kriteria penamatan pkp
Berdasarkan kiriman Public Health Malaysia di laman Facebook, berikut adalah 6 kriteria penamatan PKP yang perlu dititikberatkan

Berdasarkan kiriman Public Health Malaysia di laman Facebook, berikut adalah 6 kriteria penamatan PKP yang perlu dititikberatkan sebelum sebarang keputusan di lakukan:

Kriteria penamatan PKP

1. Mengawal sempadan

Secara umumnya, negara kita dikelilingi negara-negara yang tinggi dengan bilangan kes COVID-19. Adakah kita boleh mengawal sempadan selepas PKP?

Pengawalan sempadan melibatkan rentas negeri

2. Mengawal dan merawat

Kita masih belum menemui ubat atau vaksin bagi menentang penyakit COVID-19. Malah, majoriti rawatan masih bergantung penuh dengan ventilator serta ubat-ubatan yang masih dalam kajian.

3. Sistem kesihatan (Makmal dan wad)

Keupayaan makmal negara kita masih lagi terhad. Walau bagaimanapun, salah satu kit ujian rapid dari Korea telah menunjukkan sebanyak 80% ketepatan kes. Walaupun kita mempunyai wad satelit yang banyak, adakah wad-wad lain mencukupi untuk merawat pesakit lain selain COVID-9?

4. Melindungi warga emas

Hari raya pada tahun ini sangat mencabar. Bolehkah kita melindungi kedua orang tua kita daripada penyakit yang mengancam nyawa mereka ini? Tidak kiralah sama ada tahun ini giliran beraya di sebelah isteri atau suami, adakah anda sudah bersedia untuk BERKORBAN untuk tidak balik ke kampung? Apatah lagi untuk menziarahi saudara-mara.

5. Penjarakan sosial, tiada perhimpunan awam dan kerap basuh tangan

Kini, majlis perkahwinan bukan lagi norma masyarakat kita. Bagi yang beragama Islam, nikah sahaja. Adakah anda bersedia?

Penjarakan Sosial

6. Melaksanakan pencegahan dalam komuniti

Tugas dan tanggungjawab pencegahan perlu bermula dalam kalangan komuniti dan tidak hanya bergantung pada KKM semata-mata. Adakah komuniti anda sudah bersedia?

SUMBER

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/

https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/6-kriteria-penamatan-pkp-bersediakah-kita/

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/21/how-can-malaysia-end-the-mco-health-d-g-lists-six-criteria-that-need-fulfil/1858921

Summary
6 Kriteria Penamatan PKP
Article Name
6 Kriteria Penamatan PKP
Description
Berdasarkan kiriman Public Health Malaysia di laman Facebook, berikut adalah 6 kriteria penamatan PKP yang perlu dititikberatkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: