Now Reading
6 Manfaat Garam Bukit Untuk Kesihatan dan Kecantikan

6 Manfaat Garam Bukit Untuk Kesihatan dan Kecantikan

garam bukit

Garam bukit ialah garam yang paling bersih dalam kalangan garam yang lain. Adakah anda tahu apa keistimewa tentangnya? Apakah bezanya berbanding dengan garam biasa?

Ia mempunyai khasiat yang bagus kepada kita dan ia telah disokong oleh kajian sains. Pasti anda pernah dengar Himalayan pink salt. Garam bukit ini adalah yang paling tulen di pasaran.

Ia juga digunakan dalam perubatan kerana ia boleh mengubati batuk, selesema, dan demam.

Kandungan Garam Bukit:Kandungan Garam Biasa:
Sodium Chloride 85%Sodium Chloride 97%
Mineral surih 15%Bahan tambahan 2.5%

Perbezaan Garam Bukit dan Garam Biasa

Garam Bukit:

  • Dihasilkan di bukit yang mempunyai sumber garam.
  • Tekstur halus
  • Rasa lebih masin berbanding dengan garam biasa

Garam Biasa:

  • Dihasilkan dari laut
  • Tahap kemasinan bergantung kepada air laut.

6 Manfaat Garam Bukit Untuk Kesihatan dan Kecantikan

  1. Membantu masalah sistem penghadaman

Garam ini boleh menyingkirkan cacing dalam perut dan boleh melegakan sakit perut terutamanya cirit-birit.

  • Menstabilkan keseimbangan pH dalam tubuh badan

Garam ini mengandungi mineral surih seperti kalsium, zat besi, magnesium dan sumber lain yang bermanfaat untuk tubuh badan. Ia boleh membantu badan kita menyerap mineral dalam badan. Ia juga boleh merangsang kitaran darah dan menyeimbangkan pH.

  • Bermanfaat kepada sistem saluran pernafasan

Garam ini boleh melegakan sistem saluran pernafasan seperti sakit kerongkong, kerongkong bengkak dan batuk kering. Anda boleh berkumur dengan air garam bukit kerana ia dapat melegakan kesakitan. Ia juga boleh membantu mengatasi masalah asma dan sinus jika anda campurkan garam bukit dengan air suam dan menjadikan ia sebagai rawatan stim muka.

  • Kesihatan kulit muka

Garam ini boleh membantu membuang sel kulit mati pada kulit muka. Selain itu, ia boleh menguatkan tisu kulit dan mejadikan kulit wajah bersinar.

  • Bermanfaat untuk rambut

Ia boleh menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran pada rambut.

  • Bermanfaat untuk kekejangan otot

Kekejangan otot berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara garam dan elektrolit pada tubuh badan kita. Jika kekurangan elektroklit kalium akan menyebabkan kekejangan otot. Ia mempunyai pelbagai jenis elektrolit. Oleh sebab itu, ia dapat mengurangkan kekejangan otot.

Kesan Sampingan Pengambilan Garam Bukit Yang Berlebihan:

  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Keletihan dan lemah otot

Garam ini memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan kita tetapi kita harus ingat jangan ambil secara berlebihan.

Sumber:

https://healthyhumanlife.com/blogs/news/benefits-of-himalayan-salt

https://dontmesswithmama.com/health-benefits-himalayan-salt/

error: Content is protected !!