hotel di melaka

Selepas tamat musim PKP nanti, adakah anda ada merancang unti bercuti ke Melaka? Jika ya, anda mestilah kena tahu lokasi hotel di Melaka yang selesa untuk anda dan keluarga inap nanti. Ini kerana, penginapan adalah perkara paling penting jika pergi bercuti.

Bandaraya Melaka sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada di tempat-tempat lain. Ia bukan sahaja sebuah bandaraya yang menyimpan sejarah penting tanah air Malaysia, bahkan kini pelbagai tarikan mesra keluarga disediakan sebagai tarikan pelancong yang berkunjung dari dalam dan luar negara.

Jadi lokasi penginapan seperti hotel adalah amat penting. Oleh itu, kami sediakan beberapa senarai hotel yang menjadi tumpuan di Melaka untuk memudahkan urusan anda, dan yang penting, mestilah cantik dan selesa!

1. Fenix Inn

Dengan lokasi yang strategik, Hotel Fenix Inn menawarkan penginapan menarik dengan jarak hanya walking distance ke tempat-tempat menarik di bandaraya Melaka.

Dari segi konsep, hotel menarik ini mengetengahkan suasana penginapan moden untuk tetamunya. Untuk memenuhi keperluan mereka yang bercuti bersama keluarga, beberapa pilihan bilik famili turut ditawarkan.

Untuk mereka yang berkenderaan, free jockey parking disediakan di mana anda hanya perlu menyerahkan kunci kereta dan pihak hotel akan mengaturkan parking untuk anda tetapi ini terpulang kepada kemahuan anda, sesetengah tetamu menyukai servis begini, namun, ada juga tidak begitu selesa menyerahkan kunci kereta kepada orang lain.

Dengan harga berpatutan dan lokasi menarik begini, Hotel Fenix Inn boleh menjadi pilihan penginapan ideal anda sekeluarga. Namun, pastikan luggage yang dibawa tidak terlalu berat dan mendaki tangga tidak menjadi masalah kerana hotel ini tidak mempunyai kemudahan lift.

2. Hotel Hong

Hotel ringkas di deretan rumah kedai lama yang kelihatan biasa-biasa sahaja ini sebenarnya adalah sebuah hotel bajet yang sangat strategik untuk dijadikan penginapan ketika percutian anda ke Melaka.

Walaupun sekali pandang mungkin ia kelihatan seperti hostel untuk pelancong gaya backpackers, Hotel Hong sebenarnya menyediakan pilihan bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan penghawa dingin, televisyen dan juga bilik air.

Kepada mereka yang bercuti bersama keluarga, pilihan bilik triple dan quadraple turut disediakan untuk keselesaan sekeluarga. Tidak ada yang terlalu gah tentang dekorasi bilik di sini, namun penginapan yang ditawarkan cukup selesa jika anda sekadar inginkan tempat berehat yang selesa pada harga yang berpatutan.

Lokasinya yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik, restoran dan convenience store memudahkan anda mengatur jadual percutian anda di sini. Free parking disediakan jika anda berkenderaan.

Seperkara lagi tentang hotel ini adalah keramahan perkerja-perkerjanya yang sentiasa menjadi pujian tetamu yang menginap di sini.

Hotel dua tingkat ini juga TIDAK mempunyai kemudahan lift. Oleh itu, terpulang kepada keperluan anda, hotel ini mungkin kurang sesuai jika anda membawa bagasi berat, anak-anak kecil atau warga emas yang mempunyai masalah untuk mendaki tangga.

3. Hotel Mercury Boutique

Terletak tidak jauh dari tempat-tempat tumpuan pelancong, Mercury Boutique Hotel menawarkan penginapan yang menarik dan selesa untuk percutian anda seisi keluarga.

Terdapat 4 jenis bilik dengan dekorasi moden lengkap dengan kemudahan asas seperti cerek dan mini fridge ditawarkan untuk keselesaan para tetamu. Jika anda bercuti bersama keluarga, pilihan bilik keluarga turut ditawarkan selain kemudahan lift yang pastinya membantu memudahkan percutian mereka yang berkunung bersama anak-anak kecil dan warga emas.

Selain itu, pihak hotel juga menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan untuk mengatasi masalah parking yang sememangnya boleh memeningkan pengunjung ke bandaraya bersejarah ini!

4. Venus Boutique Hotel

Dengan lokasi hanya 5 ke 10 minit berjalan kaki ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, Venus Boutique Hotel adalah sebuah lagi hotel menarik yang menawarkan penginapan pada harga berpatutan untuk percutian anda sekeluarga.

Selain pilihan bilik penginapan termasuk bilik famili yang ringkas dan moden, hotel ini juga menyediakan kemudahan lift yang sudah tentu membantu mereka yang bercuti bersama anak-anak kecil dan warga emas.

Bukan itu sahaja, jika anda berkenderaan, Venus Boutique Hotel turut menyediakan kawasan meletak kenderaan yang pastinya menjadi kelegaan untuk tetamu yang berkunjung ke bandaraya yang sentiasa sibuk ini!

5. Hotel 906 Riverside

Sesuai dengan namanya, 906 Riverside Hotel menawarkan penginapan menarik di tebing sungai Melaka yang popular dengan aktiviti wajib Melaka River Cruise tiap kali bercuti bersama anak-anak.

Bukan sahaja pemandangan sungai, malah yang menariknya, hotel ini juga terletak hanya bertentangan dengan musical fountain yang pastinya menjadi tarikan untuk anak-anak di waktu malam.

Menawarkan bilik-bilik penginapan yang ringkas dan selesa, hotel menarik ini turut memenuhi keperluan tetamu yang bercuti bersama keluarga dengan menyediakan pilihan bilik famili yang dilengkapi sebuah katil bersaiz king dan 2 katil single.

Kemudahan lift sudah tentu memudahkan tetamu yang membawa anak-anak kecil bersama. Parking percuma disediakan namun agak terhad.

6. Hotel Grand CT

Jika jarak tidak menjadi masalah untuk anda, Grand CT Hotel boleh menjadi penginapan yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga.

Lokasi hotel ini mungkin kurang sesuai untuk mereka yang lebih suka berjalan kaki terutamanya jika disertai anak-anak kecil, namun, jika anda berkenderaan, ia hanyalah kira-kira 10 minit ke kebanyakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Hotel ringkas ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan termasuk bilik jenis triple dan famili di samping kemudahan lift yang sudah tentu memudahkan mereka yang bercuti bersama anak-anak dan warga emas.

Parking percuma turut menjadi tarikan tetamu yang memilih hotel ini sebagai tempat istirahat semasa percutian mereka.

7. Hotel Terra Nova

Jika inginkan hotel yang sedikit terasing dari kesibukan bandaraya Melaka namun dalam masa yang sama tidak begitu jauh untuk meneroka sejarah dan tempat-tempat menarik di sana, Terra Nova Hotel boleh menjadi kediaman sesuai untuk percutian keluarga anda yang akan datang.

Dengan lokasi begini, sudah tentu percutian keluarga lebih mudah jika berkenderaan, dan kawasan parking juga agak mudah didapati di kawasan sekitar hotel. Terletak kira-kira 10 minit memandu ke tempat-tempat tumpuan pelancong, Terra Nova Hotel menawarkan pilihan bilik yang ringkas dan selesa.

Setelah seharian bersiar-siar di sekeliling bandaraya ini, anda juga tidak perlu risau untuk mendukung anak-anak yang telah tertidur kepenatan mendaki tangga kerana kemudahan lift tutur disediakan di hotel ini.

Membawa keluarga bercuti ke Melaka sememangnya tidak membebankan poket anda. Terdapat banyak hotel menarik yang menawarkan penginapan bermalam pada harga berpatutan. Oleh itu, buat pilihan dengan bijak ya. Selamat bercuti!

Sumber:

http://1duniaanakku.blogspot.com/2017/04/hotel-menarik-dan-murah-di-melaka.html

https://ibusyurga.blogspot.com/2017/12/tempat-menarik-di-melaka-bercuti.html

https://sukamakanjalan.blogspot.com/2019/12/hotel-di-melaka-terbaik-murah-bajet.html

Summary
7 Hotel di Melaka Yang Memang Sangat Selesa!
Article Name
7 Hotel di Melaka Yang Memang Sangat Selesa!
Description
Selepas tamat musim PKP nanti, adakah anda ada merancang unti bercuti ke Melaka? Jika ya, anda mestilah kena tahu lokasi hotel di Melaka yang selesa untuk anda dan keluarga inap nanti. Ini kerana, penginapan adalah perkara paling penting jika pergi bercuti.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: