Penyangkut Baju

Hanger atau penyangkut baju antara perkara yang paling orang geram apabila bersepah. Tetapi tahukah anda, dengan menggunakan penyangkut baju, anda boleh menghasilkan sendiri ruang menggantung baju dengan bajet yang rendah.

 Terdapat beberapa idea penyangkut baju yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan penyangkut baju serbaguna ataupun penyangkut baju yang cantik dan terhias lagi menjimatkan. Pasti lepas ini, baju-baju di rumah lebih tersusun, kemas dan cantik.

1 – PENYANGKUT BAJU AJAIB WONDER HANGER

Terdapat penyangkut baju ajaib yang digunakan untuk menjimatkan ruang baju dalam almari anda. Penyangkut baju ajaib ini juga membolehkan anda menyangkut baju yang banyak dan berlebihan. Selepas ini, anda tak perlu pening fikirkan penyelesaian untuk menyimpan baju yang banyak di dalam almari lagi. Nasib baik ada wonder hanger ajaib ini!

Penyangkut Ajaib Wonder Hanger

2 – PENYANGKUT BAJU HIASAN TULISAN

Jika anda mempunyai penyangkut baju jenis kayu atau yang melintang, gunakan dawai untuk membentuk tulisan di bawahnya. Untuk membentuk tulisan mengikut kemahuan, anda boleh menggunakan playar.

Tulisan yang dibentuk pula akan menjadi cantik berangkai-rangkai. Memang unik dan menarik, ia tampak lebih eksklusif dan lain daripada yang lain.

3 – PENYAGKUT BAJU PLASTIK BUATAN SENDIRI

Sekiranya anda mempunyai penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu ataupun kayu-kayu yang boleh dijadikan penyangkut baju secara halus, ia lebih mudah untuk menghiasnya menjadi penyangkut baju plastik. Gunakan tape plastik dan balutkan penyangkut baju dengan tape tersebut satu persatu.

Anda boleh gunakan tape yang bewarna-warni supaya penyangkut baju plastik lebih cantik dan menarik. Ikat di bahagian hujung tape yang sudah dibalutkan pada penyangkut baju supaya tidak terkeluar.

4 – RAK BUKU PENYANGKUT BAJU

Bukan sahaja penyangkut baju digunakan untuk menyangkut baju, tetapi juga boleh digunakan untuk meletakkan buku. Anda boleh bentukkan penyangkut baju menjadi lebih ke bawah pada bahagian kiri dan kanan.

Kemudian, terbalikkan penyangkut baju tersebut untuk diletakkan buku dan sebagainya. Sangkut ia di paku bilik anda. Ia sangat sempurna dan lebih jimat berbanding anda membeli rak buku dinding yang baru.

5 – PENYANGKUT BAJU DARI RANTING KAYU

Idea penyangkut baju yang amat kreatif dan semulajadi adalah dengan menggunakan ranting kayu. Tahukah anda, ranting kayu tebal amat kukuh untuk anda jadikan penyangkut baju anda. Bukan sahaja baju, beg, tudung dan kot pun boleh disangkut di sini.

Letakkan di bahagian dinding untuk menampakkan ia lebih eksklusif dan indah. Gunakan kayu yang kemas untuk menghasilkan bingkai bagi penyangkut baju ranting kayu tadi. Kemudian siap, teruskan sangkut pakaian anda!

Penyangkut ranting Kayu

6 – PENYANGKUT BAJU DARI TANGGA

Idea penyangkut baju seterusnya adalah penyangkut baju dari tangga terpakai. Sama ada tangga anda besi, plastik atau apa sahaja, cat ia dengan cantik. Kemudian letakkan ia secara melintang untuk membolehkan anda menggunakan setiap tangga bagi setiap penggunaan.

Anda perlu menggunakan drill untuk melekatkan tangga di dinding, ia takkan jatuh malah lebih kukuh. Nak letak lampu kecil atau barang-barang di atas tangga tersebut pun boleh. Ia seolah-olah kabinet di bilik!

7 – PENYANGKUT EMPUK

Anda juga boleh mengait menggunakan benang kait pada penyangkut baju jenis besi atau wayar. Jahitkan mengikut kreativiti dan corak yang anda gemari. Cara ini sesuai kepada korang yang suka menghasilkan kraftangan kait.

Itulah beberapa idea penyangkut baju yang boleh anda lakukan di rumah. Di samping menjimatkan wang, ia juga sangat cantik dan mudah untuk dibuat. Pilihlah mana-mana idea penyangkut baju yang anda suka. Selamat mencuba!

SUMBER

https://bidadari.my/penyangkut-baju/

https://desainrumahid.com/diy-tempat-gantung-baju.html

https://ms.caminoescolar.org/unique-ways-to-use-clothes-hangers-2146012-1909

Tagged: