Now Reading
7 Senibina Ajaib Di Malaysia Buat Anda Bangga

7 Senibina Ajaib Di Malaysia Buat Anda Bangga

senibina

Seluruh dunia gah akan kewujudan 7 senibina ajaib, di Malaysia juga mempunya versi reka binaan tersendiri yang menakjubkan.

Sungguhpun belum layak di iktirafkan di mata dunia senibina antarabangsa, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan hasil rekaan struktur binaan di negara sendiri.

1. Langkawi Sky Bridge

Langkawi yang sudah dikenali dengan keindahan persisiran pantai yang dikelilingi 99 buah pulau dan pembangunan pusat pelancongan yang pesat, mempunyai tarikan utama dari segi reka bina. Antaranya Jambatan Langit ‘’Sky Bridge ‘’. Ketinggian jambatan mencecah 2000 kaki dari paras laut, diwaktu cuaca terang, pengunjung dapat melihat sipi-sipi negara Thailand daripada platform kereta kabel di puncak gunung (ianya memakan masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki kereta kabel ke puncak).

Jambatan ini selamat di lewati oleh pengunjung , dengan jarak 400 kaki ke bahagian hujung dengan pautan sokongan kabel. Sehingga notis dikeluarkan, Sky bridge pada masa sekarang masih menjalankan proses renovasi.

2. Masjid terapung Tengku Tengah Zaharah

‘’Terapung’’ kerana tapak lokasi masjid di muara Sungai Terengganu, dimana hanya 3 batu jarak daripada pusat negeri. Seni reka berkonsepkan Moorish-style yang menaikkan imej moden digabung dengan elemen keislaman seperti penggunaan seramik dan Jubin di dinding telah menjadikan masjid ini sebagai mercu tanda negeri Terengganu.

Untuk mendapatkan pemandangan yang luar biasa, anda boleh melakukan ziarah ke masjid tersebut pada sebelah petang. Waktu itulah kita dapat menyaksikan, warna pancaran daripada masjid berubah mengikuti cahaya matahari terbenam.

3. Menara Kembar Petronas

Tidak dapat dinafikan, ianya terkenal menjadi mercu tanda di Malaysia, Menara kembar petronas. Menara kembar yang tertinggi di dunia. Untuk menikmati pemandangan seluruh kota kuala lumpur , naik ke tingkat 41, atau kalau nak ke Menara sebelah, boleh lewati jambatan gantung.

Nak yang lebih syok, naik ke tingkat 86 , 110 kaki dari aras tanah , pengunjung dapat menikmati pemandangan kota daripada celahan awan. Seni reka nya yang seiring dengan reka moden tetapi masih gabungkan elemen keislaman, bentuk bangunan yang seakan 8 bucu bintang telah memukau semua yang melihatnya.

4. Masjid Jamek

Dari luaran sudah keliatan tersergam indah, apatah lagi reka dalaman nya. Mengetengahkan rekaan Moorish-style dan mendirikan kubah putih yang besar menjadikan ianya bangunan ikonik Malaysia. Lokasinya bersebelahan dengan Merdeka Square dan banyak bangunan lama yang masih utuh membuatkan masjid jamek kelihatan estetik juga.

5. Batu Cave

Kuil Gua Batu Cave , berdiri utuh di puncak gunung, dengan mercu tanda Lord Murugan , setinggi 140 kaki , menjadikan ianya lokasi terkenal untuk dijelajahi, anda perlu mendaki 272 anak tangga untuk sampai ke pintu utama kuil. Dipuncak pintu kuil, kita dapat menikmati pemandangan kota. Binaan kuil masih dikekalkan klasik dengan dinding batu gunung semulajadi.

6. Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru

Reka bentuk bumbung seperti payung sering menarik perhatian pengunjung di sepanjang Waterfront Kuching, Sarawak. Ianya terinspirasi daripada pakaian traditional topi Melanau. Bangunan ini tidak terbuka untuk lawatan orang umum tetapi boleh di lawati taman di sekitarnya

7. Masjid Kristal

Dipercayai, masjid terunik di seluruh dunia, Masjid kristal ini terletak di Pulau Wan Man, Terengganu. Rekaan dinding nya dibina menggunakan besi dan gelas, Pemandangan yang luar biasa pada sebelah pagi atau di sebelah petang , dengan pantulan cahaya matahari daripada dinding masjid. Di masjid ini, dipamerkan 21 jenis replica masjid terkenal  antarabangsa untuk pengunjung mengenali lebih tentang rekaan binaan masjid seluruh dunia.

Kadang-kadang dalam keasyikan kita memandang keajaiban bangunan di luar-luar negara kita terlepas pandang dengan keunikan bangunan yang kita perolehi. Sebenarnya banyak bangunan yang unik di Malaysia ini kalau kita rajin terokai.

Semoga melalui perkongsian kali ini anda dapat pengetahuan yang baru. Semoga bermanfaat!

Sumber:

http://selongkaqmenyelongkaq.blogspot.com/2014/03/7-senibina-ajaib-di-malaysia-buat-anda.html

https://www.shermanstravel.com/advice/7-must-see-architectural-wonders-in-malaysia

error: Content is protected !!