Cara Untuk Hamil

Cara untuk hamil yang mudah? Mungkin anda memiliki persoalan yang menggunung mengenai cara untuk hamil, terutamanya jika anda mempunyai penyakit-penyakit yang tidak kelihatan atau belum di diagnosis. Penjagaan badan yang rapi adalah langkah pertama yang baik untuk mengoptimumkan kesuburan anda untuk hamil.

Apakah ikhtiar lain yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil?

Menurut pakar, perkara yang paling penting bagi wanita yang ingin hamil adalah mengenali tubuhnya, terutamanya kitaran haidnya. Hal ini kerana wanita tersebut perlu mengetahui sejauh mana jarak kitarannya sehingga dia dapat melakukan hubungan seks pada waktu kesuburan yang tepat.

Anda juga dinasihatkan untuk merujuk pihak perubatan profesional kerana maklumat seperti ini agak tidak jelas serta luas dan anda mungkin memerlukan pendapat pakar.

Berikut merupakan 7 petua yang anda boleh amalkan sebelum mencuba untuk hamil.

1. Dapatkan pemeriksaan awal

Sebelum anda mula mencuba secara rasmi, dapatkan pemeriksaan doktor pakar. Tanya doktor anda mengenai vitamin pranatal yang mempunyai asid folik, yang membantu melindungi daripada beberapa kecacatan kelahiran, seperti schistorrhachis.

Asid folik yang mencukupi penting sebelum anda hamil bagi memastikan tubuh anda lebih baik pada peringkat awal kehamilan. Pakar obstetrik dan genekologi ada menekankan pengambilan vitamin pranatal ini dalam membantu anda untuk memperolehi kehamilan yang sihat.

2. Kenali kitaran anda

Menurut pakar pengetahuan yang betul tentang kitaran haid dapat membantu anda mengetahui bila anda paling subur. Ia membantu menjadi indikator ovulasi, contohnya perubahan pada lendir serviks anda.

Ketika anda berada dalam waktu yang paling subur, lendir serviks anda akan menjadi halus dan licin. Selain itu, kit ramalan ovulasi juga dapat membantu anda menentukan masa terbaik untuk hamil.

Pakar turut berpendapat ianya dapat membantu anda memastikan waktu anda mengalami ovulasi dengan lebih tepat. Apabila anda melakukan hubungan pada waktu ovulasi peluang kehamilan adalah tinggi.

Caranya adalah, anda akan mula mengira pada hari pertama anda haid ia akan menjadi petunjuk sebagai hari pertama. Kemudian mulakan ujian pada hari ke-9 dan teruskan sehingga keputusan indikator anda positif. Pakar juga ada menyatakan bahawa wanita dengan kitaran 28 hari cenderung ovulasi pada hari ke-14.

3. Jangan bimbang tentang kedudukan terbaik untuk hamil

Kedudukan terbaik untuk hamil hanya mitos sahaja. Tidak ada bukti saintifik yang mengatakan bahawa kedudukan misionaris meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Bagaimanapun, beberapa kedudukan tertentu yang tidak selari dengan graviti, seperti duduk atau berdiri semasa persetubuhan, boleh menyebabkan sperma menjadi malar dan tidak bergerak ke arah sepatutnya.

4. Tetap berada di tempat tidur sejurus selepas persetubuhan

Anda mungkin pernah mendengar tentang hal ini – posisi berbaring di atas katil sambil menegakkan kaki di udara untuk beberapa ketika setelah melakukan hubungan seks bagi meningkatkan peluang anda untuk hamil. Hasilnya? Tidak benar sama sekali.

Namun pakar menasihatkan anda digalakkan untuk berbaring di tempat tidur selama 10 hingga 15 minit selepas hubungan intim, tanpa mengangkat kaki anda ke atas.

Tip tambahan, jangan pergi ke bilik mandi selama tempoh yang disarankan kerana jika anda menunggu 10 hingga 15 minit untuk sperma masuk ke serviks.

5. Jangan keterlaluan melakukan hubungan seks dengan kerap

Berhubungan intim setiap hari walaupun semasa ovulasi tidak semestinya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Sperma boleh hidup sekurang-kurangnya sehingga 5 hari di dalam badan anda. Hubungan seks lebih baik dilakukan secara berkala sama ada anda sedang ovulasi atau pun tidak.

Dari segi kesihatan juga, pemakaian fabrik yang ketat dapat mempengaruhi jumlah sperma secara negatif. Menggunakan tab mandi panas atau jakuzi untuk waktu yang lama dan kerap juga akan memberikan kesan yang serupa.

Satu kajian dalam jurnal terbitan sebuah negara menunjukkan bahawa lelaki yang menggunakan peranti seperti telefon bimbit dan menyimpan telefon mereka dekat dengan testis mereka mempunyai kualiti sperma yang tidak baik. Lelaki perlu mengurangkan pemakanan edamame dan makanan berasaskan soya untuk sementara waktu bagi menghasilkan sperma yang baik.

Menurut satu kajian yang lain pula, lelaki yang makan banyak mengambil soya mungkin mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah daripada lelaki yang tidak makan makanan berasaskan soya.

6. Kurangkan stress

Sebolehnya elakkan merasa stress pada peringkat awal untuk anda membina keluarga, kerana tekanan sebenarnya boleh mempengaruhi sekaligus mengganggu ovulasi.

Tenangkan diri anda dan cuba bersantai agar hasil yang diinginkan akan lebih baik! Apa sahaja aktiviti yang mampu membantu anda menghilangkan tekanan adalah baik, selagi ianya aktiviti sihat.

Pakar juga berpendapat rawatan akupuntur juga mampu mengurangkan tekanan berdasarkan bukti kajian yang telah dijalankan.

7. Jalani kehidupan yang sihat

Bersenam merupakan rutin yang sihat – terutamanya dalam membantu mengekalkan berat badan untuk kekal ideal. Namun tahukah anda, bahawa bersenam terlalu banyak atau secara berlebihan akan menyebabkan wanita tidak mengalami ovulasi dan ianya mungkin memberi tindak balas berbeza bagi setiap wanita.

Sekiranya anda seorang ahli sukan dan masih menjalani haid secara teratur, kemungkinan besar latihan anda tidak menjadi masalah. Tetapi haid bukanlah perkara pertama yang mendapat impaknya sekiranya anda bersenam dengan terlalu berat.

Selepas ovulasi, anda sepatutnya mempunyai tempoh 14 hari, tetapi bersenam terlalu banyak akan memendekkan fasa tersebut dan menjadikan proses ovulasi tidak normal. Ini akan menjadi petunjuk untuk anda mengurangkan rutin bersenam anda. Kaedah terbaik untuk mengetahui dengan pasti adalah dengan mengesan berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan haid setelah ovulasi.

Menurut kajian, cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda hamil sambil mendapat manfaat kesihatan dari senaman biasa adalah dengan melakukan senaman sederhana – berjalan cepat – dua setengah jam setiap minggu (atau minimum 30 minit, 5 hari seminggu).

Pakar juga ada mencadangkan bahawa sekiranya anda berhenti merokok peluang untuk anda hamil akan meningkat. Tidak hanya mengurangkan kesan negatif kesihatan merokok yang lain, kebiasaan ini juga menurunkan kesuburan kerana mempengaruhi tahap estrogen dan ovulasi wanita.

Kesimpulan

Ramai orang ingin mengetahui cara hamil secepat mungkin. Tidak ada cara yang pasti untuk memastikan persenyawaan yang cepat, namun dengan mengikuti sains dan bukti petua di atas, mungkin dapat membantu anda mencari masa yang paling optimum untuk melakukan hubungan seks dan mencuba hamil.

SUMBER

https://www.livescience.com/44221-how-to-get-pregnant.html

https://www.webmd.com/baby/features/7-tips-getting-pregnant-faster#3

Summary
7 Petua Mudah Cara Untuk Hamil!
Article Name
7 Petua Mudah Cara Untuk Hamil!
Description
Cara untuk hamil yang mudah? Mungkin anda memiliki persoalan yang menggunung mengenai cara untuk hamil, terutamanya jika anda mempunyai penyakit-penyakit yang tidak kelihatan atau belum di diagnosis. Penjagaan badan yang rapi adalah langkah pertama yang baik untuk mengoptimumkan kesuburan anda untuk hamil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: