rumah

Rumahku, syurgaku! Bila anda tinggal dalam kediaman yang dihias indah seperti 7 buah rumah menawan di bawah ini, pastinya anda tak mahu keluar rumah punya!

Jadi, apa kata kita lihat senarai konsep hiasan dalaman rumah yang disenaraikan ni. Mana tahu ada yang sesuai dengan citarasa anda!

1) Design yang Classy

Praktikal dengan citarasa hebat (barulah ada kelas!) adalah nama konsep hiasan dalaman untuk hartanah bertanah ini yang terletak di Setia Eco Park.

Menggunakan tona kelabu gelap pada dinding utama dan perabot asasnya menawarkan lebih tumpuan kepada perincian aksen moden dan minimalis di sekitar rumah.

Rak dan kabinet kayu bukan saja malar segar, tapi juga kukuh dan tahan lama.

2) Menggunakan Warna

Nak tarik perhatian tetamu untuk melihat di sebalik palet warna lembut kediaman anda? Mudah je, anda perlu handal bermain dengan warna yang terang!

Sejurus anda melangkah masuk ke setiap ruang dalam rumah, mata anda pasti akan tertarik dengan warna terang seperti permaidani mewah merah terbentang di ruang tamu, jubin pastel biru di dinding dapur, dan dinding bilik tidur dengan rona hijau kapur yang menawan.

3) Simple tapi Moden

Menghadkan palet warna kepada warna hitam, kelabu, putih dan kuning air, kediaman ini menawarkan suasana yang santai dan menyeronokkan.

Pereka dalaman menggabungkan bentuk geografi di pelekap dinding yang unik serta di rak dan kepala katil. Ini pastinya akan menarik perhatian individu yang artistik dan kreatif.

4) Minimalist dan tenang

Elemen hitam, putih dan kayu selalu diguna pakai dalam gaya moden yang versatil dan mudah untuk digunakan.

Olahan lantai kayu di ruang tamu dan bilik tidur menambahkan kehangatan pada estetika hitam dan putih yang janggal tapi cukup menarik mata yang memandang.

Selain itu, penggunaan permukaan bercermin reflektif dan dinding kaca berwarna dari lantai-ke-siling menjadikan sesebuah kediaman cantik dan elegan.

5) Berseri dengan tambahan panel kayu

Pereka dalaman menggabungkan gaya terpisah menggunakan panel kayu warna lembut di seluruh rumah bagi menambahkan seri.

Ciri ini jelas terpamer di sekitar ruang tamu, dari dinding hingga ke siling, mewujudkan kontras yang menarik perhatian di tengah-tengah permukaan putih berkilat yang digunakan di sekitar rumah.

Wah, memang mata tak berkelip dibuatnya!

6) Sentiasa kelihatan mewah

Permintaan tuan rumah adalah suasana rumah bujang yang berteknologi tinggi, tapi pada masa yang sama berfungsi sebagai ruang bekerja.

Jadi, pereka dalaman ini telah mencipta ruangan yang terang dan praktikal, dikemaskan lagi dengan penggunaan marmar dan lapisan venier yang minimalis.

7) Design bunga atau floral

Mengingatkan kita kepada kotej desa yang selesa, semua yang ada di dalam kondominium 3 bilik tidur ini membangkitkan suasana kehidupan dengan nostalgia tersendiri.

Cetakan floral, terutama English Rose yang ikonik, yang digunakan sebagai alas di sebahagian besar sudut dan kawasan rumah menawarkan kemasan perincian secukupnya di bahagian dalamannya yang putih.