pengurangan MARA

6 cara pengurangan MARA 2021 khususnya pinjaman pelajaran adalah sangat mudah, senang, cepat dan anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Semua perkara hanya perlu diselesaikan di hujung jari.

Tahniah diucapkan kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran di institusi pengajian tinggi ,terutama yang berjaya dengan hasil bantuan pinjaman pelajaran MARA pada tahun ini.

Jangan risau, jika markah Purata Mata Gred Kumulatif (PNGK) anda tinggi. Anda di beri peluang untuk membayar semula pinjaman pelajaran mara secara diskaun.

Kadar pengurangan MARA 2021 akan berubah mengikut masa tertakluk kepada pihak MARA.

Berikut adalah informasi berkaitan dengan Kadar dan syarat serta cara untuk pengurangan MARA 2021 secara bayar balik bagi pinjaman pelajaran

Kadar pengurangan MARA 2021 secara bayar balik bagi pinjaman pelajaran mengikut tahap pencapaian CGPA terakhir pada setiap peringkat pengajian:

pengurangan MARA

Terdapat 3 Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:

  • Surat tawaran pinjaman perlu bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas

Surat tawaran pinjaman perlu bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas. Manakala pengecualian diberikan terhadap pelajar  tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana atau PHD di dalam negara.

  • Lulus Pengajian semasa dalam tempoh penajaan MARA

Pelajar perlu lulus Pengajian semasa dalam tempoh penajaan MARA. Anda perlu lulus menamatkan pelajaran dalam tempoh masa yang diberikan . anda sangat beruntung jika anda berjaya memperoleh skor markah tertinggi dalam ijazah pertama kerana anda hanya perlu bayar 15% daripada pinjaman mara anda.

  • Permohonan perlu disahkan

Permohonan perlu disahkan oleh majikan atau penghulu atau ketua kampung ,juga anda harus kepilkan sekali salinan dokumen-dokumen bersama pengesahan cop rasmi.

  1. Transkrip penuh
  2. Skrol yang berkaitan seperti sijil, diploma dan ijazah.

Cara pengurangan MARA 2021

Langkah pengurangan MARA 2021 secara khusus bagi pelajaran pelajaran adalah:

  • Periksa tunggakan e-baki

Pertama ,cara pengurangan MARA 2021 adalah anda perlu periksa tunggakan melalui e-baki  untuk melihat berapa jumlah tertunggak yang anda perlu langsaikan. Anda hanya perlu ke laman sesawang ‘E-Conversion’, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang anda guna semasa pendaftaran dahulu.

Kemudian anda tekan klik ‘log masuk’. Jika anda lupa kata laluan, anda hanya perlu tekan ‘lupa kata laluan’. Kata laluan anda akan diberi melalui e-mel anda.

pengurangan MARA
  • Selesaikan hutang tunggakan dahulu

Kedua, cara pengurangan MARA 2021 adalah selesaikan hutang tunggakan dahulu jika anda ingin membuat pengurangan MARA 2021 khususnya pinjaman pelajaran . Seperti contoh, jika anda mempunyai tunggakan selama 5 bulan, anda perlu membuat jalan pengiraan seperti di bawah dan bersegeralah untuk melangsaikan hutang tersebut.

Komitmen bulanan:

1 bulan x RM100

5 bulan x RM100 : RM 500

Maka ,anda perlu langsaikan RM 500 dahulu, baru anda boleh meminta untuk kadar pengurangan untuk bayar balik jika anda layak .

Pembayaran tunggakan boleh di bayar melalui MARAeps sama ada di laman sesawang atau muat turun aplikasi. Untuk log masuk ,anda hanya perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan seperti di bawah:

pengurangan MARA

Mudah dan cepat kan. Anda tidak perlu risau dan beratur panjang untuk membuat pembayaran melalui kaunter pembayaran. Semua database anda tersimpan rapi dalam platform tersebut.

  • Bayar komitmen sebelum bayaran ‘Conversion ‘

Ketiga, cara pengurangan MARA 2021 adalah anda perlu membayar komitmen sebelum anda membuat pembayaran ‘Conversion ‘ sebanyak RM 300. Bayaran komitmen tersebut boleh disalurkan melalui laman sesawang MARAeps.

pengurangan MARA

kemudian, anda hanya perlu  ‘screenshot’ dan memuat naik resit bayaran anda sebagai bukti anda telah bayar. sebagai peringatan, pastikan gambar resit tersebut jelas untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Jangan lupa untuk melengkapkan butiran yang di minta seperti no. Rujukan dan tarikh pembayaran ya.

  • Buat pengesahan transkrip dan skrol

Keempat, cara pengurangan MARA 2021 adalah sebelum anda buat pengesahan transkrip dan skrol , anda perlu memuat naik dan mencetak salinan semua dokumen yang diperlukan. Kemudian, anda perlu bawa salinan dokumen tersebut untuk disahkan sama ada pengesahan daripada majikan atau penghulu atau ketua kampung.

Terutamanya bagi pemohon daripada luar bandar, anda hanya perlu meminta pengesahan daripada ketua kampung. Mudah bukan? Selepas itu, semua dokumen yang disahkan perlu di muat naik dan di hantar ke laman sesawang E-Conversion.

  • Log masuk E-Conversion

Kelima, cara pengurangan MARA 2021 adalah anda perlu masuk semula ke laman sesawang E-Conversion untuk melengkapkan butiran peribadi dan pelajaran anda. Jika anda sudah bekerja, anda perlu lengkap butiran pekerjaan anda. Kemudian, anda perlu melengkapkan butiran pelajaran dan  fakulti anda.

Seterusnya, anda harus memuat naikkan dokumen yang bersaiz tidak melebihi 5mbyang diminta seperti transkrip akademik penuh dan skrol  yang telah disahkan, kemudian baru klik pada pautan ‘upload dokumen’.

Pastikan dokumen berjaya di muat naik ya. Jika anda tiada masalah dan yakin semuanya sudah selesai. Anda hanya perlu klik pautan selesai untuk ke fasa paparan penuh pengguna untuk semakan jika ada masih butiran yang tidak lengkap.

Permohonan lengkap akan diproses dan anda hanya perlu menyemak pada status ikon.

Jika anda membuat semakan pada status permohonan dan mendapati ia tidak lengkap.

Anda hanya perlu klik pada ‘kemaskini kelayakan’. Selesai. Jangan lupa untuk cetak permohonan sebagai rujukan pada masa hadapan.

  • Periksa maklum balas MARA

Keenam, cara pengurangan MARA 2021 adalah anda perlu rajinkan diri untuk periksa maklum balas daripada MARA. Kebiasaannya dalam tempoh 2 minggu, itu adalah tempoh minimum yang diberikan untuk semak status permohonan. Anda boleh menyemak status permohonan di laman sesawang e-baki.

pengurangan MARA

Secara kesimpulan, anda perlu ambil peduli tentang 6 cara pengurangan MARA 2021 yang perlu anda rujuk khususnya bagi pinjaman pelajaran . Dengan bantuan ini, anda pasti tidak ketinggalan dengan informasi-informasi yang terbaru diberikan.

Apabila status permohonan pengurangan MARA 2021 bertukar status lulus, jangan lupa tanggungjawab anda beri komitmen bayar bulan-bulan seperti yang telah anda telah meterai dalam perjanjian kontrak pinjaman pelajaran dahulu. Akhir kata, semoga anda berjaya mencapai impian yang anda inginkan.

SUMBER:

https://zikrihusaini.com/cara-nak-buat-rayuan-pengurangan-bayaran-pinjaman-pelajaran-mara/

https://myraaaaawr.blogspot.com/2020/10/cara-buat-pengurangan-mara-secara.html

https://www.missazwarsyuhada.com/2019/01/cara-apply-pengurangan-mara.html

Summary
6 cara pengurangan MARA  2021
Article Name
6 cara pengurangan MARA 2021
Description
6 cara pengurangan MARA 2021 khususnya pinjaman pelajaran adalah sangat mudah, senang, cepat dan anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Semua perkara hanya perlu diselesaikan di hujung jari.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: