pencuci muka tanpa bahan kimia
Pencuci muka tanpa bahan kimia adalah sangat bagus terutama bagi anda dengan kulit muka yang sensitif atau mudah meradang. Jom lihat beberapa produk yang anda boleh cuba sekarang!

Keperluan mencuci muka dengan bersih adalah sangat penting untuk mengelakkan bahan kotoran berkumpul dan menyebabkan jerawat dan banyak masalah lain. Tapi, kadangkala ada pencuci muka yang mempunyai bahan kimia membahayakan hingga menghakis lapisan kulit anda sedikit demi sedikit.

Justeru itu, ianya adalah sangat penting untuk memeriksa bahan dalam setiap produk termasuklah pencuci muka anda. Ada segelintir bahan kimia boleh merengsakan muka dan meninggalkan kesan parut berpanjangan yang memerlukan masa untuk dirawat.

Jadi, apa kata anda cuba pencuci muka tanpa bahan kimia agar anda boleh bebas daripada semua masalah di atas? Jom kita lihat beberapa produk yang anda boleh dapatkan di pasaran.

1. KORA Organics Gentle Cleanser

Kredit: https://www.spacenk.com/uk/en_IE/skincare/cleansers/cleanser/gentle-cleanser-MUK200023751.html?dwvar_MUK200023751_size=UK200023751

Produk Kora adalah antara produk pencuci muka organik yang terkenal di Malaysia. Jika anda mengenali model terkenal Miranda Kerr, inilah produk yang dia gunakan. Ia mempunyai tekstur yang berkrim dan sangat lembut apabila digunakan pada wajah. Dengan bahan semula jadi seperti minyak avokado, chamomile dan banyak lagi, ia pastinya memberi kesan memuaskan pada kulit anda.

Anggaran harga: RM123.00+

2. The Soap Cellar Tea Tree Organic Foaming Facial Wash

Kredit: http://www.thesoapcellar.com.my/v4/index.php?route=product/product&product_id=469

Produk teh hijau ini sememangnya berguna jika anda mahukan pencuci muka tanpa bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. Dikenali dengan sifat anti-bakterianya, ia ternyata boleh menghalang pembentukan jerawat pada wajah serta merawat masalahnya dengan baik. Di samping itu, ia juga melembapkan kulit serta mempercepat proses pemulihan kulit disebabkan masalah jerawat dan parut pada muka.

Anggaran harga: RM35+

3. Drunk Elephant Beste™ No.9 Jelly Cleanser

Kredit: https://www.spacenk.com/uk/en_GB/skincare/cleansers/cleanser/beste-no.-9-jelly-cleanser-MUK200021918.html

Walaupun produk ini adalah antara pencuci muka tanpa bahan kimia yang paling mahal dalam senarai ini, namun adakah anda tahu bahawa ia boleh membersihkan solekan serta kotoran pada wajah anda dengan baik? Dengan hanya satu kali penggunaan, anda akan merasakan wajah anda bertambah lembut dan lebih bersih. Malah, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit jadi apa tunggu lagi, dapatkannya sekarang!

Anggaran harga: RM138.00+

4. dr. Organic Manuka Honey Gentle Fash Wash

Kredit: https://www.vita4you.gr/en/dr-organic-manuka-honey-face-scrub-125ml

Madu manuka sememangnya diketahui bermanfaat kerana sifat antivirus dan antibakteria. Jadi, apabila anda menggunakan produk ini, wajah anda kekal segar dan lembap buat tempoh yang lama. Malah, tanda seperti keradangan juga boleh dielakkan terutama jika anda mempunyai kulit sensitif kerana madu yang digunakan boleh mencegah semua itu dengan berkesan.

Anggaran harga: RM65.90+

5. Kiehl’s Calendula Deep Cleasing Foaming Fash Wash

Kredit: https://senteursdailleurs.com/gb/haute-cosmetique/443-calendula-deep-cleansing-foaming-face-wash.html

Ini juga adalah antara produk yang agak mahal tapi berkualiti. Ia sudah banyak memenangi anugerah atas keberkesanannya dalam membersihkan muka dengan baik. Malah, ia juga sangat lembut untuk digunakan dan selamat digunakan walaupun bagi kulit sensitif. Dengan penggunaan yang konsisten, kulit anda pasti terasa lebih halus, segar dan bersih daripada sebelumnya.

Anggaran harga: RM132.00

6. Herbivore Bamboo Charcoal Cleasing Bar Soap

Kredit: https://www.pinterest.com/pin/16958936082435114/

Berdasarkan namanya, anda boleh tahu bahawa ia hanya menggunakan produk berasaskan herba atau tumbuhan. Tidak seperti produk lain, produk ini didatangkan dalam bentuk pepejal iaitu seperti sabun buku biasa. Dan, salah satu kelebihannya adalah ia bukan sahaja boleh digunakan pada muka, tapi pada bahagian badan lain juga. Jadi, dengan satu harga, anda boleh menjaga kebersihan satu badan!

Anggaran harga: RM54.00+

7. Essano Certified Organic Moisturizing Creme Cleanser

Kredit: https://guardian.com.my/index.php/essano-rosehip-moisturising-creme-cleanser-100ml-certified-organic.html

Produk dari New Zealand ini membersihkan wajah dan mencuci segala solekan daripada wajah anda dengan bersih. Malah, ia juga membantu menyihatkan kulit agar kulit anda terlihat lebih halus dan cerah. Dengan kandungan ‘roseship’, aloe vera dan ‘beeswax’ dalam produk ini, kulit anda pasti lebih lembut dan kekal hidrat dengan pengurangan tanda penuaan seperti jeragat dan garisan halus.

Anggaran harga: RM53.90+

SUMBER

https://productnation.co/my/27683/best-organic-face-cleanser-malaysia

https://www.ohfesyen.com/5-pencuci-muka-organik-yang-bagus-bebas-bahan-kimia/

https://beautyinsider.my/top-organic-facial-cleansers-in-malaysia/

Summary
7 Pencuci muka tanpa bahan kimia yang anda boleh cuba sekarang!
Article Name
7 Pencuci muka tanpa bahan kimia yang anda boleh cuba sekarang!
Description
Pencuci muka tanpa bahan kimia adalah sangat bagus terutama bagi anda dengan kulit muka yang sensitif atau mudah meradang. Jom lihat beberapa produk yang anda boleh cuba sekarang!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: