Vaksinasi
Vaksinasi memang mempunyai risiko, tetapi otak kita biasanya tidak memikirkan sangat risiko dalam perspektif mereka. Ini kerana mereka lebih takutkan risiko terbang di udara berbanding memandu kerana memandu adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan, sedangkan memandu sebenarnya lebih berbahaya. Dan apabila anda memberi suntikan vaksin pada anak-anak anda kerana ingin melindungi mereka daripada pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa, vaksinasi ini boleh mennyebabkan kesan sampingan jangka pendek seperti kulit menjadi merah dan bengkak di bahagian yang dicucuk, demam dan timbulnya ruam.

Melakukan vaksinasi memang diketahui berisiko namun otak kita biasanya tidak melihat risiko itu dalam perspektif yang berbeza kerana risiko selalu dikaitkan dengan perkara negatif sahaja. Sebagai contoh, masyarakat lebih takut untuk menaiki pesawat berbanding memandu kerana mereka sudah terbiasa akan hal itu sedangkan memandu sebenarnya lebih berbahaya. Vaksinasi yang diberikan pada anak anda bagi melindungi mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya akan memberikan kesan sampingan seperti kemerahan dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, demam serta ruam di badan.

Namun begitu, kesan serius seperti reaksi alergik atau alahan yang teruk jarang berlaku berbanding kes kanak-kanak yang menghidap penyakit berbahaya kerana tidak divaksin. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit juga menganggarkan bahawa risiko berlakunya kesan alahan yang serius kerana mana-mana vaksin adalah satu dalam sejuta dos vaksin yang diberikan.

Walaupun dengan kadar risiko yang kecil, ada ibu bapa yang masih bimbang akan risiko vaksinasi ini dan perkara itu memang masuk akal. Ini adalah perkara yang anda jarang dengar daripada pakar vaksin kerana wujudnya elemen kebenaran mengenai kebimbangan ibu bapa terhadap suntikan vaksin ini walaupun ada di antara mereka yang salah faham akan sesetengah fakta tentang vaksin. Ia menjadi lebih teruk sekiranya doktor tidak membantu ibu bapa dalam mengatasi kebimbangan mereka atau memaksa mereka untuk mengambil juga suntikan vaksin itu tanpa menjawab persoalan-persoalan berkenaan vaksin yang menghantui ibu bapa.

Berikut merupakan antara mitos biasa yang selalu didengari berkaitan amalan vaksin dan mengapa mitos-mitos ini sebenarnya salah.

 

#1

Kebimbangan: “Suntikan vaksin yang banyak pada usia yang muda akan melemahkan sistem imun bayi saya”.

Kebenaran: Orang terdahulu yang lahir pada tahun 1970an dan 80an telah menerima vaksinasi bagi melindungi diri mereka daripada 8 jenis penyakit yang berbahaya. Kini, kanak-kanak yang berumur cukup 2 tahun sudah mampu melawan 14 jenis penyakit sekiranya mereka divaksin. Walaupun kanak-kanak sekarang memerlukan lebih banyak suntikan vaksin kerana adanya vaksin yang memerlukan beberapa dos sekali gus bagi memastikan mereka mendapat perlindungan dua kali ganda daripada dijangkiti penyakit.

Bilangan suntikan vaksin itu sebenarnya tidak penting, apa yang penting adalah kandungannya. Antigen adalah komponen viral atau komponen bakteria yang ada dalam vaksin yang membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi yang seterusnya membina antibodi yang boleh melawan apa-apa jangkitan. Jumlah antigen yang diterima oleh kanak-kanak dalam suntikan vaksin sekarang hanyalah jumlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang pernah diterima oleh kanak-kanak terdahulu walaupun termasuk vaksinasi yang digabungkan.

 

#2

Kebimbangan: “Sistem imun anak saya masih belum matang, jadi lebih baik sekiranya suntikan vaksin itu ditangguhkan dahulu dan hanya ambil vaksin yang penting dahulu”.

Kebenaran: Ini adalah salah faham terbesar yang selalu difikirkan oleh ibu bapa zaman sekarang dan dan menyebabkan penyakit seperti demam campak terus dijangkiti oleh kanak-kanak. Dalam kes MMR, melewatkan suntikan vaksin dalam jangka masa lebih tiga bulan boleh meningkatkan faktor mendapat sawan.

Tiada bukti yang boleh mengatakan bahawa mereka yang mengelak daripada divaksin adalah lebih selamat berbanding mereka yang divaksin. Apa yang pasti adalah ibu bapa yang mengikut jadual suntikan seperti yang dicadangkan dapat memberikan perlindungan yang lebih berkualiti buat anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang tidak memvaksinkan anak mereka. Malah, berpuluh-puluh pakar penyakit berjangkit serta epidemiologi daripada CDC, universiti dan juga hospital di seluruh dunia telah membuat penyelidikan selama beberapa dekad sebelum mengesyorkan apa-apa berkaitan vaksin.

 

#3

Kebimbangan: “Vaksin mengandungi toksin seperti merkuri, aluminium, formaldehyde dan anti-beku”.

Kebenaran: Kebanyakan kandungan vaksin adalah air bersama antigen, namun mereka memerlukan bahan tambahan untuk menstabilkan campuran itu atau meningkatkan tahap keberkesanan vaksin tersebut. Justeru itu, ibu bapa bimbang akan kandungan merkuri dalam vaksin kerana ia mengandungi bahan pengawet yang dikenali sebagai thimerosal yang boleh merubah menjadi ethylmerkuri.

Para penyelidik sekarang telah mendapati bahawa ethylmerkuri itu tidak berkumpul dalam badan berbanding methymerkuri, sebuah bahan neurotoksin yang boleh dijumpai dalam sesetengah ikan. Kebanyakan vaksin untuk bayi juga tidak lagi mengandungi kandungan thimerosal sejak tahun 2001 sebagai langkah berjaga-jaga.

Vaksin juga memang mengandungi kandungan garam alumininum yang digunakan untuk meningkatkan respon sistem imun dalam badan, merangsang penghasilan antibodi yang lebih banyak serta menjadikan vaksinasi itu lebih efektif buat kita. Meskipun kandungan aluminium itu boleh menyebabkan berlakunya kemerahan atau bengkak di kawasan yang dicucuk, namun jumlah aluminium dalam vaksin adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan kandungan aluminum yang diperoleh bayi melalui susu ibu, susu formula atau sumber-sumber lain. Ia juga dikatakan tidak mempunyai kesan jangka panjang serta telah banyak digunakan dalam vaksinasi sejak tahun 1930an lagi.

Seterusnya, penggunaan bahan formaldehyde yang digunakan untuk menyahaktifkan sebarang pencemaran juga boleh didapati pada sesetengah vaksin. Namun begitu, jumlahnya adalah 100 kali kurang berbanding jumlah formaldehyde yang didapati daripada sumber lain seperti buah-buahan dan bahan penebat. Badan kita juga sebenarnya menghasilkan lebih banyak bahan formaldehyde berbanding yang ada dalam vaksin itu.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah bahan dalam vaksin yang mampu memberikan risiko kepada kita. Antibiotik seperti neomycin, digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dalam sesetengah vaksin. Gelatin yang biasanya digunakan untuk mengelakkan komponen vaksin daripada basi dan tidak dapat digunakan dalam jangka masa panjang pula boleh mengakibatkan reaksi dikenali sebagai “rare anaphylactic” yang hanya berlaku pada satu atau dua dos daripada 1 juta dos vaksin. Sesetengah vaksinasi pula mengandungi sedikit kandungan protein telur dan kajian yang dilakukan baru-baru ini telah mengesahkan bahawa kanak-kanak yang mengalami alahan pada telur masih boleh menerima suntikan vaksin itu.

Bagi bahan antibeku pula, ia tidak terkandung dalam kandungan vaksin. Ibu bapa mungkin keliru dengan nama kimianya iaitu ‘ethylene glycol’ dan ‘propylene glycol’ dengan bahan lain yang digunakan dalam proses penghasilan vaksin iaitu ‘polythylene glycol tert-octylphenyl ether’ yang juga tidak berbahaya.

 

#4

Kebimbangan: “Vaksin tidak berkesan pun, lihat sahaja vaksin selesema yang berlaku tahun lepas”.

Kebenaran: Secara majoriti, keberkesanan vaksin adalah antara 85 hingga 95 peratus. Vaksin bagi penyakit selesema pula adalah sedikit berbeza berbanding vaksin biasa. Setiap tahun, pakar dalam bidang penyakit berjangkit seluruh negara berjumpa dan berbincang untuk mengenal pasti penyakit mana yang boleh berjangkit sewaktu musim selesema tiba. Keberkesanan vaksin yang diambil bergantung pada jenis penyakit yang boleh dilawan dan ada kalanya, pakar-pakar ini juga boleh membuat silap. Itulah sebab mengapa vaksin pada tahun lepas hanya mempunyai keberkesanan sebanyak 23 peratus bagi mengatasi masalah selesema tersebut. Kajian yang dibuat juga menunjukkan bahawa suntikan vaksin mampu mengurangkan risiko sehingga 50 dan 60 peratus sekiranya ia digunakan bagi merawat penyakit yang betul.

 

#5

Kebimbangan: “Mengapa wujudnya ‘mahkamah vaksin’ sekiranya ia tidak berbahaya?”

Kebenaran: Sejauh mana vaksin dilihat sangat selamat digunakan, namun kadang kala ada juga kesan sampingan yang tidak diduga berlaku. Masyarakat juga tidak perlu rasa terbeban akan masalah kewangan yang datang bersama masalah ini.

Pasti ada yang bertanya, mengapa tidak saman sahaja syarikat farmasi yang terbabit? Sebenarnya, itulah yang berlaku pada tahun 1980an di mana beberapa syarikat yang menghasilkan vaksin telah disaman. Kebanyakan kes-kes saman itu tidak berjaya, namun bagi ibu bapa yang berjaya memenangi kes itu, mereka perlu menunjukkan bukti bahawa vaksin yang diterima itu sudah rosak dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Namun begitu, vaksin yang diterima tidaklah rosak cuma ia dikatakan boleh mendatangkan risiko pada si penerima. Walaupun begitu, perkara itu masih diambil kira oleh pihak mahkamah. Justeru itu, banyak syarikat telah berhenti menghasilkan vaksin maka timbullah masalah kekurangan vaksin yang berlaku pada hari ini.

“Semakin ramailah kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin sehingga menyebabkan ahli Kongres masuk campur dalam hal ini”, seperti yang dikatakan oleh Dorit Reiss, seorang profesor yang memiliki kepakaran dalam hal vaksin daripada Universiti California Hastings College of Law. Hasil campur tangan ini telah memberikan perlindungan kepada syarikat yang menghasilkan vaksin agar mereka tidak boleh disaman secara langsung di mahkamah atas masalah vaksin kecuali jika mereka disaman melalui NVICP terlebih dahulu. Jadi, ini juga memberi peluang untuk pengilang bagi meneruskan pengeluaran vaksin tersebut. Hasil campur tangan Kongres itu juga memudahkan ibu bapa untuk menerima pampasan berkaitan dengan masalah vaksin itu.

Mahkamah vaksin beroperasi sebagai ‘sistem tanpa kesalahan’. Ibu bapa tidak perlu membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh pengilang dan tidak perlu memberi bukti yang mengatakan bahawa vaksin yang diterima menjadi penyebab kepada masalah kesihatan yang mereka alami. Malah, beberapa situasi yang berlaku juga diberi ganti rugi meskipun sains telah membuktikan bahawa masalah yang terjadi bukan disebabkan oleh vaksin. Sejak tahun 2006 hingga 2014, sebanyak 1,876 kes tuntutan yang dibuat telah diberi ganti rugi. Itulah kes yang dibayar bagi setiap 1 juta dos vaksin yang diedarkan.

 

#6

Kebimbangan: “Vaksin adalah salah satu cara syarikat farmasi dan doktor menghasilkan keuntungan”.

Kebenaran: Setiap syarikat farmasi memang menghasilkan vaksin untuk mendapatkan keuntungan, tetapi vaksinasi ini bukanlah dadah. Maka tidak salah sekiranya syarikat farmasi ini mengambil keuntungan daripada produk keluaran mereka seperti syarikat-syarikat lain seperti syarikat yang menghasilkan kerusi duduk dalam kereta. Berbeza dengan kepercayaan masyarakat, syarikat-syarikat ini jarang sekali menerima tajaan daripada kerajaan. Hampir kesemua keuntungan yang diperoleh melalui penyelidikan vaksin oleh Institut Kesihatan Negara disumbangkan kepada universiti.

Begitu juga dengan Pakar Pediatrik, mereka tidak mengaut keuntungan daripada apa yang mereka lakukan. “Kebanyakan mereka ini tidak menghasilkan duit daripada vaksin tersebut malah lebih banyak hilang duit atau tiada duit disebabkan vaksin itu”, menurut Nathan Boonstra, M.D., Pakar Pediatrik dari Hospital Blank Children, Des Moines. “Malah, ada juga yang mendapati vaksinasi ini terlalu mahal untuk dibeli, disimpan dan terpaksa menghantar penyakit kepada jabatan kesihatan negeri”.

 

#7

Kebimbangan: “Kesan sampingan sesetengah vaksin adalah lebih teruk daripada menghidap penyakit yang sebenar”.

Kebenaran: Tempoh selama sepuluh hingga 15 tahun diambil bagi membuat kajian berkaitan vaksin-vaksin baharu yang perlu melalui empat fasa pemeriksaan keselamatan dan keberkesanan sebelum ia diluluskan. Setiap vaksin baru yang dihasilkan untuk kanak-kanak perlu diuji keberkesannya pada golongan dewasa dahulu sebelum diuji pada kanak-kanak. Semua vaksin berjenama baharu atau formulasi baharu juga perlu melalui proses yang sama. FDA kemudiannya akan memantau data bagi memastikan vaksin yang dihasilkan itu mempunyai keberkesanan yang sama dan selamat digunakan seperti yang diperakui oleh pengilang yang menghasilkannya. Tiada agensi ataupun syarikat yang akan membuat pelaburan pada vaksin yang boleh menimbulkan masalah kesihatan berbanding fungsi asalnya sebagai pencegah kepada penyakit. Semua penyakit tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius yang boleh menyebabkan individu masuk ke hospital atau menyebabkan kematian.

Penyakit demam cacar air (chicken pox) yang biasa dihidapi ibu bapa ketika mereka kecil juga telah membunuh kira-kira 100 kanak-kanak setiap tahun sebelum vaksin varicella diperkenalkan. Virus varicella merupakan penyebab berlakunya necrotizing fasciitis, sebuah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang memakan daging. Kanak-kanak yang sihat juga mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit cacar air ini dan ada juga yang maut disebabkannya. Sebagai contoh, 80 peratus kematian yang berlaku kerana demam cacar air ini berlaku pada kanak-kanak yang sihat.

Memang benar bahawa kesan sampingan pengambilan vaksin adalah tidak serius seperti sawan dan demam panas. Ianya satu perkara yang selalu didengari namun kesan sampingan yang serius disebabkan vaksin sangat jarang berlaku. Sebagai contoh, berlakunya kesan sampingan yang serius disebabkan oleh vaksin rotavirus iaitu intussusception yang menghalang usus yang memerlukan pesakit dibedah walaupun cuma berlaku sekali pada 20,000 hingga 100,000 bayi yang menerima suntikan vaksin yang sama. 

SUMBER

https://www.healthline.com/health/vaccinations

https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=5925

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/vaccination

https://www.who.int/health-topics/vaccines-and-immunization#tab=tab_1

Summary
7 Sebab Mengapa Ibu Bapa Elak Vaksinasi
Article Name
7 Sebab Mengapa Ibu Bapa Elak Vaksinasi
Description
Vaksinasi memang mempunyai risiko, tetapi otak kita biasanya tidak memikirkan sangat risiko dalam perspektif mereka. Ini kerana mereka lebih takutkan risiko terbang di udara berbanding memandu kerana memandu adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan, sedangkan memandu sebenarnya lebih berbahaya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: