Rowing Machine Malaysia
Rowing Machine Malaysia seperti namanya, mesin yang membolehkan anda untuk bersenam seperti anda mendayung bot.

Rowing Machine Malaysia seperti namanya, mesin yang membolehkan anda untuk bersenam seperti anda mendayung bot.

Ramai yang percaya bahawa ia bagus untuk senaman bahagian atas badan, kajian menunjukkan rowing machine boleh membantu membina otot badan anda sehinga 85%.

Ia adalah cara yang hebat untuk anda membina tahap kecergasan serta untuk mendapatkan senaman kardio. Tetapi ingat! Membelinya semata-mata tidak membantu anda menjadi cergas, anda perlu menggunakannya juga untuk mendapatkan manfaat kesihatan

1. ChiShang V336 Hydraulic Rowing Machine

ChiShang V336 Hydraulic Rowing Machine adalah hebat untuk mereka yang kali pertama ingin menggunakan rowing machine yang baik di rumah mereka dengan harga yang berpatutan.

Ia menggunakan 12 tahap sistem ketahanan tekanan minyak hidraulik yang memberikan anda ketahanan yang lebih baik dan senaman mendayun yang lebih baik.

Disebabkan sistem hidraulik, anda boleh dengan mudah menetapkan tahap ketahanan anda berdasarkan kemampuan senaman anda. Ia membuatkan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Rowing machine Malaysia ini mudah diubah suai untuk keselesaan serta jenis tubuh dan tahap kecergasan.

2. TL-RM209 Rowing Machine

Jika anda seseorang yang berbadan besar yang ingin cergas dengan mendayun, TL-RM209 rowing machine adalah yang sesuai untuk anda.

Mudah diubah suai, tempat duduk yang direka ergonomik dan tahan berat sehingga 150kg, TL-RM209 merupakan rowing machine Malaysia yang selesa digunakan.

Anda juga boleh menukar tetapan dengan memilih 4 tahap berbeza denga hanya memusingkan ruas.

Tambahan lagi, model ini boleh dilipat dan senang disimpan. Ia juga didatangkan dengan paparan LCD yang memaparkan jumlah kayuhan yang telah dibuat, kalori yang terbakar dan masa berlalu.

3. GTE GTE-3794 Rowing Machine

GTE GTE-3794 Rowing Machine adalah rowing machine Malaysia yang ringkas dan mudah digunakan sesuai untuk digunakan di dalam rumah atau ruang kosong.

Seperti rowing machine yang lain, ia sempurna untuk senaman keseluruhan badan yang tidak terlalu ekstrem. Anda boleh usahakan pada kekuatan dan latihan abdomen anda, serta mempertingkatkan senaman otot.

Dengan 12 tahap ketahanan dengan silinder hidraulik, anda boleh mengubah suai mengikut rutin senaman anda sendiri berdasarkan kemampuan dan keperluan anda.

Skrin LCD yang besar memaparkan jumlah kayuhan yang dikira, kalori yang dibakar, kayuhan dikira per minit dan informasi lain juga bagus untuk membantu anda kekal fokus dan mencapai sasaran harian anda.

4. Body Solid Seated Row Machine

Rowing machine merupakan senaman yang bagus untuk warga emas. Untuk mereka yang pertama kali, ia direka dengan baik agar tidak begitu lasak supaya ia tidak menyebabkan sendi dan belakang badan anda menjadi sakit.

Mencari sesuatu yang lebih kurang sama? Body Solid Seated Row Machine dengan ciri yang selesa, tempat duduk yang ergonomik membuatkan anda tetap rasa selesa meskipun ketika sesi senaman yang panjang.

Mempunyai tetapan yang mudah alih dan ketahanan gaya magnetik di mana mesin boleh diubah kepada tetapan yang kurang kasar, sesuai untuk warga emas yang sukakan kecergasan.

Info tambahan, mesin ini sangat senyap.

5. EDENS-3794 Rowing Machine

EDENS-3794 Rowing Machine sempurna untuk senaman seluruh badan yang tidak terlalu sukar, dan sangat sesuai digunakan di dalam rumah.

Seperti kebanyakan rowing machine Malaysia, anda boleh menumpukan pada kekuatan dan latihan abs, serta pertingkatkan pada senaman otot anda.

Anda boleh mengubahsuai rutin senaman anda sendiri mengikut kemampuan dan keperluan anda dengan 12 tahap ketahanan dengan silinder hidraulik.

EDENS-3794 dengan ciri skrin LCD yang besar di mana memaparkan jumlah kayuhan yang dikira, kalori yang dibakar, kayuhan dikira per minit dan informasi lain yang membantu anda kekal fokus untuk mencapai sasaran harian anda.

6. ActiveOne Indoor Adjustable Multi-Purpose Exercise Rowing

Untuk latihan kekuatan dan abs, membantu untuk melakukan senaman otot oblik, pinggang dan push up. Ia peranti yang bagus untuk senaman seluruh badan di rumah atau di gim.

Bentuk yang pejal dan kuat memberikan stabiliti dan keselamatan ketika bersenam. Dilengkapi dengan skrin LCD besar, memaparkan jumlah, kalori, kiraan per minit, kiraan, analisis dan masa.

Anda boleh membawanya dengan mudah ketika anda ingin bersenam. Jimat ruang dan memudahkan anda untuk menyimpan dan memindahkannya.

Malah, dengan tempat duduk empuk dan pemegang yang tidak licin, membuatkan anda selesa ketika bersenam. Ia juga mudah dikendalikan, anda boleh menggunakannya di mana sahaja dan ia merupakan pelatih senaman yang bagus dan profesional.

7. Hydraulic Sculling Rowing Machine

Ciri ketahanan hidraulik pada rowing machine Malaysia ini membuatkan pengalaman mendayung / mengayuh anda mudah di mana anda boleh sesuaikan mengikut tetapan ketahanan berbeza untuk disesuaikan dengan tahap kecergasan.

Terdapat juga tempat duduk empuk yang tebal untuk keselesaan tambahan, pad kaki yang berputar dan monitor satu butang yang tepat tetapi mudah memaparkan informasi penting seperti jarak, masa, kiraan kayuhan, kalori yang dibakar dan jarak tempuh mileage).

SUMBER

https://auntiereviews.com/best-rowing-machine-malaysia/

https://productnation.co/my/health-fitness/equipment/25445/best-rowing-machine-malaysia/

Summary
7 Rowing Machine Malaysia Untuk Anda Kekal Aktif Di Rumah
Article Name
7 Rowing Machine Malaysia Untuk Anda Kekal Aktif Di Rumah
Description
Rowing Machine Malaysia seperti namanya, adalah mesin yang membolehkan anda untuk bersenam seperti anda mendayung bot.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: