Now Reading
6 Resepi Spaghetti yang Mesti Anda Cuba

6 Resepi Spaghetti yang Mesti Anda Cuba

Mari lihat resepi spaghetti yang mudah diikuti ini. Yang penting, hasilnya pasti enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Spaghetti Bolognese

  1. Masak spaghetti dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam dan minyak zaitun. Masak sehingga al dente dan toskan.
  2. Panaskan periuk. Cairkan 2 sudu besar mentega dan tumiskan 1 biji bawang putih yang dipotong dadu serta 1 biji lobak merah yang juga didadukan. Jika mahu, boleh tambah batang saderi yang dihiris halus dan tumis lebih kurang 5 minit.
  3. Setelah ia kelihatan seperti lembut dan hampir masak, masukkan 4 ulas bawang putih cincang dan 454g cendawan yang dipotong dadu. Masak 4-5 minit hingga cendawan jadi warna keperangan dan sayur semua telah masak.
  4. Masukkan 2/3 cawan epal sider di dalam sayur-sayuran tadi dan kacau. Renehkan ia selama 2-3 minit.
  5. Tambah 1 2/3 cawan stok sayur-sayuran, 425g sos tomato, 1 helai daun bay, 1 sudu kecil perasa Itali, dan secubit rasa garam dan lada sulah. Kacau campuran ini hingga ia reneh.
  6. Perlahankan api, reneh tanpa ditutup periuk selama 10 minit. Selepas itu anda boleh perasakan ia lagi mengikut selera anda sebelum hidangkannya bersama pasta dan hirisan keju.

Skinny Linguine Dengan Sos Kepah Putih

  1. Didihkan air bergaram dan masak 227g linguine jadi al dente ikut arahan di pembungkusan. Tos linguine dan simpan 1/4 cawan pasta itu.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tambah 1/2 sudu besar mentega tanpa garam dan 1 biji bawang merah cincang. Masak 1-2 minit hingga bawang merah jadi layu.
  3. Tambah 3 sudu besar bawang putih cincang dan 1/2 sudu kecil serbuk cili merah. Masak lagi hingga ia berbau wangi.
  4. Masukkan epal sider dan masak selama 2-4 minit.
  5. Masukkan air kepah (dari tin kepah), 171g kepah, 2 sudu besar jus lemon, 1 sudu kecil hirisan kulit lemon, garam, dan lada hitam. Masak lagi selama 2-4 minit.
  6. Masukkan linguine yang telah ditoskan tadi bersama 2 sudu daun parsley yang telah dipotong-potong. Gabungkan ia bersama sos kepah.

Spaghetti Ayam Dan Tomato Kecil Yang Disaute

  1. Selepas air bergaram dididihkan, daging ayam dipotong dadu 1 inci persegi diperisakan dengan 1/2 sudu kecil daun kering oregano, dan basil, sedikit garam dan lada sulah.
  2. Kemudian, masak bersama sedikit minyak selama 3-4 minit. Ketepikan ayam apabila isinya sudah masak.
  3. Masukkan 227g pasta di dalam air bergaram yang dididihkan tadi. Selepas itu tos pasta. Air bergaram itu pula disimpan separuh untuk digunakan kemudian.
  4. Panaskan semula kuali tadi, dan masukkan 6 ulas bawang putih untuk disaute. Tambah tomato, garam dan lada sulah sekali.
  5. Ambil pasta yang telah ditos tadi untuk dimasukkan ke dalam kuali. Jika pasta kelihatan terlalu kering, ambil sedikit air bergaram agar ia kembali lembap.
  6. Setelah itu, tambah daun segar basil dan daging ayam yang telah disaute sebelum ia dihidangkan bersama hirisan keju.

Spaghetti Dengan Sos Carbonara

  1. Masak spaghetti seperti biasa sehingga al dente.
  2.  Panaskan minyak dan masukkn sosej. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sosej agak masak , angkat dan tos minyaknya
  3. Pukul kuning telur dan krim serta keju parmesan. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
  5. Jika anda suka sos yang cair, boleh masukkan krim atau stok ayam lagi.

Spaghetti Bebola Daging

  1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah. Siapkan 2 cawan bell peppers yang dicincang. Kacau 2 biji besar telur di dalam mangkuk.
  2. Tambah 1/4 keju Parmesan yang disagat halus, dan 3/4 serbuk roti yang diperasakan dengan perasa Itali. Kacau semua sehingga ia jadi likat dan melekat.
  3. Tambah bell peppers, 605g daging ayam turki, dan garam. Campurkan dengan menggunakan tangan anda agar segala campuran itu jadi sebati bersama.
  4. Bulatkan campuran itu sampai ia jadi bentuk bebola daging. Kemudian sebelum susun ia di atas bekas pembakar, sapukan minyak pada permukaan bekas tersebut. Bakar selama 20 minit dan keluarkan ia dari oven selepas itu.
  5. Masak spaghetti seperti biasa. Dan masak sos spaghetti di dalam periuk pada suhu sederhana. Tambah bebola daging dan daun parsley segar, gaul perlahan-lahan dan tutup periuk tersebut.
  6. Biarkan ia mereneh. Kemudian, anda boleh campurkan pasta ke dalam periuk

Spaghetti Goreng ala Bahrain

  1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan sebiji telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar.
  3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tiram, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
  4. Masukkan spaghetti dan gaul rata.

SUMBER

https://www.webmd.com/parenting/raising-fit-kids/food/spaghetti-with-quick-meat-sauce

See Also

https://www.healthline.com/nutrition/is-pasta-healthy

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/recipes/pasta-recipes/rcs-20077212

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322564

error: Content is protected !!