Ubat sakit tekak
Sakit tekak biasanya berlaku kerana jangkitan virus disebabkan demam ataupun selesema. Ia boleh dilegakan dengan ubat sakit tekak yang boleh dibeli di farmasi atau kedai berdekatan.

Sakit tekak biasanya berlaku kerana jangkitan virus disebabkan demam ataupun selesema. Biasanya, anda akan mengalami sakit tekak bersama batuk dan selesema sekali gus sekiranya anda demam dan kesihatan anda merosot.

Namun, bagi mendapatkan kelegaan yang cepat, individu biasanya mendapatkan ubat hisap yang boleh dibeli di farmasi berdekatan mahupun di kedai-kedai runcit tertentu. Ia bukan sahaja boleh dibawa ke mana-mana sahaja, malah ia juga murah.

Sekarang, jom lihat antara 6 jenis ubat tekak yang popular di farmasi Malaysia.

1. Strepsils

Kredit: https://www.atoz2u.com/strepsils-soothing-honey-lemon-lozenge-24s

Antara jenis ubat Strepsils yang baik untuk melegakan sakit tekak adalah ‘Strepsils Soothing’ dan juga ‘Strepsils Honey & Lemon’. Bagi yang mengandungi madu dan lemon, ini semenangnya adalah pilihan yang baik kerana kombinasi kedua-dua bahan antiseptik ini dapat melegakan sakit tekak anda dengan cepat. Jenis ‘soothing’ pula memberikan kelegaan dengan rasa yang sejuk pada tekak.

2. Dequadin

Kredit: https://shopee.com.my/Dequadin-Lozenges-6-x-4%27s-(Citrus-Flavour)-i.5123775.1924733231

Setiap satu pil Dequadin mengandungi Dequalinium Cloride, agen anti-bakteria dan anti-kuman yang menjadikannya efektif untuk melawan bakteria penyebab sakit tekak. Dengan perisa oren yang enak dan manis kerana diperbuat berdasarkan sucrose, ia pastinya menjadi pilihan ubat sakit tekak anda.

3. WOODS’ Peppermint Lozenges

Kredit: https://clicks.co.za/woods_peppermint-lozenges-18-lozenges/p/547620

Ubat WOODS’ sememangnya terkenal dalam kalangan individu walaupun memiliki perasa yang kurang enak. Namun, ia sememangnya dapat membantu memberikan kelegaan pada tekak yang meradang dalam waktu yang singkat.

4. Fisherman’s Friend

Kredit: https://shopee.com.my/Fisherman%27s-Friend-21-Lozenges-(Apple-Original-Cherry-Mandarin-Mint-Citrus)-i.33281857.673674397

Ia bukan sahaja boleh melegakan sakit tekak, malah ia juga sesuai diambil ketika anda batuk. Walaupun rasanya tidak begitu enak, namun ia ternyata berkesan dalam melegakan sakit tekak. Bagi mereka yang tidak menyukai rasanya yang sedikit pahit, anda boleh minum sedikit air apabila mengambilnya.

5. Difflam

Kredit: https://www.ebay.com/itm/Difflam-Sore-Throat-Lozenges-Sugar-Free-Raspberry-16-Antibacterial-/263346610157

Ubat sakit tekak jenama Difflam mempunyai sifat anti-keradangan yang boleh memberi kelegaan pada sakit tekak termasuklah ‘pharyngitis’ iaitu keradangan di bahagian belakang tekak. Kandungan Benzydamine HCl dalamnya juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak di tekak anda. Anda boleh memilih jenis yang berbeza mengikut keadaan dan keperluan anda.

6. HUDSON’S Eumenthol Jujubes

Kredit: https://shopee.com.my/Hudson%27s-Eumenthol-Jujubes-Tin-50g-(Classic-Or-Honey-Lemon)-i.5123775.912489264

Dengan formula khas di dalamnya, ia dapat memberikan kesan positif yang melegakan kesakitan dan menyegarkan tekak anda. Malah, ia juga menjadikan nafas anda berbau lebih segar daripada sebelumnya. Mempunyai dua jenis iaitu ‘Classic’ atau ‘Honey lemon’, anda boleh mencuba mana-mana yang anda suka dan sesuai dengan cita rasa anda.

Summary
Ubat Sakit Tekak
Article Name
Ubat Sakit Tekak
Description
Bagi mendapatkan kelegaan sakit tekak yang cepat, individu biasanya mendapatkan ubat hisap yang boleh dibeli di farmasi berdekatan mahupun di kedai-kedai runcit tertentu. Jom lihat beberapa jenis ubat sakit tekak yang terkenal di pasaran.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: