tempat menarik di Malaysia

“Ada tak tempat menarik di Malaysia selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti?”. Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian.

Ini kerana, selain daripada tempat menarik di Malaysia untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti.

Mungkin anda mencari pengalaman bermalam diatas kapal, camping dibawah langit malam dihias bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah disentuh manusia, betul tak?

Jika ya, makan tempat-tempat di bawah ini adalah yang paling sesuai untuk penginapan anda ketika percutian nanti. Jom lihat tempat-tempatnya.

1. Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang

Villa Aranya Harundalu Raub, Pahang Main Image

Keindahan yang melampau persis di dalam mimpi, inilah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas yang menjadikan tempat ini sebagai tempat menarik di Malaysia yang terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang.

Ia bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang! Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.

Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan 2 jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.

Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.

Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas.

Antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo.

2. Dusun Bonda Resort

Dusun Bonda Resort - Main Image

Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Dusun Bonda Resort menawarkan penginapan yang menceriakan dan mendamaikan di dalam lanskap tropika yang ditumbuhi pokok-pokok buah yang mekar.

Bukan sekadar penginapan, Dusun Bonda Resort menjanjikan suasana yang penuh dengan ketenangan dan padat dengan keseronokan untuk anak-anak sesuai masuk ke dalam senarai tempat menarik di Malaysia.

Antara tarikan yang terdapat di resort ini adalah kolam dengan air terjun buatan, buaian di atas sungai, taman permainan kanak-kanak, ruang makan di bahagian rooftop, dapur, surau, kemudahan bbq dan banyak lagi.

Selain aktiviti yang ditawarkan di dalam resort, anda juga boleh mengatur aktiviti luar seperti jungle trekking ke kawasan air terjun, bermandi-manda di kolam air panas yang hanyalah 3 minit dari sini atau mencuba nasib memancing ikan di kolam memancing air tawar yang hanyalah 4.2 km dari resort.

Mengenai penginapan di resort ini, Dusun Bonda menawarkan penginapan jenis studio villa, villa 3-bilik, dan juga Glam 5-metre Bell Tent serta Glam 4-metre Bell Tent. Secara keseluruhannya, resort ini dapat menampung sehingga 50 penginap dewasa pada satu-satu masa.

3. Rumah Kebun Semungkis

Rumah Kebun Semungkis - Main Image

Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbuh mekar, di sinilah anda sekeluarga dapat menghirup udara bersih yang dapat mengembalikan kesegaran segenap tubuh badan setelah berbulan lamanya tenggelam dalam asap kota.

Tidak hanya menjanjikan suasana luar yang sempurna untuk ketenangan jiwa, villa penginapannya juga sungguh mengujakan. Mengetengahkan konsep kedesaan dan minimal, atmosfera ini menambahkan lagi kedamaian penginapan.

Yang menariknya lagi, pihak Rumah Kebun menyediakan dapur yang berkonsep terbuka. Dapurnya juga serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak. Fasiliti lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, bbq pit, dan kolam renang yang diairi oleh air sungai yang mengalir segar iaitu Sungai Semungkis.

Sambil bermandi-manda di dalam kolam, anda boleh memejamkan mata dan menikmati bunyi deruan sungai dan kicauan burung yang menyegarkan halwa telinga.

Sesudah bermain air, aktiviti seterusnya yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah mendaki untuk menuju ke kawasan air terjun atau memberi makan kambing dan ayam kampung yang ada di sekitar. Bercutilah di sini sekiranya anda merindukan suasana kampung ya?

4. Le’ Manah Retreat, Pahang

Le’ Manah Retreat Kampung Janda Baik - Main Image

Seperti berada di perkampungan Eropah, Le’ Manah Retreat adalah sebuah rumah banglo yang menawarkan banyak bilik penginapan selesa sama ada untuk kumpulan yang kecil atau ahli keluarga yang besar.

Penginapan yang ditawarkan di sini adalah Tudor Bungalow Zone (max 25 pax), Tudor Pond Zone (max 32 pax), Tudor Dorm Daisy (max 10 pax) dan Tudor Dorm Lily (max 6 pax).

Bagi para penginap Tudor Bungalow Zone, anda akan mendapat akses eksklusif untuk ruangan halaman, kolam renang kanak-kanak, outdoor hall dan kawasan lapang yang lengkap dengan ruang santai dan bbq pit.

Untuk penginap di Tudor Pond Zone anda mendapat akses terus ke kolam memancing dan kolam renang dengan air yang berpunca daripada gunung. Kemudahan lain yang disediakan adalah Open Pond Hall (lengkap dengan meja, tv, peti ais, bbq pit).

Kesemua penginap tanpa mengira zon penginapan dapat menggunakan segala fasiliti di Common Ground (lengkap dengan kolam memancing, gelanggang badminton dan tenis, taman, akses peribadi ke kawasan sungai).

5. JapaMala Resort, Pahang

Japmala Resort, Pulau Tioman Main Image

Terletak di dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukan kota, JapaMala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini adalah sebuah penginapan menakjubkan yang diselubungi oleh keindahan alam semula jadi rimba hijau.

Berkeluasan 11 ekar, JapaMala Resort yang merupakan sebuah ‘eco-luxe’ resort dibina dengan penuh teliti tanpa memberi kesan kepada alam semula jadi di sekelilingnya.

Sebagai penginap di resort ini, anda dapat menikmati waktu santai penuh privasi di pantai peribadi tanpa gangguan, dari sini juga anda dapat menikmati panorama indah matahari terbenam yang memukau mata.

Pada waktu malam, dari resort ini anda sekeluarga dapat melihat keindahan ribuan bintang yang berkerdipan di langit.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menyelam skuba, menikmati rawatan spa, bermandi-manda di kolam renang dan sebagainya.

6. Zamani’s Place, Kedah

Zamani's Place Pantai Murni Yan Kedah Image

Bayangkan dapat terus terjun ke dalam kolam renang sebaik bangun dari tidur, inilah yang dapat anda rasai sekiranya menginap di Zamani’s Place.

Resort peribadi ini memiliki 8 buah bilik serta banyak fasiliti menarik yang dapat memaksimakan keseronokan percutian anda sekeluarga tanpa perlu keluar dari kawasan penginapan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda sepuas hati, taman yang mekar dengan pelbagai jenis tumbuhan hijau dan kolam ikan.

Tarikan Zamani’s Place tidak terhenti di sini, lokasinya juga cukup menggoda jiwa. Dikelilingi oleh sawah padi dan berhadapan dengan lautan selat Melaka, dari halaman belakangnya pula anda dapat menyaksikan pemandangan menakjubkan Gunung Jerai. Apa lagi yang anda inginkan?

Jika anda diberi satu pilihan, tempat mana anda akan pilih? Sememangnya semua tempat menarik untuk penginapan anda di atas akan memberikan anda pengalaman bercuti yang terbaik. Jadi, selamat bercuti ya kepada anda semua!

Sumber:

https://www.maisinggah.com/tempat-percutian-menarik-di-malaysia/

https://www.trixoli.com/my/ms/destinasi/malaysia/

https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-malaysia-macam-overseas/

Summary
6 Tempat Menarik di Malaysia Untuk Penginapan Percutian Anda
Article Name
6 Tempat Menarik di Malaysia Untuk Penginapan Percutian Anda
Description
“Ada tak tempat menarik di Malaysia selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti?”. Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: