jahitan

Anda boleh belajar pelbagai jenis jahitan tangan. Anda bukan sahaja belajar bagaimana menjahit jahitan, tetapi anda juga akan belajar bila dan di mana untuk menggunakannya.

Jom kita pelajari 7 jenis jahitan tangan di bawah ini:

1. Jahitan Kia

Digunakan untuk menjahit klim meretas. Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.

Cara jahitan :

  1. Mulakan dari kiri ke kanan. Jarak jahitan tersebut perlu dijarakkan sebanyak 1 milimeter hingga 2 milimeter.
  2. Seterusnya ulang lagi sekali ditempat yang sama. Kemudian buat jarak sepanjang 4 milimeter dari jahitan pertama.
  3. Selepas jahitan siap, matikan jahitan tersebut.

2. Backstitch (Menjahit Tangan Belakang)

Backstitch adalah jahitan sulaman tangan asas yang membuat garis jahitan tanpa ruang di antara mereka, jadi ia kelihatan seperti garis benang lurus yang berterusan. Anda harus menjahit dengan warna benang yang sepadan dengan warna kain.

Cara jahitan :

  1. Masukkan benang ke dalam jarum anda dan ikat simpul di hujung utas.
  2. Masukkan jarum anda melalui kain, dari sisi kain yang kiri ke sisi kanan, dan kemudian turun ke bawah, dari sisi kanan ke sisi yang kiri, untuk membuat panjang jahitan yang anda inginkan.
  3. Menggunakan panjang jahitan yang sama sebagai panduan, cari kain kira-kira panjang jahitan dari tempat masuk terakhir anda.
  4. Sekarang, masukkan benang ke bawah melalui kain, dari sisi kanan ke sisi yang salah, gunakan titik masuk terakhir anda di hujung jahitan sebelumnya dan tarik.

3. Jahitan Jelujur Halus

Digunakan untuk membaiki kelepet merentas. Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin. Jahit sehingga siap.

Cara jahitan :

  1. Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  2. Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.
  3. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

4. Jahitan Lubang Butang

Digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.

Cara jahitan :

  1. Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  2. Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik. Tarik benang dan susup di bawah jarum.
  3. Jahit sehingga siap.
  4. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

5. Jahitan Insang Pari

Digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.

Cara jahitan :

  1. Jahit dari kiri ke kanan.
  2. Mulakan dengan beberapa jelujur halus dari sisi kiri.
  3. Cucuk jarum menegak pada sisi sebelahnya dan halakan jarum ke arah kita.
  4. Letak benang di bawah hujung jarum dan tarik benang tersebut.
  5. Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

6. Jahitan Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan sulaman.

Cara jahitan :

  • Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia.
  • Masukkan jarum pada bahagian bawah dan atas dengan jarak 1 mm.
  • Kemudian, silangkah jahitan tersebut dengan jarak 1mm.
  • Matikan dengan jahitan kia.

7. Jahitan Sembat

Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Ianya halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Ia juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.

Cara jahitan :

  1. Membuat jahitan kia dari kanan ke kiri.
  2. Sisi atas kanan harus condong ke kiri sebanyak 30 darjah.
  3. Apabila selesai jahitan sembat ini, matikan dengan jahitan kia.

Semoga berjaya belajar menjahit asas tangan yang sangat mudah dan berseronok dengan kemahiran baru anda. Selamat mencuba!

SUMBER:

https://www.kresent.com/types-of-hand-stitches/

https://blog.treasurie.com/hand-stitching-guide/

https://ms.actince.com/bagaimana-cara-menjahit-tangan-pembalut-untuk-jahit-tangan-yang-tahan-lasak/

Summary
7 Jenis Jahitan Tangan Yang Anda boleh pelajari !
Article Name
7 Jenis Jahitan Tangan Yang Anda boleh pelajari !
Description
Anda boleh belajar pelbagai jenis jahitan tangan. Anda bukan sahaja belajar bagaimana menjahit jahitan, tetapi anda juga akan belajar bila dan di mana untuk menggunakannya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: