7 Tips Mengikuti Diet Rendah Purine Bagi Pesakit Batu Karang
Purine terdiri daripada 15% asid urik yang terdapat di dalam badan.

Batu Karang terhasil akibat pengumpulan garam dan mineral dalam badan yang terdiri daripada kalsium atau asid urik. Ia sering terbentuk dalam buah pinggang dan boleh bergerak ke bahagian badan lain seperti saluran kencing.

Batu Karang mempunyai variasi saiz. Sesetengahnya bersaiz kecil, sebanyak seinci. Manakala sesetengah yang lain boleh membesar sebanyak beberapa inci sehingga boleh memenuhi keseluruhan buah pinggang anda.

Batu Karang terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kandungan mineral tertentu dalam badan yang terkumpul dalam air kencing. Apabila anda tidak terhidrat dengan baik, air kencing anda akan menjadi lebih pekat dengan kandungan mineral tertentu yang tinggi. Sekiranya keadaan ini berlaku, kandungan mineral yang tinggi tersebut akan menjadi Batu Karang.

Salah satu punca penyakit Batu Karang adalah kandungan asid urik yang tinggi dalam badan. Asid urik terhasil apabila badan memproses sejenis bahan bergelar purine. Purine biasanya terkandung dalam makanan atau minuman anda.

Terdapat banyak makanan yang mengandungi purine, contohnya seperti:

Purine terdiri daripada 15% asid urik yang terdapat di dalam badan. Apabila terlalu banyak asid urik dalam badan, ia boleh menyebabkan masalah seperti Batu Karang dan Gout.

Atas sebab ini, doktor akan mencadangkan diet rendah purine bagi membantu masalah Batu Karang, dan kadangkala bagi individu yang telah menjalani pemindahan organ.

Diet rendah purine bersama ubat-ubatan preskripsi boleh menurunkan kadar asid urik dalam badan justeru mengurangkan risiko penyakit Batu Karang. Sesetengah pesakit boleh menurunkan paras asid urik mereka melalui diet sahaja.

Namun begitu, tidak semua individu perlu mengikuti diet yang tegar untuk merawat Batu Karang, tetapi mengelakkan makanan yang mengandungi purine yang tinggi boleh membantu mengawalnya. Berundinglah dengan doktor atau ahli diet anda untuk mengetahui sama ada anda perlu mengikuti diet rendah purine ini atau tidak.

Sekiranya anda seorang yang sangat menyukai daging, diet rendah purine ini mungkin kelihatan bosan kerana ia memotongnya daripada senarai diet.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mengikuti diet rendah purine:

1. Memahami apa itu purine

Purine merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan dalam badan anda dan ia juga terkandung dalam beberapa makanan tertentu. Ia sepatutnya tidak menjadi masalah tetapi, produk akhirnya dileraikan menjadi asid urik yang boleh membentuk deposit kristal dalam sendi anda dan mengakibatkan kesakitan serta keradangan. Kesakitan sendi ini, dirujuk sebagai Gout.

Selain itu, 1/3 daripada asid urik dalam badan anda berasal daripada makanan dan minuman yang mengandungi purine yang tinggi yang diambil oleh anda. Sekiranya anda memakan terlalu banyak makanan tinggi purine, badan anda berisiko tinggi mengalami peningkatan asid urik. Asid urik yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan seperti Batu Karang dan Gout

2. Tentukan jika diet rendah purine adalah untuk anda

Diet rendah purine adalah sangat baik bagi sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan menguruskan penyakit Batu Karang. Selain itu, ia juga menggalakkan anda memakan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta menjauhi daging yang berminyak.

Jadi, diet rendah purine boleh membantu kesihatan keseluruhan anda dan walaupun anda tidak mempunyai sebarang masalah dan hanya mahu mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Satu kajian yang melibatkan hampir 4,500 individu telah menunjukkan bahawa mengikuti diet Mediterranean dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mengalami peningkatan asid urik dalam badan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh makanan yang bersifat anti-radang dan antioksidan yang terdapat dalam diet jenis ini.

3. Nikmati makanan yang sihat tanpa kesan yang buruk

Terdapat pelbagai jenis makanan sihat yang boleh dimakan jika anda mengikuti diet rendah purine. Makanan yang baik dalam diet ini termasuklah roti, bijirin, dan pasta. Bijirin penuh adalah sangat disyorkan berbanding bijirin jenis lain. Tambahan lagi, makanan lain yang termasuk dalam diet rendah purine ini adalah seperti:

  • Susu rendah lemak, yogurt, dan keju
  • Kopi
  • Telur
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kentang
  • Kekacang

4. Hindari pengambilan ikan sardin

Selain ikan sardin, makanan yang mengandungi purin tinggi lain untuk dielakkan termasuklah:

  • Organ dalaman haiwan
  • Ikan bilis
  • Pis kering
  • Oat

Bukan itu sahaja, sayur-sayuran juga ada yang mengandungi jumlah purine yang tinggi! Antara sayur-sayuran tersebut adalah bunga kobis, bayam dan cendawan. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran ini tidak meningkatkan penghasilan asid urik sebanyak makanan yang lain.

5. Minum banyak air

Asid urik dikeluarkan dari tubuh anda melalui air kencing. Sekiranya anda kurang minum air, anda boleh meningkatkan penghasilan asid urik dalam badan anda sehingga ia terkumpul dalam ginjal anda dan menyebabkan Batu Karang.

Sekiranya anda minum sebanyak 8 gelas air atau lebih dalam sehari, anda boleh mengurangkan risiko menghidap Batu Karang.

6. Amalkan diet yang sihat dengan minda yang positif

Jika anda terpaksa mengikuti diet rendah purine akibat penyakit Batu Karang yang anda hidapi, ia tidak sepatutnya menjadi satu beban. Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2013, diet Mediterranean adalah pilihan yang terbaik ntuk mengurangkan jumlah asid urik dalam badan anda. Kami mengesyorkan anda membeli buku masakan Mediterranean atau rujuk sahaja resipinya di atas talian. Dengan bantuan teknologi terkini dan sumber makanan yang tersedia di mana-mana sahaja, tiada alasan untuk anda tidak mengamalkan diet yang sihat.

Kesimpulannya,

Bagi pesakit yang mempunyai Batu Karang, diet rendah purine merupakan pilihan terbaik buat anda untuk menguruskan penyakit tersebut. Ramai pesakit telah berjaya menurunkan asid urik secara semulajadi dan mengekalkan keseimbangannya dengan mengamalkan diet rendah purine dalam rutin harian mereka.

Sekiranya anda berasa diet rendah purine adalah pilihan yang sesuai buat anda, berundinglah dengan doktor anda terlebih dahulu atau bertemu dengan pakar diet yang berdaftar untuk membantu anda memulakan diet dengan langkah yang betul.

Tahukah Anda?

  • Badan anda akan menghasilkan asid urik apabila ia memproses purine.
  • Terlalu banyak kandungan asid urik dalam badan boleh mengakibatkan penyakit seperti Batu Karang dan Gout
  • Diet Mediterranean merupakan jenis diet yang dikategorikan sebagai diet rendah purine.

Sumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322590

https://www.healthline.com/health/tips-for-following-low-purine-diet

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524

https://www.webmd.com/arthritis/gout-diet-curb-flares

Summary
6 Tips Mengikuti Diet Rendah Purine Bagi Pesakit Batu Karang
Article Name
6 Tips Mengikuti Diet Rendah Purine Bagi Pesakit Batu Karang
Description
Batu Karang terhasil akibat pengumpulan garam dan mineral dalam badan yang terdiri daripada kalsium atau asid urik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: