6 Ubat Sakit Lutut Yang Boleh Dibeli Di Farmasi

Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Boleh jadi kerana kecederaan ataupun penyakit seperti artritis. Berikut merupakan ubat sakit lutut yang anda boleh dapatkan di farmasi.

Untuk membeli ubat sakit lutut , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.

1. Viartril-S Glucosamine 1500mg

RM115.00

Ini merupakan produk yang biasa dicadangkan oleh doktor untuk diambil di farmasi. Kandungannya ialah 1500mg glucosamine sulfat yang telah diuji secara klinikal dan dijamin selamat dan berkesan. Glucosamine sulfat dalam produk ini mampu melegakan simptom sama ada rasa sakit atau pergerakan yang terhad tanpa sebarang ubat tahan sakit.

2. Blackmores Fish Oil 1000mg

RM125.00

Minyak ikan juga mempunyai ciri anti-radang yang mampu mengurangkan kesakitan lutut jika diamalkan. Blackmores Fish Oil diekstrak 100% dari ikan liar dan terbukti secara klinikal bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB(Polychlorinated Biphenyls). Minyak ikan ini mengandungi kekuatan minyak ikan dua kali ganda EPA dan DHA.

3. 21ST CENTURY BCAA

RM17.50

BCAA ialah ‘Branched-Chain Amino Acids’ atau Asid Amino Rantai Bercabang. Ia adalah kumpulan 3 asid amino yang penting. Fungsinya untuk menggalakkan pertumbuhan otot dan meningkatkan prestasi senaman. Apabila keradangan pada lutut berlaku, ia mengubah metabolisma karbohidrat, protein dan tenaga. Oleh itu, BCAA befungsi dalam merawat sakit lutut dengan mengimbangi kadar kehilangan protein dalam badan.

4. Nature’s Way Vitamin D3

RM54.70

Kebanyakan pesakit yang menghidap sakit lutut atau artritis didapati kurang kandungan vitamin D dalam badan. Kekurangan vitamin D dalam badan juga boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Kepentingan vitamin D untuk sakit lutut ialah melalui fungsinya yang membantu penyerapan kalsium ke dalam badan. Dengan meningkatkan penyerapan kalsium, sakit lutut dan artritis pasti dapat dielakkkan.

5. Blackmores Multivitamins + Minerals Tablets

RM71.55

Kekurangan vitamin dan mineral dalam badan juga boleh menyebabkan terjadinya gejala sakit lutut. Blackmores Multivitamins + Minerals mempunyai khasiat lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi mineral yang sangat membantu meredakan keradangan akibat sakit lutut.

See Also
Panadol Menstrual

6. BiO-LiFE Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids

RM113.90

Vitamin C merupakan ubat sakit lutut yang membantu memulihkan dan membina semula tisu pada lutut. Vitamin C daripada Bio-Life ini adalah tidak berasid dan selamat dimakan oleh individu yang mempunyai masalah perut yang sensitif dan gastrik.

SUMBER

https://www.webmd.com/pain-management/treat-knee-pain-medication

https://www.healthline.com/health/pain-relief/knee-pain-home-remedies

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/knee-pain/diagnosis-treatment/drc-20350855

https://www.medicalnewstoday.com/articles/311280

error: Content is protected !!