7 Laman Cari ‘Babysitter’ di Malaysia
Dalam keadaan ekonomi sekarang, pastinya lebih ramai ibu bapa yang bekerja keras untuk menyara keluarga mereka. Ini justeru menyebabkan ada di antara mereka yang mengambil ‘babysitter’ atau penjaga kanak-kanak untuk menjaga anak-anak semasa mereka bekerja dan tiada di rumah.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, pastinya lebih ramai ibu bapa yang bekerja keras untuk menyara keluarga mereka. Ini justeru menyebabkan ada di antara mereka yang mengambil ‘babysitter’ untuk menjaga anak-anak semasa mereka bekerja dan tiada di rumah.

Biasanya, ia lebih diperlukan terutama jika keluarga tersebut mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil yang memerlukan perhatian dan pengawasan dengan kerap daripada individu dewasa.

Jadi, jom lihat 7 laman bagi mencari ‘babysitter’ buat anak-anak anda sekarang!

1. Kiddocare

Anda boleh mendapatkan khidmat penjaga kanak-kanak daripada Kiddocare terus ke rumah anda memandangkan syarikat ini tidak membenarkan kanak-kanak jagaan dibawa ke rumah pengasuh. Malah, ‘babysitters’ yang dilantik sudah berusia 18 ke atas dan mendapat pelajaran asas tentang penjagaan kanak-kanak serta pertolongan kecemasan seperti CPR dan ‘Safety Aid training’ jika diperlukan untuk memastikan anak-anak klien dijaga dengan baik.

2. Super Nanny Malaysia

Ini adalah agensi profesional yang menyediakan khidmat ‘babysitter’ mahupun ‘confinement nannies’ kepada klien. Anda boleh dapatkan calon terbaik bagi menjaga anak-anak anda di sini memandangkan agensi ini menitik beratkan soal tersebut dengan baik. Selain itu, tempoh penjagaan adalah bervariasi berserta dengan harga yang dikenakan, jadi penjagaan kanak-kanak adalah fleksibel mengikut apa yang dimahukan oleh klien.

3. Greataupair

Dapatkan penjaga kanak-kanak dengan warganegara Malaysia secara ‘part-time’ atau ‘full-time’ di sini. Dengan adanya profil diri ‘babysitter’, anda boleh meneliti individu mana yang terbaik dan sesuai untuk menjaga anak-anak anda. Memandangkan laman ini bersifat global, ia menjadi laman pencarian ‘babysitter’ untuk kebanyakan ibu bapa di luar negara juga.

4. Sitly

Bagi mereka yang ingin mencari ‘babysitter’ dengan pengalaman serta melihat ulasan daripada klien terdahulu, Sitly membolehkan anda melakukan semua itu. Anda hanya perlu mendaftar di laman web tersebut tanpa sebarang komitmen dan pencarian anda sudah boleh dilakukan dengan mudah.

5. Expat

Laman web Expat membolehkan klien mencari ‘babysitter’ buat anak-anak mereka mengikut kontrak tertentu dan di lokasi yang ditetapkan dengan mudah. Malah, ibu bapa juga boleh mengiklankan tentang pencarian ‘babysitter’ buat anak mereka juga agar individu yang berminat dengan tawaran kerja tersebut boleh menghubungi mereka untuk maklumat lebih lanjut. Lokasi serta bayaran yang akan diberi juga boleh diletakkan dalam pencarian tersebut bagi memudahkan prosesnya.

6. Caregiver Malaysia

Di Caregiver Malaysia, ibu bapa boleh mendapatkan khidmat ‘babysitter’ dengan mudah kerana anda hanya perlu meneliti profil individu yang menawarkan diri untuk menjadi ‘babysitter’ dengan kelayakan tersendiri. Memandangkan harga mengikut jam telah ditetapkan dalam profil tersebut, jadi ia memudahkan ibu bapa untuk memilih ‘babysitter’ berdasarkan bajet dan kriteria yang mereka telah tetapkan.

7. Malaysia Babysitter

Laman ini membantu klien untuk mendapatkan ‘babysitter’ yang bertanggungjawab serta memiliki kesabaran yang tinggi untuk menjaga kanak-kanak. Malah, mereka berusaha untuk menawarkan servis khidmat ‘babysitter’ secara profesional di kebanyakan negeri di Malaysia mengikut kesesuaian klien. ‘Babysitter’ akan ditemu ramah serta dinilai dahulu bagi memastikan individu yang dipilih menepati kriteria yang ditetapkan oleh klien dengan baik.

Summary
7 Laman Cari ‘Babysitter’ di Malaysia
Article Name
7 Laman Cari ‘Babysitter’ di Malaysia
Description
Ada di antara keluarga terutama yang tinggal di bandar mengambil ‘babysitter’ atau pengasuh budak untuk menjaga anak-anak semasa mereka bekerja dan tiada di rumah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: