6 Kebaikan Cuka Sider Epal Terhadap Kesihatan Anda
Secara umum, cuka sider epal mengandungi pelbagai ciri kesihatan termasuklah anti-bakteria dan antioksidan.

Cuka sider epal merupakan petua rumah yang terkenal. Ia telah digunakan oleh manusia sejak berkurun lamanya dalam masakan dan perubatan.

Ramai yang menganggap cuka ini boleh melegakan pelbagai masalah kesihatan, tetapi anda mungkin mmepersoalkan kebenarannya.

Secara umum, cuka sider epal mengandungi pelbagai ciri kesihatan termasuklah anti-bakteria dan antioksidan. Tambahan lagi, bukti telah mengesyorkan bahawa ia mungkin memberi kebaikan terhadap kesihatan seperti membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol, menurunkan gula darah dan memperbaiki simptom Kencing Manis.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan bagi mengesahkan segala khasiat tersebut untuk menjadikan cuka sider epal sebagai rawatan alternative yang baik.

1. Tinggi dengan kandungan yang sihat

Cuka sider epal dihasilkan melalui proses yang melibatkan dua langkah.

Pertama, pengilang mencampurkan epal hancur dengan yis yang bertindak untuk menapai gula. Seterusnya, bakteria ditambah sehingga ia bertukar menjadi asid acetic iaitu sejenis kompaun aktif yang terdapat dalam cuka.

Asid acetic memberi bau dan rasa yang kuat dan masam kepada cuka. Pihak penyelidik percaya bahawa asid ini bertanggungjawab memberikan cuka sider epal khasiat kesihatan yang diperlukan. Cuka sider terdiri daripada 5-6% asid acetic.

Cuka sider epal yang organic, tidak ditapis turut mengandungi bahan yang dipanggil ‘ibu’, yang terdiri daripada kumpulan protein, enzim dan bakteria baik yang menyumbang kepada penampilan cuka yang keruh.

Sesetengan individu mempercayai bahawa ‘ibu’ ini memainkan peranan dalam kebanyakan khasiat yang terdapat dalam cuka sider epal ini.

Walaupun ia tidak mengandungi banyak vitamin atau mineral, ia menawarkan sejumlah kecil kalium manakala, jenama yang bagus pula turut mengandungi asid amino dan antioksidan.

2. Membantu membunuh bakteria berbahaya

Cuka boleh membunuh patogen termasuklah bakteria.

Manusia telah menggunakan cuka untuk membersih dan menyahjangkitan. Merawat kulat kuku, kutu, kudis, dan jangkitan telinga secara tradisional. Malah, ayah kepada perubatan moden, Hippocrates menggunakan cuka untuk membersihkan luka lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Cuka juga merupakan bahan pengawet makanan yang bagus. Kajian telah menunjukkan bahawa ia menghalang bakteria seperti E.coli daripada bercambah dan merosakkan makanan. Sekiranya anda mencari cara semulajadi untuk mengawet makanan anda, anda boleh menggunakan cuka sider epal.

Selain itu, laporan anekdot turut mencatatkan bahawa cuka ini boleh membantu masalah jerawat jika diletakkan pada kulit, namun tiada kajian yang sahih mengenai hal ini.

3. Mengurangkan tahap gula darah dan mengurus penyakit kencing manis

Sehinggga kini, salah satu daripada penggunaan cuka yang meyakinkan adalah merawat kencing manis jenis 2.

Kencing manis jenis 2 dikategorikan sebagai peningkatan gula darah yang disebabkan oleh rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk menghasilkan insulin.

Walau bagaimanapun, individu yang tidak mempunyai kencing manis boleh mendaapatkan manfaat daripada cuka dengan cara mengawal kadar gula dalam darah pada tahap normal.

Namun begitu, skeiranya anda sedang mengambil ubat menurunkan tahap gula darah, periksalah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil cuka sider epal atau rawatan alternatif yang lain.  

4. Menurunkan berat badan

Percaya atau tidak, kajian telah menunjukkan bahawa cuka boleh membantu menurunkan berat badan seseorang.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan cuka dapat meningkatkan rasa kenyang kepada peserta yang terlibat. Hal ini mengakibatkan mereka makan lebih sikit kalori justeru itu berat mereka turut berkurang.

Sebagai contoh, menurut satu kajian, mengambil cuka bersama hidangan tinggi serat boleh meningkatkan rasa kenyang sehingga menyebabkan peserta makan sedikit kalori sepanjang hari.

Kesimpulannya, cuka sider epal mungkin menyumbang kepada penurunan berat badan dengan membuatkan seseorang berasa kenyang, mengurangkan gula darah dan menurunkan tahap insulin.

Secara khusus, cuka ini hanya mengandungi 3 kalori bagi setiap sudu besar cuka tersebut.

5. Meningkatkan kesihatan jantung

Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab utama kematian di serata dunia.

Beberapa faktor biologi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Kajian yang dijalankan mengesyorkan bahawa cuka sider epal boleh menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida serta sesetengah faktor risiko penyakit jantung yang lain.

Dalam kajian yang lain pula, pihak penyelidik telah menunjukkan cuka sebagai agen yang baik untuk mengurangkan tekanan darah, iaitu faktor risiko utama bagi penyakit jantung dan masalah buah pinggang.

6. Membaiki kesihatan kulit

Cuka sider epal merupakan petua yang tidak asing dalam merawat masalah kulit seperti kulit kering dan ekzema.

Secara lahiriah, kulit adalah sedikit berasid. Menggunakan cuka sider epal sebagai rawatan topikal membantu menyeimbangkan pH semulajadi kulit disamping itu memperbaiki ‘protective barrier’ kulit anda.

Dalam erti kata lain, sabun beralkali dan pembersih boleh menjejaskan ekzema sehingga mengakibatkan simptomnya menjadi lebih teruk. Oleh kerana cuka ini mempunyai ciri antibakteria, secara teori, ia boleh menghalang jangkitan kulit yang berkaitan dengan ekzema dan sebagainya.

Sesetengah individu menggunakan cuka sider epal sebagai pembersih muka atau toner. Ideanya? Ia boleh membunuh bakteria dan menghalang pembentukan bintik-bintik hitam.

Walau bagaimanapun, satu kajian terhadap 22 individu yang mempunyai ekzema menunjukkan bahawa cuka tersebut tidak membantu keadaan kulit mereka malah, ekzema menjadi semakin teruk.

Berundinglah dengan doktor anda sebelum menggunakan petua baru lebih-lebih lagi pada kulit yang terjejas.  

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/6-proven-health-benefits-of-apple-cider-vinegar

https://www.asweetpeachef.com/benefits-of-apple-cider-vinegar

https://www.singlecare.com/blog/apple-cider-vinegar/

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/diet/apple-cider-vinegar-nutrition-facts-health-benefits-risks-more

Summary
6 Kebaikan Cuka Sider Epal Terhadap Kesihatan Anda
Article Name
6 Kebaikan Cuka Sider Epal Terhadap Kesihatan Anda
Description
Cuka sider epal merupakan petua rumah yang terkenal. Ia telah digunakan oleh manusia sejak berkurun lamanya dalam masakan dan perubatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: