Bagi anda yang mengalami gastrik, pasti akan berasa susah untuk ke klinik bagi mendapatkan ubat gastrik setiap kali gastrik menyerang. Berikut ialah ubat gastrik yang boleh anda beli di farmasi.

1. Magnesium trisilicate

Kredit: https://shopee.com.my/Rexom-Magnesium-Trisilicate-Mixture-120mlx2-units-For-Heart-Burn-i.40377106.699157131

Magnesium trisilicate ialah salah satu jenis ubat antasid yang bertindak meneutralkan asid dalam perut ketika gastrik menyerang. Antara jenama yang mempunyai kandungan bahan ini ialah Gaviscon. Anda boleh mendapatkannya di kaunter tanpa perlu preskripsi.

2. Aluminium & Magnesium hydroxide

Kredit: https://www.actizapharma.com/products/aluminium-hydroxide-megnesium-hydroxide-tablets/

Ubat ini juga salah satu jenis antasid iaitu yang meneutralkan asid dalam perut. Sesuai diambil ketika gastrik. Kebanyakan ubat jenis antasid digabungkan dengan bahan lain bernama simethicone yang berfungsi mengeluarkan gas dan angin yang berlebihan. Ia boleh didapati dalam bentuk tablet yang perlu dikunyah. Contoh jenama dengan ubat ini ialah Maalox.

3. Cimetidine

Kredit: https://www.salvavidaspharma.com/product/cimetidine-tablets/

Ubat gastrik ini berfungsi sebagai perencat reseptor H2. Ia berperanan dalam pengeluaran jus gastrik dalam perut. Cimetidine juga boleh didapati tanpa preskripsi doktor dan datang dalam bentuk tablet yang perlu ditelan selepas atau sebelum makan mengikut arahan doktor. Contoh jenama ubat ini ialah Cimulcer.Famotidine

4. Famotidine

Kredit: https://www.latimes.com/science/story/2020-05-02/researchers-testing-pepcid-as-coronavirus-treatment

Satu lagi contoh ubat yang boleh didapati di farmasi ialah Famotidine. Ia juga dalam kategori ubat perencat reseptor H2 yang berfungsi mengurangkan penghasilan jus yang berlebihan. Sama seperti ubat-ubat lain di atas, ia boleh didapati tanpa perlukan preskripsi daripada doktor. Antara jenama ubat ini ialah Pepcid dan Fluxid.

5. Omeprazole

Kredit: https://www.meijer.com/shop/en/meijer-drugstore/digestive-relief/ppi-inhibitors/meijer-omeprazole-delayed-release-acid-reducer-20-mg-tablets-42-ct/p/71928310742

Omeprazole ialah kategori ubat Proton Pump Inhibitor (Perencat Pam Proton). Keadaan asid dalam perut terjadi kerana ion hidrogen yang dipam masuk ke dalam perut oleh pam proton. Apabila kepekatan ion hidrogen semakin tinggi, pH dalam perut akan semakin rendah dan keasidan akan menjadi tinggi. Omeprazole membantu merencatkan fungsi pam tersebut supaya perut kurang berasid. Anda boleh dapatkan ubat gastrik ini tanpa preskripsi. Jenama yang biasanya terdapat di farmasi ialah Omesec, juga dalam bentuk tablet yang perlu ditelan.

6. Pantoprazole

Kredit: https://www.bbukltd.com/products/pantoprazole-tablets/

Ubat gastrik ini juga biasa digunakan oleh mereka yang menghidap gastrik serta mudah didapati di farmasi. Masih dalam kategori ubat Perencat Pam Proton, ia berfungsi menjadikan perut kurang berasid. Ubat ini datang dalam bentuk tablet dengan pelbagai jenama seperti Controloc dan Pantaz.

SUMBER

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/gastrik-ketika-hamil-pregnancy-heartburn

https://thezuriat.com/gastrik-ketika-hamil-pedih-ulu-hati/

www.iffgd.org/diet-treatments/antacids.html

Summary
Article Name
6 Ubat Gastrik Yang Boleh Dibeli di Farmasi
Description
Bagi anda yang mengalami gastrik, pasti akan berasa susah untuk ke klinik bagi mendapatkan ubat gastrik setiap kali gastrik menyerang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: