face steamer
Melabur dalam ‘face steamer’ adalah kaedah terbaik untuk membawa spa ke rumah anda. Bukan hanya anda boleh memanjakan diri di rumah, tetapi ia juga akan memberikan kesan mengagumkan pada kulit anda. Penggunaan wap sebenarnya membantu membuka pori-pori, menghilangkan kekotoran dan menaikkan seri wajah anda.

Anda mencari cara untuk “meningkatkan” permainan penjagaan kulit anda tanpa harga yang tinggi? Mengewap wajah adalah rawatan kulit yang membersihkan, menyuburkan dan terasa seperti anda dilayan dengan mewah.

Melabur dalam ‘face steamer’ adalah kaedah terbaik untuk membawa spa ke rumah anda. Bukan hanya anda boleh memanjakan diri di rumah, tetapi ia juga akan memberikan kesan mengagumkan pada kulit anda. Penggunaan wap sebenarnya membantu membuka pori-pori, menghilangkan kekotoran dan menaikkan seri wajah anda.

Oleh itu, mari kita lihat beberapa ‘face steamer’ terkenal yang anda patut dapatkan.

1. Panasonic Facial Steamer EH-SA31VP

‘Facial steamer’ ini mempunyai wap nano-ionik, yang lebih mudah diserap oleh kulit anda dan menembusi kulit lebih dalam daripada jenis wap biasa lain. Ia, melembapkan, melembutkan dan menghilangkan solekan, kotoran dan minyak dengan zarah wap ion bersaiz nano. Gunakannya selama 6 minit sebelum mula bersolek dan anda boleh mencapai tahap solekan yang tahan lama dengan sempurna!

Namun, harganya mungkin agak mahal, tetapi jika anda ingin melabur dalam alat yang berkualiti tinggi dan profesional, ini adalah jenis yang terbaik di pasaran.

Anggaran harga: RM 590+

2. Okachi Gliya Facial Steamer

Jenis ini dikatakan antara yang terbaik kerana ia kelihatan seperti seni moden dan itu adalah kelebihan besar kerana ia boleh menghiasi ruang bilik tidur anda dengan cantik. Malah, ia juga hanya mengambil masa kira-kira 30 saat untuk menghasilkan wap.

Dengan ciri nano ionik yang maju, ia secara senyap dan berkesan menukarkan air bersih menjadi zarah mikro halus untuk menghasilkan kabus yang lebih kuat dan konsisten. Ini adalah penting bagi menutupi seluruh wajah anda, dengan kesan pelembap 10 kali lebih berkesan.

Anggaran harga: RM 350+

3. Sokany Facial Ionic Steamer

Bersihkan kulit anda dengan selesa di rumah anda dengan ‘facial steamer’ yang selesa ini! Ia berkesan dalam membuka liang pori, menggunakan teknologi nano-ionik yang menghasilkan wap berskala nano yang mudah diserap oleh kulit.

Malah, ia juga mengaktifkan faktor ‘hydrophilic’ dan “mengisi” kembali air di kulit anda untuk mempromosikan pertumbuhan semula kolagen. Ia dapat melembutkan kulit, memulihkan kulit yang halus serta meningkatkan daya serapan nutrisi kulit. Di sampingan itu, ia juga dapat menghilangkan lapisan logam, melemahkan bintik-bintik berpigmen, membunuh bakteria kulit dan menghalang pembentukan jerawat.

Anggaran harga: RM 70+

4. OLAXER Facial Steamer with Aromatherapy Basket

Alat ini membersihkan pori-pori anda dengan mendalam dan mengekalkan kelembapan kulit pada masa yang sama dengan mod bergandanya! Menggabungkan kabus panas dan sejuk, ia secara berkesan menghilangkan kotoran dari liang pori anda dengan kabus panas dan melembapkan dan mengecilkan liang pori anda dengan wap sejuk.

Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh menggunakannya sebagai pelembap aromaterapi! Anda hanya perlu mengeluarkan bekas aromaterapi dan isikannya dengan beberapa potongan buah segar atau 2-3 titisan minyak pati, dan ia boleh berfungsi sebagai pelembap aromaterapi.

Anggaran harga: RM 240+

5. Fujicom Deep Clean Facial Sauna Steamer

Anda berasa kurang sihat? Cubalah rawatan di rumah ini untuk menenangkan masalah resdung dan selesema. Mengandungi kon muka dan hidung, ia boleh membersihkan liang dan saluran hidung dengan kabut yang lembut.

Malah, alat ini juga sesuai untuk individu dengan kulit kering, berminyak dan sensitif. Yakinlah bahawa anda akan berasa segar selepas satu kali penggunaan.

Anggaran harga: RM 50+

6. Portable Ozone Sauna and Spa Facial Steamer

Kekalkan kulit yang bersih di mana sahaja dengan ‘face steamer’ mudah alih yang ringan ini! Ia membersihkan liang pori, menenangkan dan menghidrat kulit di mana sahaja anda berada. Jangan sesekali lupakan penjagaan kulit anda walaupun ketika melancong atau bercuti ke tempat lain!

Anggaran harga: RM 45+

JADI,

Menggunakan ‘face steamer’ setiap minggu adalah cara terbaik untuk bersantai sambil mempromosikan kulit yang sihat. Tetapi, pastikan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu jika anda mempunyai keadaan kulit yang meradang.

Kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk kulit yang mudah mendapat rosacea kerana wap panasnya boleh menyebabkan pelebaran saluran darah, menyebabkan kemerahan. Tambahan lagi, ini bukanlah idea yang baik untuk individu yang mempunyai kulit kering atau ekzema kerana minyak semula jadi kulit akan berkurangan.

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/16111/best-facial-steamer-malaysia

https://www.cosmopolitan.com/style-beauty/beauty/g32628440/best-facial-steamer

https://www.harpersbazaar.com/beauty/skin-care/g33669052/best-facial-steamers/

https://blog.drdennisgross.com/2020/04/29/how-to-use-a-facial-steamer-at-home/

Summary
6 Face steamer yang laris di pasaran
Article Name
6 Face steamer yang laris di pasaran
Description
Melabur dalam ‘face steamer’ adalah kaedah terbaik untuk membawa spa ke rumah anda. Bukan hanya anda boleh memanjakan diri di rumah, tetapi ia juga akan memberikan kesan mengagumkan pada kulit anda. Penggunaan wap sebenarnya membantu membuka pori-pori, menghilangkan kekotoran dan menaikkan seri wajah anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: