ubat lawas
Ubat lawas adalah ubat yang membantu melegakan sembelit atau mengosongkan usus besar sebelum sesuatu prosedur atau pembedahan termasuklah usus bawah.

Ubat lawas adalah ubat yang membantu melegakan sembelit atau mengosongkan usus besar sebelum sesuatu prosedur atau pembedahan termasuklah usus bawah. Ini juga bertujuan untuk melonggarkan najis dan meningkatkan pergerakan usus.

Terdapat beberapa jenis berbeza dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam keadaan tertentu. Sesetengah melembutkan dan melonggarkan najis manakala yang lain meningkatkan berapa kerap kolon besar mengecut, membantu mengerakkan najis melalui usus.

Ubat lawas juga dipanggil sebagai julap atau laksatif.

Kegunaan ubat lawas

Ubat lawas digunakan untuk :

Sesetengah ubat lawas mungkin digunakan sebagai langkah pencegahan di kalangan individu yang berisiko mengalami sembelit untuk mengurangkan risiko berlakunya sembelit.

Namun begitu, makan makanan sihat yang dipenuhi dengan buah segar, sayur – sayuran dan produk bijian penuh serta senaman yang kerap dan minum air sekurang – kurangnya 8 cawan air sehari boleh membantu mencegah sembelit di kalangan kebanyakan individu.

Bagaimana ubat lawas berfungsi

– Julap berbentuk pukal (Bulk forming laxatives)

Ia melegakan sembelit dengan membentuk najis yang lembut, pukal dan menggalakkan pengecutan otot usus untuk memudahkan pembuangan najis.

Ia secara umumnya dianggap sebagai sebagai ubat lawas yang selamat dan membantu pesakit yang mempunyai najis yang sedikit dan keras.

Namun begitu, ia tidak berfungsi sehingga selepas beberapa hari diambil dan dimakan malah pesakit perlu minum air yang banyak. Contoh julap pukal seperti bran, ispaghula, metilselulosa, psyllium dan sterculia.

– Julap perangsang

Ia mempercepatkan pergerakan usus dengan merangsang pengecutan otot usus. Contoh julap perangsang adalah bisacodyl, senna dan sodium picosulfate.

Ia mula menunjukkan tindak balas dalam masa 6 hingga 12 jam adalah lebih cepat daripada julap pukal dan selalunya diberikan pada waktu malam untuk membantu menghasilkan pergerakan usus pada pagi esoknya.

– Julap osmotik

Ubat lawas jenis ini melembutkan najis dengan meningkatkan jumlah air di dalam usus kecil dan usus besar (kolon), dengan meningkatkan saiz dan kelenturan najis.

Contohnya termasuklah makrogol, julap garam seperti magnesium hidroksida dan menyerap gula dengan perlahan seperti laktulosa atau sorbitol.

– Pelembut najis

Pelembut najis menambahkan kelembapan pada najis dan membuatkan ia lembut dan mudah melalui keluar daripada badan. Docusate adalah salah satu contohnya.

Mereka memudahkan pesakit yang mengalami buasir dan fisur dubur atau mereka yang mengalami kesukaran membuang air besar serta penghidap penyakit berbahaya seperti warga emas atau mereka yang mengalami penyakit kardiovaskular.

Jenama Ubat Lawas

– Beacolux Laxative Tablet for Constipation

Cara penggunaan untuk dewasa – 2 tablet diambil pada waktu tidur untuk menghasilkan 1 atau 2 tindak balas pada keesokkan paginya. Jika diambil setengah jam sebelum sarapan, kesannya akan berlaku pada 5 jam kemudian. Dalam kes yang serius berkaitan sembelit, dos akan ditingkatkan kepada 4 tablet.

– Senokot Tablet

Cara penggunaan orang dewasa dan kanak – kanak berusia 12 tahun ke atas : 2 – 4 tablet

  • Bagi kanak – kanak 6 tahun ke atas : 1 – 2 tablet

Senokot selalunya bertindak balas dalam 8 – 12 jam. Dos boleh diulang pada setiap hari sehingga pergerakan usus kembali pulih.

– Forlax 10g

Kandungan setiap paket mestilah dilarutkan ke dalam setiap gelas air untuk pengambilan secara oral. Bagi kanak – kanak rawatan tidak sepatutnya melebihi 3 bulan.

  • Penggunaan – dos yang disarankan : 1 – 2 peket sehari.

– Atomic Enema

Dos penggunaan (Untuk penggunaan secara rektum sahaja)

  • Bagi individu dewasa : 20 – 40 ml pada sehari sekali
  • Bagi kanak – kanak : 10 – 20 ml sehari sekali.

– Dulcolax Tab

Dos yang diambil bagi individu dewasa dan kanak – kanak 10 tahun ke atas : 1 -2 tablet bersalut (5 – 10 mg)

  • Dos untuk kanak – kanak berumur 4 – 10 tahun : 1 tablet (5 mg)

– YSP Lactul Solution

Cara penggunaan ubat lawas / Dos

  • Individu dewasa : 15 – 30 ml setiap hari di dalam satu dos atau 2 dos yang dibahagi
  • Kanak – kanak:

a) 6 – 12 tahun : 20 ml setiap hari

b) 1 – 5 tahun : 10 ml setiap hari

c) 1 tahun ke bawah : 5 ml setiap hari

Kesan Sampingan Ubat Lawas

Semua ubat lawas berisiko menyebabkan cirit birit meskipun kesan sampingan lain adalah berbeza bergantung pada jenis ubat lawas yang diambil. Kesan sampingan selalunya berkait dengan setiap jenis ubat lawas berbeza. Berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku kerana jenis julap yang boleh diberi :

– Ubat Lawas Osmotil Oral

Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah :

  • Kembung
  • Bergas
  • Kejang
  • Cirit birit
  • Rasa dahaga
  • Mual

– Julap Oral berbentuk pukal

Antara kesan sampingan ubat lawas ini seperti :

  • Kembung
  • Bergas
  • Kejang
  • Meningkatkan sembelit (jika tidak diambil dengan air yang mencukupi)

– Pelembut najis oral

Kemungkinan kesan sampingan yang berlaku disebabkan ubat lawas ini adalah :

  • Najis longgar (najis keluar dengan sendiri)

– Julap Perangsang Oral

Kesan sampingan seperti :

– Suppositori rektum

Kesan kebarangkalian berlaku bagi ubat lawas ini seperti :

  • Kejang
  • Cirit birit
  • Iritasi rektum

– Pelincir

Apabila diguna dalam tempoh masa yang lama, ubat lawas berasaskan minyak mungkin :

  • Mencegah penyerapan vitamin lemak larut daripada usus ke dalam saluran darah
  • Mempengaruhi penyerapan ubat lain

– Lubriprostone

Di antara kesan sampingan yang mungkin berlaku :

  • Pening kepala
  • Mual
  • Cirit birit yang teruk

– Plecanatide

Kesan sampingan bagi ubat lawas ini adalah seperti :

  • Cirit birit serius
  • Perubahan air kencing
  • Bergas
  • Rasa sakit
  • Mual

Kesan Sampingan Ubat Lawas Yang Serius

Apabila anda mengalami sembelit dan menggunakan ubat lawas, lakukan temu janji untuk berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami perubahan pada pergerakan usus yang tidak diketahui atau sembelit yang sangat lama lebih daripada 7 hari (meskipun dengan menggunakan julap).

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami :

  • Pendarahan rektum
  • Najis berdarah
  • Kejang atau rasa sakit yang teruk
  • Rasa lemah atau penat yang luar biasa
  • Pening lalat
  • Kekeliruan
  • Ruam kulit atau gatal – gatal
  • Sukar untuk menelan (terasa ada ketulan pada tekak)
  • Degupan jantung yang tidak teratur

Selamat atau tidak?

Ubat lawas memberikan anda jalan sementara untuk meningkatkan pergerakan usus atau melembutkan najis. Namun begitu, jika disalah gunakan atau terlebih dos penggunaan, ia boleh menyebabkan masalah seperti sembelit kronik.

Julap tidak sepatutnya digunakan di kalangan individu yang disyaki mengalami gangguan usus atau apendiks. Penggunaan ubat lawas berlebihan dan mengambil sesetengah julap seperti ejen pukal tanpa air yang cukup boleh juga meningkatkan risiko gangguan usus.

Pengambilan julap berasaskan serat perlu ditingkatkan secara berkala sehingga kesan yang diinginkan berlaku berbanding mengambil terus kuantiti yang besar pada satu masa.

Bagi rawatan sembelit secara berkala, anda mempunyai pilihan yang lebih selamat serta efektif. Jika anda berniat untuk menggunakannya, baca label arahan dengan berhati – hati dan teliti serta hanya menggunakannya seperti diarahkan sahaja.

Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk membantu memilih ubat lawas yang tidak akan berinteraksi dengan ubat yang diambil anda, jika tidak ia akan memberikan mudarat kepada anda.

SUMBER

https://www.drugs.com/drug-class/laxatives.html

https://www.healthline.com/health/laxatives-side-effects

http://www.myhealth.gov.my/en/laxatives-for-constipation/

GUARDIAN

Summary
6 Jenama Ubat Lawas Di Farmasi, Cara Penggunaan Serta Kesan Sampingan
Article Name
6 Jenama Ubat Lawas Di Farmasi, Cara Penggunaan Serta Kesan Sampingan
Description
Ubat lawas adalah ubat yang membantu melegakan sembelit atau mengosongkan usus besar sebelum sesuatu prosedur atau pembedahan termasuklah usus bawah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: