beliau mengaitkan hal ini dengan topik ‘rehat yang mencukupi’ untuk memastikan pemulihan yang optimum daripada tekanan harian terutamanya selepas semua kerja keras yang anda telah lakukan.

Secara khususnya, kita semua diliputi oleh tekanan mental, fizikal dan emosi melalui persekitaran kita yang sentiasa menuntut kita untuk meneruskan kelangsungan hidup, jadi kita cenderung lupa untuk berehat secukupnya. Beliau juga mencadangkan bahawa anda perlu menetapkan sekurang-kurangnya sebanyak satu hari dalam sebulan untuk diri sendiri. Ia dipanggil sebagai ‘me time’, di mana anda mendedikasikan hari tersebut hanya untuk diri anda. Beri tumpuan sepenuhnya pada diri sendiri. Sekiranya boleh, matikan televisyen dan komputer riba anda sebelum tidur, dan letakkan telefon pintar anda dalam mod senyap dengan hanya memberi peluang untuk dihubungi oleh keluarga atau sebarang kecemasan.

Pastikan anda mematikan semua lampu apabila anda sudah berada di atas katil dan mendapatkan tidur yang cukup selama 6-8 jam. Selain itu, anda juga boleh mengambil dos Magnesium dan Zink sebagai makanan tambahan sebelum tidur untuk membantu pemulihan dan mempersiapkan reseptor untuk hari berikutnya bagi mengekalkan kecergasan.

“Muzik, Pembakar Semangat” – Germaine Yeap

Pertama sekali, influencer kecergasan ini memberi tips untuk tidak pernah berputus asa dengan apa yang anda mulakan. Keputusan anda tersebut merupakan kekuatan bagi meningkatkan motivasi anda. Sentiasa mencabar diri anda untuk jadi lebih baik daripada semalam. Kadangkala, untuk mengekalkan mentaliti yang positif, anda memerlukan muzik untuk meningkatkan mood dan membakar semangat anda bagi memulakan latihan kecergasan. Seperti yang beliau cadangkan, anda boleh pergi lebih awal ke tempat latihan dan duduk di ruang anda sendiri sambil mendengar muzik untuk menenangkan fikiran anda sebelum anda memulakan aktiviti. Selepas latihan, anda boleh mendengar muzik semula bagi tujuan menyejukkan diri sebelum menuju ke bilik mandi.

Sertai Gim” – Rebecca Saw

“Sudah tentu terdapat lebih banyak perkara yang penting dalam kehidupan berbanding saiz badan anda. Walau bagaimanapun, tidak mengira apa jua saiz badan anda, ingatlah ia adalah lebih penting untuk menjaga kesihatan anda untuk menjalani kehidupan yang memuaskan. Hidup ini berkaitan dengan perasaan positif tentang diri anda sendiri, dan bukan hanya mahukan kelulusan dan pujian daripada orang lain!”, berikutlah kata-kata semangat yang diberikan oleh Rebecca Saw. Secara umumnya, beliau menggalakkan individu yang tidak mempunyai motivasi untuk melakukan aktiviti kecergasan untuk menyertai gim. Carilah gim yang berhampiran rumah atau tempat kerja anda. Sekiranya anda adalah ‘orang pagi’ (morning person), pergilah ke gim di waktu pagi. Jika tidak, pastikan anda pergi selepas bekerja sebelum badan anda berehat untuk kekalkan kecergasan. Sesi latihan yang betul sangat bermanfaat kepada minda dan tubuh badan anda. Bukan itu sahaja, sekiranya anda menyertai gim, anda juga berpeluang membina rangkaian sosial yang baru justeru mendorong semangat anda untuk melakukan aktiviti kecergasan secara berterusan.

“Komitmen” – Yi Ping Teo

Setiap kali beliau dihujani dengan soalan seperti, “Bagaimanakah anda boleh bersenam sebanyak 13 kali seminggu?”, jawapan yang biasa diberikan bagi soalan tersebut adalah ‘komitmen’. Beliau menasihatkan bahawa apa sahaja yang anda mulakan, termasuklah latihan nikmatilah ia setiap hari. Secara lumrahnya, sudah tentu akan ada hari yang baik dan buruk, tetapi anda harus berdiri teguh dan cubalah memberikan segala-galanya. Cabaran, dorongan, dan semangat yang anda miliki semuanya akan membuatkan diri anda lebih bersungguh-sungguh untuk mencapat matlamat anda. Oleh itu, ia adalah amat penting untuk meminati apa sahaja yang anda lakukan. Jika anda berminat dengan sesuatu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ia boleh membakar semangat anda untuk menjadi lebih baik dan lebih kuat. Cabar dan kejutkan diri anda dengan keberanian anda sendiri, lebih-lebih lagi apabila melakukan sesuatu yang baru.

“Minat Mendorong Motivasi” – Siu Lim

“Tetapkan niat anda untuk mendorong diri anda bekerja lebih keras dalam setiap sesi. Inilah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat yang anda mahukan”, menurut Siu Lim, inilah kepercayaan yang memberi semangat kepadanya untuk terus berusaha setiap hari. Beliau tidak fikir ada rahsia yang cukup besar untuk seseorang mencapai matlamatnya. Sekiranya anda memiliki matlamat, anda mestilah bekerja keras & cerdas untuknya. Sambil mengimbangi tugasnya sebagai seorang pelatih ‘pilates’ dan menjadi ibu kepada 4 orang anak, beliau memulakan harinya seawal jam 7 pagi dan kadangkala mengakhiri harinya pada jam 10 malam. Beliau sering berasa sangat letih, tapi bagaimanakah beliau masih mempunyai tenaga untuk mencapai matlamat harian, bulanan, dan tahunan? Bagi menjawab soalan itu, beliau menegaskan bahawa, beliau mempelajari tenaga tambahan yang dimiliki tersebut datang daripada ‘minat’. Beri tumpuan pada perkara yang menggembirakan anda. Sebagai contoh, beliau berasa gembira apabila setiap kali mengajar ‘pilates’ beliau akan berasa baik mengenai diri sendiri serta dapat memahami bagaimana tubuh beliau berfungsi.  Jadi, selagi anda mempunyai minat dan matlamat, itulah caranya anda akan terus maju kehadapan dalam pengembaraan anda.

“Berhenti Beri Alasan” – Sue Danza

Beliau pernah memetik kata-kata ini, “99% daripada semua kegagalan datang daripada tabiat individu yang sering memberi alasan”. Ya, dan beliau mengakui bahawa beliau juga pernah melakukannya beberapa kali. Beliau menjelaskan seseorang perlu memberikan sebanyak 300% tanggungjawab untuk mencapai kejayaan atau impian yang diinginkan. Individu yang beliau temui dan berlatih bersama pada setiap hari merupakan pencetus semangat beliau untuk mencapai matlamat dan membuang tabiat memberi alasan dalam hidup termasuklah menuding jari dan drama yang tidak perlu ada dalam kehidupan.

Jadi, tips influencer kecergasan ini boleh meningkatkan semangat kembali adalah dengan mempercayai bahawa jumlah 1% selebihnya itu adalah perkara yang baik buat dirinya. Sebagai contoh, perbuatan yang memerlukan beliau melakukan perkara-perkara yang sukar, memberikan hasil dan memerlukan pengorbanan. Perkara-perkara inilah yang termasuk di dalam jumlah 1% tersebut. Justeru, anda harus berhenti mencipta alasan, sebaliknya teruskan perjuangan anda. Lakukan apa yang anda mahukan dan selesaikan apa yang anda mulakan. Pada penghujung hari, usaha keras yang anda lakukan sudah tentu akan membuahkan hasil yang lebih baik.  

Summary
7 Tips Yang Boleh Dipelajari Daripada 7 Influencer Kecergasan Ini
Article Name
7 Tips Yang Boleh Dipelajari Daripada 7 Influencer Kecergasan Ini
Description
Artikel ini mengumpulkan 7 tips daripada 7 Top Influencers Kecergasan di Malaysia untuk memperkayakan pengalaman rancangan kecergasan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: