khemah

Khemah adalah alatan yang sangat penting sekiranya anda melakukan aktiviti luar seperti di dalam hutan, kerana ia adalah alat yang digunakan sebagai tempat tinggal anda.

Sekiranya anda berfikir untuk memilih khemah, sama ada untuk pembelian kali pertama atau ingin menaik taraf khemah anda kepada yang lebih besar dan moden, kami percaya bahawa terdapat beberapa petua yang harus anda ikuti untuk memastikan wang anda dibelanjakan dengan bijak.

Pemilihan khemah yang salah boleh mengubah perjalanan perkhemahan anda atau menjadi pengembaraan perkhemahan yang tidak begitu senang.

Jadi, mari ikut tips kami untuk membeli khemah yang sesuai untuk kegunaan anda.

1. Kenal pasti bilangan orang yang akan menggunakan khemah tersebut

Spesifikasi mengatakan khemah 4 orang, bermaksud bahawa 4 orang akan muat tanpa ruang untuk bagasi dan lain-lain. Oleh itu, bilangan 4 orang harus melihat khemah yang sebesar khemah untuk muatan 6 orang.

Ini akan memberi ruang untuk tempat tidur dan kawasan yang lebih kecil untuk menyimpan pakaian dan lain-lain. Sekiranya cuaca buruk, ruang tambahan itu akan menjadi kelebihan bagi anda semua di khemah.

Anda perlu memikirkan ruang yang anda perlukan di dalam khemah dan barang apa yang anda mahu simpan di khemah itu bersama anda.

Selain itu, harus difikirkan juga tentang ketinggian orang dewasa yang akan tidur di dalamnya. Orang yang tinggi perlu tidur tanpa meringkuk seperti bola.

2. Keadaan cuaca ketika khemah digunakan

Beberapa khemah lebih sesuai mengikut persekitaran yang berbeza.  Khemah yang mahu digunakan ketika musim panas haruslah diperbuat daripada bahan ringan, mempunyai banyak pengudaraan dan tidak sesuai digunakan ketika cuaca yang ekstrem.

Khemah tiga musim lebih mungkin mempunyai ketahanan terhdap hujan dan angin kencang untuk memberikan perlindungan dari cuaca sejuk. Cara ini adalah pemilihan yang baik untuk pembelian khemah anda.

3. Bahan khemah

Sebelum memilih khemah untuk dibeli, anda perlu memeriksa terlebih dahulu dengan teliti bahan yang digunakan untuk membuat khemah tersebut. Jenis khemah yang kanvas sememangnya tahan air, tetapi boleh menjadi sangat berat ketika menyerap air. 

Manakala khemah yang diperbuat daripada bahan  Nylon atau Polyester juga tahan air, tetapi cahaya matahari akan menyebabkan reputan dari masa ke masa. Dengan khemah-khemah ini, anda mesti memastikan bahawa jahitannya telah ditutup untuk memastikan kalis airnya.

Sebelum membeli khemah, anda perlu melihat zip khemah. Ia adalah bahagian penting dari khemah tetapi sering diabaikan. Sekiranya zip khemah rosak, barang-barang yang terdapat di dalam khemah pasti akan rasa kurang selamat untuk ditinggalkan.

4. Berat khemah

Sebelum membeli khemah, anda harus mengambil kira berat khemah terlebih dahulu. Adakah anda perlu membawa khemah dalam jarak yang jauh? Adakah anda mampu mengangkat khemah itu sendiri?

Oleh itu fikirkan terlebih dahulu sbelum membeli kerana anda juga harus mempunyai kekuatan untuk menguruskan khemah yang anda beli.

Sekiranya anda mengembara dengan khemah maka anda akan memerlukan khemah yang ringan.

5. Mempunyai pengudaraan yang baik

Sekiranya anda belum pernah memiliki pengalaman berkhemah, maka anda mungkin tidak menyedari keadaan bangun pada waktu pagi kerana semuanya lembap.

Pakaian anda menyentuh bahagian tepi khemah sehingga menyebabkan pakaian anda basah. Tempat tidur anda akan lembap dan berwap di seluruh khemah. Sebab itulah sistem pengudaraan khemah sangat penting.

6. Tapak khemah

Pemilihan khemah haruslah diperbuat daripada tapak yang kuat dan tahan lama.  Tapak khemah haruslah mampu melindungi anda dan barang-barang anda daripada cuaca buruk yang boleh menembusi khemah anda.

Tapak khemah yang terbaik adalah diperbuat daripada sekeping kain yang direka khusus, atau terpal yang berada di bawah khemah untuk melindunginya dari tanah dan akan melindungi khemah anda daripada tergelincir.

7. Perkhidmatan selepas jualan   

Sekiranya khemah yang anda beli mengalami masalah tertentu atau kerosakan, anda boleh mengembalikannya kepada pengeluar dan menuntut jaminan.

Disebabkan Itulah perkhidmatan selepas jualan lebih penting daripada perkhidmatan semasa membeli khemah kerana banyak peniaga yang menjual kepada pembeli dengan senang hati tetapi tidak mahu mengambil tahu tentang pelanggan lagi setelah membeli.

Demikianlah beberapa tips yang boleh anda ikuti sebelum membeli khemah yang terbaik untuk anda. Anda perlu menjadi orang yang teliti sebelum membeli agar barang yang anda beli benar-benar berkualiti dan sesuai dengan diri dan kemampuan anda.

Sumber:

https://www.gocampingaustralia.com/10-tips-to-help-choose-a-tent.html

Summary
7 Tips Membeli Khemah Yang Sesuai Untuk Anda
Article Name
7 Tips Membeli Khemah Yang Sesuai Untuk Anda
Description
Khemah adalah alatan yang sangat penting sekiranya anda melakukan aktiviti luar seperti di dalam hutan, kerana ia adalah alat yang digunakan sebagai tempat tinggal anda.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: