Pantai Puteri Melaka

Siapa disini peminat drama Korea yang tergilakan Pulau Nami, jangan terkejut anda boleh menjumpai seakan-akan pulau itu di Pantai Puteri Melaka yang terletak di Tanjung Kling.

Walaupun Melaka sangat terkenal dengan bandar bersejarah, namun ini tidak bermakna di Melaka tiada tempat menarik terutamanya di pantai. Jika anda tidak familiar dengan Pantai Puteri, mungkin anda pernah dengar Pantai Kundor. Ya, kedua-duanya adalah pantai yang sama.

Bukan hanya sekadar namanya puteri, anda akan terkesima dengan panorama pantai yang cantik dan deretan pokok rhu yang meredupkan suasana. Nyaman dan selesa!

Selain suasana pantai yang cantik dan indah yang menghadap Selat Melaka sepanjang 2.5 kilometer, ada beberapa tarikan lain yang anda boleh dapati ketika singgah ke Pantai Puteri Melaka. Teruskan membaca jika anda ingin tahu apakah tarikan tersebut.

1. Hotel Pantai Puteri

Selain dapat melihat matahari terbit dan terbenam di Selat Melaka, anda juga boleh menginap semalaman di Hotel Pantai Puteri yang terletak betul-betul di tepi pantai. Hotel ini sangat popular dalam kalangan pelancong.

Lokasinya yang strategik membuatkan ramai pengunjung berpuas hati dan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke tempat-tempat lain. Selain dekat dengan Makam Hang Tuah, hotel ini juga menawarkan pemandangan tempat yang menarik dan pemandanan yang berada disekelilingnya.

Jangan khuatir kerana hotel ini lengkap dengan fasiliti yang lain seperti Wi-Fi, aircond, TV, LAN, servis iron, bar mini, parking, pusat perniagaan dan concierge. Anda pasti berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Pastikan anda mencari di carian Google sekiranya anda mencari homestay yang sesuai untuk seisi keluarga.

2. Berkhemah

Adakah anda sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baru? Anda boleh berkhemah di tepi Pantai Puteri Melaka. Disitu, terdapat camping site yang memang telah tersedia. Atau anda boleh bawa khemah yang sedia ada di rumah, tiada masalah.

Tambahan itu, kemudahan awam seperti tandas dan tong sampah turut disediakan. Anda tidak perlu tercari-cari kerana kawasan ini sangat dijaga dengan rapi. Walaupun begitu, anda perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dilakukan lebih-lebih lagi etika membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Kata pencinta alam sekitar!

3. Barbeque atau membakar ikan segar

Apabila malam sudah menjelma, perut pun sudah lapar. Inilah masa yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti barbeque. Pantai Puteri ini juga berdekatan dengan pengkalan nelayan dan pasar basah yang menjual pelbagai hasil laut segar seperti ikan, ketam, sotong dan udang dengan harga yang sangat berpatutan.

Jangan terlepas peluang untuk merasai isi laut segar yang juicy dan manis. Pastikan anda bawa rempah siap-siap dari rumah dan aluminium foil dan siap untuk dibakar. Makan panas-panas mesti sedap.

4. Memancing

Adakah anda si kaki Joran? Disini, anda boleh memancing sendiri atau memasuki pertandingan memancing. Suasana disini sangat meriah kerana Joran-joran akan dipasang di persisiran pantai dan anda akan melihat satu pemandangan yang luar biasa.

Namun begitu, biasalah. Kalau nak memancing, tak boleh bising nanti ikan lari.

5. Mandi dan berkelah

Dengan persisiran pantai dan pasir putih serta air yang jernih, sudah tentu menjadi tumpuan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Siapa yang datang sini tetapi tak mandi, sangat rugi kerana kepuasannya berganda disebabkan kawasan sekitarnya yang tenang.

Jangan takut dengan deruan ombak dan angin yang kuat serta cuaca panas kerana terdapat banyak pokok rhu dan pokok kelapa disekelilingnya. Jadi, anda boleh berkelah dengan tenang dan menikmati pemandangan pantai. Bukan selalu dapat berkelah begini. Percuma pula tu!

6. Aktiviti layang-layang dan bola tampar pantai

Jika anda ingin mengenang nostalgia kanak-kanak, inilah tempat yang sesuai. Rata-rata di pantai ini, ramai pengunjung yang buat Family Day atau Team Building kerana keadaannya yang luas dan tidak sesak.

Selain itu, anda juga boleh mengasah bakat bermain layang-layang ketika angin sedang kuat. Ini sesuatu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

7. Menaiki kuda atau unta

Jangan terkejut kerana disini ada unta yang siap sedia untuk bawa anda bersiar-siar dikeliling pantai. Aktiviti menaiki kuda atau unta ini pasti menggembirakan anak-anak kecil yang teruja dengannya. Tetapi, ada bayaran yang dikenakan jika anda ingin melakukan aktiviti ini.

Kesimpulan

Terdapat juga aktiviti lasak di Pantai Puteri seperti banana boat, kayak dan jet ski. Oh ya, sebelum terlupa pastikan anda menikmati ‘roti john’ yang terkenal, iaitu sandwic omelet khas dan ‘ayam golek’ di Barkat Roti John yang laris di Pantai Puteri ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Rancang aktiviti dan perjalanan anda dengan sebaiknya jika ingin pergi ke Pantai Puteri Melaka.

Lakukan sahaja kesemua aktiviti-aktiviti menarik yang telah kami sediakan dan sebelum memutuskan untuk bercuti di pantai, anda perlulah membuat sedikit ‘research’ kaji cuaca supaya ia tidak menganggu semua tentative yang anda telah rancang.

Jika anda inginkan percutian bajet tetapi memuaskan hati semua pihak, Pantai Puteri Melaka adalah pilihan yang bijak dan tepat.

Selamat bercuti!

Sumber:

https://www.travalour.com/attraction/4970-puteri-beach

https://www.travalour.com/attraction/4970-puteri-beach

https://www.xtvt.com.my/place/puteri-beach

Summary
7 Tarikan dan Aktiviti Menarik di Pantai Puteri Melaka
Article Name
7 Tarikan dan Aktiviti Menarik di Pantai Puteri Melaka
Description
Siapa disini peminat drama Korea yang tergilakan Pulau Nami, jangan terkejut anda boleh menjumpai seakan-akan pulau itu di Pantai Puteri Melaka yang terletak di Tanjung Kling.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: