minyak zaitun

Minyak zaitun adalah komponen utama dalam diet Mediterranean. Ia kaya dengan antioksidan. Malah, lemak utama yang dikandungnya adalah asid lemak tak tepu tunggal (monounsaturateed fatty acids – MUFAs), yang mana pakar anggap sebagai lemak yang sihat. Apakah khasiat minyak zaitun?

Kandungan antioksidan dalam minyak ini dapat membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Minyak zaitun jenis extra virgin mempunyai rasa pahit, tetapi mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding jenis yang lain, kerana ia mengalami proses yang paling sedikit.

Sekarang, mari lihat khasiat minyak zaitun yang bagus buat badan anda.

Khasiat Minyak Zaitun

1. Mengurangkan risiko kanser

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kandungan dalam minyak zaitun mungkin dapat membantu mengurangkan risiko bagi kanser payudara. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ia boleh membantu mencegah kanser colorectal. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam minyak ini membantu melindungi badan daripada keradangan, kerosakan kerana proses pengoksidaan dan perubahan epigenetik.

2. Mencegah penyakit Alzheimer

Minyak zaitun terutama jenis ‘extra virgin olive oil’ yang diamalkan dalam pemakanan dikatakan dapat mencegah penyakit Alzheimer. Ini mungkin berlaku kerana impak perlindungan pada saluran darah di otak kesan daripada pengambilan minyak ini. Malah, terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa pengambilan ‘extra virgin olive oil’ boleh membantu melambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit ini yang telah berkembang dahulu.

3. Melindungi jantung

Individu yang mengamalkan diet Mediterranean pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan minyak zaitun dalam masakan mereka. Minyak zaitun terutamanya jenis ‘extra virgin olive oil’ dikatakan mampu melindungi jantung dalam pelbagai cara. Antaranya termasuklah mengurangkan keradangan, melindungi kolesterol LDL “jahat” daripada proses pengoksidaan. Malah, ia juga melindungi saluran darah dan membantu mencegah proses pembekuan darah yang melampau.

4. Minyak zaitun mencegah strok

Dalam negara yang maju, strok dilihat sebagai antara penyebab kematian yang tertinggi. Kajian mendapati bahawa penggunaan minyak ini dapat mengurangkan serangan strok gara-gara kandungan lemak tidak tepu tunggal yang ada. Pengambilannya sekali gus mengurangkan risiko strok pada pesakit dengan penyakit jantung berbanding individu yang tidak mengambilnya.

5. Mengurangkan simptom sindrom metabolik

Pengambilan minyak zaitun didapati mungkin dapat mengurangkan ciri bagi sindrom metabolik seperti keradangan, kadar gula dalam darah, kadar triglycerides (lemak dalam darah) serta lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau juga dikenali sebagai kolesterol “jahat”. Sebaliknya, ia membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” dalam badan iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL.

6. Minyak zaitun mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Minyak zaitun dikatakan boleh melindungi badan daripada diabetes jenis 2. Ia dikatakan bermanfaat dari aspek kandungan gula dalam darah serta tahap kepekaan terhadap insulin. Ini dapat dilihat dengan amalan diet Mediterranean yang kaya dengan penggunaannya dalam resipi masakan.


Country Farm Organic Extra Virgin Olive Oil 250ml

RM34.90

  • Meningkatkan kolesterol “sihat” (dikenali sebagai HDL)
  • Mengandungi 50% asid laurik, yang membantu mencegah pelbagai masalah jantung
  • Membekalkan sumber tenaga segera
  • Meningkatkan aktiviti antimikrob dan antivirus dalam badan yang bertindak sebagai ubat semula jadi
  • Tidak menyebabkan kerosakan radikal bebas yang berbahaya
  • Memberi perlindungan ke kawasan dari bahaya luaran seperti kotoran, kulat dan bakteria ketika digunakan pada luka terbuka
  • Mempercepatkan proses penyembuhan apabila digunakan pada lebam
  • Meningkatkan kadar metabolisme yang membantu menurunkan berat badan
  • Melegakan sembelit


Naturel Extra Virgin Olive Oil 250ml

RM12.13

  • Naturel Extra Virgin Olive Oil diperbuat dengan sentuhan daun ara untuk rasa manis dan dengan sedikit rasa pedas.
  • Ia sangat sesuai untuk dicicah atau untuk salad.
  • Rangkaian minyak zaitun yang dihasilkan ialah dari gabungan popular termasuk Hojiblanca & Picual


Al-Zahra Extra Virgin Olive Oil 500ml minyak zaitun

RM21.90

  • Berfungsi sebagai anti-radang
  • Melindungi dari penyakit diabetes
  • Melindungi daripada ketahanan insulin
  • Mengurangkan masalah jantung dan diabetes
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan kadar kolesterol darah
  • Membantu menurunkan berat badan
minyak zaitun


Bestolio Pure Olive Oil 250ml minyak zaitun

RM12.00

  • Minyak zaitun adalah lemak cecair yang diperolehi dari zaitun, tanaman pokok tradisional Lembangan Mediterranean.
  • Minyak dihasilkan dengan memberi tekanan maksima kepada zaitun.
  • Ia biasanya digunakan dalam memasak, untuk menggoreng makanan atau sebagai sos salad.
minyak zaitun


Hayat Extra Virgin Olive Oil 500ml

RM22.00

  • Hayat Extra Virgin Olive Oil kaya dengan lemak monounsaturated yang sihat
  • Mengandungi sejumlah besar antioksida
  • Hayat Extra Extra Olive Oil mempunyai sifat anti-radang yang kuat
  • Membantu mengelakkan strok
minyak zaitun

Alnoor Olive Oil 500ml

RM24.50

  • Berfungsi sebagai anti-radang
  • Meningkatkan kesihatan rambut dan kulit
  • Melindungi dari penyakit diabetes
  • Mengurangkan masalah jantung
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan kadar kolesterol darah
  • Membantu menurunkan berat badan
minyak zaitun


Colavita Extra Virgin Olive Oil 250ml minyak zaitun

RM12.95

  • Colavita Extra Virgin Oilve Oil pilihan Premium ini adalah minyak harian yang sempurna dan seimbang antara buah dan rempah serta rasa yang halus.
  • Ini adalah minyak yang ideal untuk hampir semua keperluan memasak anda dari goreng-gorengan sehingga sebagai perisa tambahan untuk juadah kesukaan
minyak zaitun


Bertolli Extra Virgin Olive Oil 250ml

RM14.90

  • Kaya, harum dan dengan rasa yang sedap, Bertolli Extra Virgin Olive Oil memberi rasa Mediterranean yang banyak untuk resipi anda tanpa mengganggu rasa bahan lain.
  • Campuran minyak zaitun yang berkualiti untuk rasa buah yang semula jadi.
  • Gunakan terus dari botol pada salad, pasta, perapan, sup dan sos, atau untuk mencicah juadah anda.
minyak zaitun


Monini Classico Extra Virgin Olive Oil 1L

RM24.90

  • Rasa sensasi yang seimbang dan harmoni serta kuat dan serba boleh.
  • Dengan rasa yang benar-benar seimbang, ia melengkapkan apa jua hidangan dan sering menjadi kegemaran pengguna.
minyak zaitun


Basso Olive Pomace Oil 1L

RM26.30

  • Pomace adalah hasil dari penekanan buah zaitun.
  • Kupas, biji dan pulpa ditekan dan kemudian dicampurkan dengan minyak zaitun untuk mendapatkan produk yang kaya dengan sifat organoleptik.
  • Diperbuat dari titik asap yang sangat tinggi, kualitinya tidak berubah pada suhu yang terlalu tinggi untuk jenis minyak lain.

Cara Memanfaatkan Khasiat Minyak Zaitun Dengan Betul

1. Sebaiknya minyak zaitun digunakan secara segar

Memandangkan minyak zaitun mengandungi tarikh luput, ia sebaiknya digunakan secara segar. Biasanya, sebotol minyak zaitun yang telah dibuka seharusnya digunakan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan ataupun kurang dari tempoh tersebut sebelum ia mula menjadi rosak. Justeru itu, pembeliannya yang banyak tidak digalakkan jika anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang dekat.

2. Elakkan penggunaan minyak zaitun secara berulang kali

Minyak zaitun yang digunakan berulang kali tidak akan mempunyai rasa yang sama serta haba akan menyebabkan ia melalui proses pengoksidaan. Walaupun cara masak yang kurang menggunakan minyak tidaklah begitu terkesan berbanding makanan yang digoreng, namun penggunaan lebih dari sekali atau dua akan menyebabkan kehilangan nutrisi dan rasa yang sedia ada.

3. Jangan simpan minyak zaitun berdekatan dengan tempat masak

Meletakkan minyak zaitun berdekatan dengan kawasan haba seperti tempat memasak ataupun tempat berhadapan dengan tingkap boleh menyebabkan minyak anda menjadi tengik dengan lebih cepat. Jadi, pastikan anda menyimpan minyak tersebut di kawasan yang sejuk, jauh daripada sinaran matahari serta dalam bekas yang gelap dan tertutup.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/266258

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-benefits-of-olive-oil

https://www.health.com/food/6-ways-youre-doing-olive-oil-wrong

https://www.olivetomato.com/how-to-use-olive-oil-to-get-the-most-benefits/

Tagged: