baby monitor
Dengan adanya baby monitor pastinya menjaga bayi baru lahir yang sebelum ini memenatkan tidak lagi berlaku. Baby monitor adalah penting untuk memberi ruang untuk anda dan bayi anda ruang

Dengan adanya baby monitor pastinya menjaga bayi baru lahir yang sebelum ini yang memenatkan tidak lagi berlaku. Ia adalah penting untuk memberi ruang untuk anda dan bayi anda ruang, terutama ketika bayi anda tidur dan anda perlu mendapatkan tenaga semua untuk seketika.

Selain itu dengan adanya monitor untuk memantau bayi anda ini membolehkan anda mengambil masa berjauhan daripada bayi anda untuk mengemas rumah atau mendapatkan ketenangan sebentar sambil anda memantau anak anda dari jauh. Ini merupakan baby monitor yang anda boleh dapatkan di Malaysia!

1. Xiaomi Mijia Baby Monitor

Xiaomi Mijia Baby Monitor memberikan pengawasan yang berbaloi dan menangkap setiap pergerakan atau bunyi yang anak anda lakukan.

Dengan definisi tinggi 1080p yang dipertingkatkan, anda dapat melihat semua butiran dengan jelas dan terang. Paparan skrin ini boleh di dibesarkan atau dikecilkan saiznya dan membolehkan pusingan sebanyak 360 darjah untuk pandangan panorama.

Ia juga mempunyai kelebihan penglihatan malam yang hebat, jelas sehingga 9m meskipun dengan cahaya malap atau gelap malam.

Jika anda keluar dari bawah, anda juga boleh mengunakan audio 2 hala untuk berkomunikasi dengan anak anda. Ia mempunyai pembesar suara dan mikrofon terbina di dalamnya, jadi ia pakej semua dalam satu!

Ia juga didatangkan dengan pengesanan pergerakan pintar dan ia akan menghantar amaran jika ia mengenalpasti pergerakan yang luar biasa. Letakkan anak anda di bawah pengawasan hebat Xiaomi Mijia Baby Monitor.

2. iBaby Care M7

iBaby Care M7 adalah salah satu baby monitor dengan ciri video HD bersaiz 1080p. Ia menyokong audio 2 hala, mempunyai lampu malam dan menghantar amaran pintar menerusi telefon bimbit anda bila waktunya untuk menukar lampin bayi anda atau memberi mereka makan.

Tambahan lagi, ia mempunyai himpunan musik tanpa had, cerita dan bunyi. M7 mempunyai TVOC, CO2, deria suhu dan kelembapan. Sangat inovatif, semua fungsi ini mudah digunakan melalui aplikasi mesra pengguna.

Pembeli yang berminat perlu maklum bahawa baby monitor ini merupakan pilihan yang popular, jadi ia mudah didapati di kedai setempat mengimport produk tersebut daripada Amerika Syarikat.

Namun begitu pastikan produk anda dilindungi waranti tempatan dan ia hadir dengan palam kuasa untuk Malaysia, belinya daripada penjual yang diiktiraf seperti yang tersenarai di laman sesawang iBaby.

3. Night Vision Baby Monitor

Night Vision Baby Monitor adalah peranti pengawasan jarak jauh yang menyediakan liputan sehingga 260m. Anda tidak perlu risau tentang gangguan penghantaran jika anda terlalu jauh.

Terdapat juga 8 program dodoian di dalamnya jadi anda boleh memainkan untuk menenangkan bayi anda agar mereka tidur.

Dengan fungsi percakapan dua hala (talk-back) dan pembesar suara serta mikrofon terbina dalam, jadi anak anda boleh mendengar suara anda juga.

Penglihatan malam membolehkan penglihatan jelas meskipun langsir tertutup menghalang cahaya matahari daripada masuk. Ia merupakan monitor mudah alih yang ringan dan kompak, anda boleh dengan mudah membawanya ke sana ke sini untuk melakukan tugasan rumah.

Ia juga mudah untuk dikawal dan digunakan dengan punat pelbagai fungsi. Untuk mendapatkan yang terbaik untuk memantau anak anda, anda perlu dapatkan Night Vision Baby Monitor.

4. Lollipop Smart Baby Camera

Lollipop Smart Baby Camera kelihatan sama seperti lolipop, kecuali bahagian batangnya boleh dilentur jadi anda boleh letakkannya pada batang baby cot atau meletakkan pada meja.

Ia mudah dipasang dan diletakkan dengan sempurna jadi anda boleh menangkap sudut terbaik untuk melihat anak anda.

Terdapat zoom digital 4x dan penglihatan malam infra merah untuk meningkatkan pemantauan dan memberikan anda rakaman yang jelas.

Lensa daripada Jepun untuk memastikan kualiti bahan. Ia juga mempunyai kebolehan pintar, boleh mengesan jika bayi anda menangis dan secepat mungkin memberi anda amaran jika anda tidak menyedarinya.

Lollipop Smart Baby Camera dilengkapi dengan fungsi terbaik untuk mengawasi anak anda untuk keselamatan mereka.

5. Motorola MBP160 Audio Baby Monitor

Motorola MBP160 Audio Baby Monitor lebih mudah untuk menggunakan baby monitor. Ia direka untuk sangat sensitif terhadap suara di dalam bilik dan boleh menangkap bunyi seperlahan bisikan.

Anda tidak perlu risau jika anda terlepas sebarang pergerakan dengan monitor audio ini. Dengan anggaran jarak sehingga 990 kaki, anda boleh bergerak di sekeliling rumah tanpa perlu risau terputus isyarat.

Unit untuk bayi dan ibu bapa juga mudah dikendalikan. Anda boleh mencuba Motorola MBP160 Audio Baby Monitor yang mudah dan tidak menyusahkan ini.

6. Philips Avent Dect Baby Monitor

Philips Avent Dect Baby Monitor adalah monitor audio yang boleh menangkap ketawa kecil atau bunyi yang dilakukan oleh anak anda ketika mereka tidur.

Ia membuatkan anda berasa seolah – olah di sebelah katil bayi anak anda. Trasmitter memberikan suara yang jelas supaya anda tidak tertinggal sebanyak perkara.

Dengan sensor pintar, ia menukar kepada mod menjimatkan tenaga untuk mengurangkan kuasa penghantaran isyarat. Ia membantu memanjangkan tempoh operasi untuk bateri dan membolehkan peranti anda beroperasi sehingga 18 jam dengan bateri penuh.

7. VTech BM2000 Audio Baby Monitor

VTech BM2000 Audio Baby Monitor memberikan anda keselamatan tanpa ganguan dengan membolehkan anda mendengar sebarang bunyi yang dilakukan oleh anak anda, ketika mereka tidur atau ketika mereka mengilat untuk bangun.

Pembesar suara dan mikrofon yang terbina pada unit untuk ibu dan bapa membolehkan anda bercakap dengan anak anda dari jauh untuk memujuknya.

Terdapat 5 nada lulabi berbeza dan lampu ambien yang boleh dipasang untuk menemani anak anda. Untuk mengetahui sebarang pergerakan anak anda, apa yang anda perlukan hanyalah VTech BM2000 Audio Baby Monitor.

SUMBER

https://findgoodbuy.com/best-baby-monitor-malaysia/

Summary
7 Baby Monitor Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Article Name
7 Baby Monitor Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Description
Dengan adanya baby monitor pastinya menjaga bayi baru lahir yang sebelum ini memenatkan tidak lagi berlaku. Ia penting bagi membolehkan anda mengambil masa berjauhan daripada bayi anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: