6 Makanan Sunnah Yang Boleh Anda Amalkan Dalam Diet Harian
Muslim digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.

Muslim digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Makanan-makanan sunnah ini telah tertulis dalam Al-Quran dan dimakan oleh Rasulullah SAW semasa hayat Baginda. Sekiranya anda hendak mencari cara untuk memperbaiki diet anda, cubalah makanan-makanan sunnah ini yang boleh meningkatkan nilai nutrisi dan kerohanian anda.

1. Kurma

Makanan sunnah ini mungkin bukanlah suatu perkara yang jarang bagi anda kerana ia sering dimakan sewaktu bulan Ramadan. Tahukah anda, sebenarnya kurma merupakan sumber terbaik bagi vitamin dan mineral. Kurma sangat berkhasiat sehingga Rasulullah SAW pernah menanam pokok kurma di rumah Baginda.

Kurma adalah rendah lemak dan kaya dengan serat, vitamin A, kalium, kalsium dan banyak lagi nutrient penting yang lain. Selain itu, ia juga bebas kolesterol! Umat Islam digalakkan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, seperti yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW bersama para sahabatNya.

2. Madu

Ramai menganggap madu sebagai makanan yang mempunyai banyak manfaat kerana ia mengandungi manfaat kesihatan dari segi luaran dan dalaman. Sebagai sumber tenaga yang baik, makanan sunnah ini membantu menguatkan perut, melancarkan pencernaan, membuang kahak dan mengurangkan kelemajan otot. Selain itu, madu turut dijadikan ubat bagi merawat luka, kesan terbakar ringan dan baik untuk kulit.

3. Buah Tin

Buah tin adalah buah daripada syurga. Makanan sunnah ini boleh dimakan secara mentah dan dikeringkan. Buah tin memiliki pelbagai manfaat kesihatan dan adalah sumber terbaik bagi vitamin dan mineral seperti zat besi. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan serat yang membantu melegakan sembelit dan memenuhkan perut anda. Buah tin adalah penawar yang baik bagi gangguan perut dan buasir.

4. Barli

Ramai individu meminum air rendaman barli bagi memulihkan batuk dan sakit tekak. Makanan sunnah ini turut disyorkan untuk merawat penyakit panas badan dan demam oleh kerana kandungan antioksidan yang dijumpai dalam barli.

Selain itu, ia juga membantu mengawal kadar gula dara, mengurangkan tahap kolesterol dan memperbaiki pencernaan. Umat Islam digalakkan mengambil barli untuk menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung.

5. Tembikai

Tembikai adalah sejenis buah yang sedap dan enak dimakan ketika cuaca panas. Walau bagaimanapun, ramai umat Islam tidak menyedari bahawa tembikai juga merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak manfaat tertentu.

Ia boleh membantu melegakan kesakitan otot, meningkatkan sistem imun, menghalang refluks asid dan batu karang. Tambahan lagi, ia juga dikenali sebagai buah yang boleh meningkatkan kesihatan mata dan melindungi kulit anda. Menurut para sahabat, Baginda Rasulullah SAW sering memakan tembikai bersama kurma yang ranum.

6. Susu

Susu boleh ditemui di kebanyakan rumah, dan ia merupakan bahan wajib yang terdapat di dalam peti sejuk setiap individu. Susu adalah sumber baik bagi nutrien seperti kalsium, protein, kalium dan banyak lagi. Ia memiliki banyak nilai nutrien yang menguatkan serta menyihatkan tulang dan gigi disamping memulihkan otot dan mengekalkan kesihatan sel darah merah.

Tiada cara yang lebih baik daripada memperbaiki diet harian anda dengan mengambil makanan sunnah yang diberkati ini. Apa yang bagusnya adalah, kebanyakan makanan ini boleh dijumpai di mana-mana pasaraya. Malah, sesetengahnya turut berada di dapur anda. Tubuh badan yang sihat boleh meningkatkan kesihatan rohani.

Sumber

https://zayan.my/zayan-pit-stop/kesihatan/7-makanan-sunnah-yang-patut-anda-amalkan

http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah

https://www.hmetro.com.my/node/118864

Summary
6 Makanan Sunnah Yang Boleh Anda Amalkan Dalam Diet Harian
Article Name
6 Makanan Sunnah Yang Boleh Anda Amalkan Dalam Diet Harian
Description
Jika anda hendak mencari cara untuk memperbaiki diet anda, cubalah makanan sunnah yang boleh meningkatkan nilai nutrisi dan kerohanian anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: