pantai morib

Morib adalah sebuah mukim di Daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Pantai Morib yang tenang itu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di negeri ini. Selain dari itu juga, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan melakukan aktiviti bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

Bila kita sebut sahaja pantai, apa perkara yang berada di minda kita? Mestilah kita membayangkan sebuah pantai yang bersih dan indah. Betul tak?

Dengan air laut yang kebiruan, angin yang mendamaikan, pasir putih yang lembut, kanak-kanak bermain layang-layang, kemudian adanya tempat berehat sambil makan hidangan laut, ditambah pula dengan air kelapa muda. Pasti ini kan yang terbayang oleh kita. Betul kan?

Di Mana Letaknya Pantai Morib?

Sebagai langkah pertama, jom kita berkenalan dulu dengan sebuah pantai yang dipanggil Pantai Morib. Pantai Morib terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor, ianya menghadap Selat Melaka. Daerah Kuala Langat ini mempunyai tiga buah pantai iaitu :

  • Pantai Morib
  • Pantai Kelanang
  • Pantai Tanjung Rhu

Bandar terdekat ialah Pekan Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Jika anda ke Pekan Banting, bolehlah singgah di Pantai Morib ini. Sekiranya bermula di Kuala Lumpur hampir memakan masa sekitar 1 jam 30 minit.

Di sepanjang laluan, pengunjung boleh melihat banyak deretan kedai dan warung yang menjual beraneka makanan, termasuk sate, kerepek, burger bakar dan ikan bakar.

Sejarah Yang Terdapat di Pantai Morib

Namun, ramai tidak tahu, berhampiran Pantai Morib suatu ketika dahulu pernah menjadi pintu masuk terawal bagi angkatan tentera British dan India pada Perang Dunia Kedua.

Tanggal 9 September 1945 menyaksikan tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British mendarat bagi mempertahan persisiran pantai dari kemaraan Jepun sekaligus menandakan pengakhiran Perang Dunia Kedua di rantau ini.

Genap 69 tahun kemudian, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Shri TS Tirumurti diiringi Kolonel Praveen Chhabra, Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi India melawat Tugu Peringatan Tentera.

Tugu itu sebagai peringatan pendaratan Bahagian Infantri Tentera India ke-23 dan ke-25 di pantai Morib. Kumpulan ‘46 Indian Beach’ memudahkan pendaratan 42,651 kakitangan, 3,968 kenderaan dan 11,224 tan barang.

7 Aktiviti Riadah Yang Boleh Dilakukan di Pantai Morib

Pantai memang sinonim dengan pelbagai aktiviti menarik kan. Begitu juga dengan Pantai Morib yang indah ini. Mari kita lihat aktiviti-aktiviti riadah yang boleh anda lakukan di Pantai Morib ini jika anda ke sini.

1. Berkelah dengan keluarga di tepi pantai

Tempat yang dikelilingi pokok rendang, kawasan rumput hijau yang luas dan dikelilingi pantai yang indah, memang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah.

Jika anda berniat untuk tidak membawa sebarang bekalan makanan tidak mengapa kerana terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang berdekatan.

Apabila perut sudah penuh, mata mula mengantuk, ditambah pula angin pantai yang menderu membuatkan anda rasa nak bentang tikar dan tidur di situ.

2. Memancing, menangkap ketam, dan mengutip cengkerang laut

Di Pantai Morib ini memang tidak digalakkan untuk mandi-manda kerana faktor pantai yang tidak sesuai untuk dijadikan tempat mandi. Apabila tiba waktu air surut anda boleh berjalan sehingga 400-500m dari pantai dan pada waktu ini anda boleh menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut.

Selain daripada Pantai Morib ini, terdapat beberapa pantai lagi yang anda boleh pergi seperti Tanjung Rhu di Pulau Carey dan Pantai Kelanag.

Kepada yang gemar menagkap ikan, korang boleh ke Pantai Kelanang tu sebab ramai yang ke sana untuk menyewa bot dan memancing.

3. Pergi ke Gold Coast Morib untuk tenangkan fikiran

Sekiranya anda sampai ke Pantai Morib dan inginkan tempat penginapan yang menarik terutamanya bersama kaum keluarga, Gold Coast Morib adalah tempatnya.

Tempat yang selesa dan mempunyai taman tema air tersendiri khas untuk para tetamu tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Sambil orang dewasa menikmati keindahan di situ kanak-kanak pula boleh bermain air dengan puas.

4. Bermain layang-layang di tepi pantai

Oleh kerana Pantai Morib mempunyai kawasan yang lapang di ikuti dengan angin laut yang menderu, tidak hairanlah jika tempat ini terkenal dengan permainan layang-layang dan wau. Ini adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang ke sini.

5. Kunjungi tempat-tempat bersejarah sekitar Pantai Morib

Rumah Api Jugra mercu ilmu pelayaran silam

Pasti ramai yang tak tahu sekitar Pantai Morib ini mempuyai tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Pernah tak anda terfikir tempat ini mempunyai sejarahnya tersendiri?

Secara ringkasnya, Morib satu masa dahulu pernah menjadi tempat pendaratan dan pertahanan tentera British daripada serangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Anda boleh ke monumen kecil yang terletak di tepi Pantai Morib menceritakan sejarahnya itu.

Selain dari itu juga, banyak tempat-tempat menarik dalam Morib yang korang boleh lawati seperti Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaudin, Istana Bandar dan banyak lagi.

6. Menikmati suasana pantai sambil makan-makan

Jika sudah berdekatan dengan pantai, tentulah makanan laut paling terkenal di Pantai Morib. Antara menu yang menjadi pilihan ialah ikan bakar, sotong goreng tepung dan bermacam-macam lagi.

Tetapi kalau korang nak makan yang lagi menarik, luangkan masa korang dalam 20 minit untuk pergi ke Banting. Antara tempat makan yang sedap korang boleh kunjungi ialah Medan Selera Dataran Morib, Restoran Juvita Seafood, Cendol Banting Ibrahim dan banyak lagi.

Pendek kata tak kenal maka tak cinta. Lokasi yang tidak jauh dari ibu kota tentunya menjadikan Pantai Morib sebagai salah-satu lokasi istirehat yang terbaik untuk berhujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan.

7. Mengambil gambar dengan pemandangan pantai yang cantik

Pantai Morib | Destinasi Percutian Pantai Singkat Hujung Minggu Terbaik

Bagi anda yang suka bergambar, bolehlah merakamkan gambar anda di Dataran helang, ataupun di landskap yang telah disediakan yang berlatarbelakangkan keindahan pantai.

Boleh juga melihat matahari terbenam. Jika berkunjung pada waktu malam pula, suasana sekeliling adalah terang dengan kemudahan lampu yang disediakan.

Sekiranya anda ke Pantai Morib nanti, jangan lupa buat aktiviti-aktiviti menarik yang kami cadangkan ini ya. Lebih best lagi kalau anda pergi bersama-sama dengan kawan-kawan anda ataupun ahli keluarga tersayang. Barulah dapat mencipta memori yang manis bersama-sama, kan. Selamat bercuti!

Sumber:

http://mata-mata2.blogspot.com/2016/12/6-aktiviti-riadah-menarik-yang-boleh.html

https://lancareno.com/2014/12/berkelah-di-pantai-morib-bersama-keluarga.html/

https://umpamae.blogspot.com/2019/10/tempat-menarik-di-morib-selangor.html

Summary
7 Aktiviti Riadah Yang Menarik di Pantai Morib
Article Name
7 Aktiviti Riadah Yang Menarik di Pantai Morib
Description
Morib adalah sebuah mukim di Daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Pantai Morib yang tenang itu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di negeri ini. Selain dari itu juga, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan melakukan aktiviti bersama kaum keluarga dan sahabat handai.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: