Now Reading
6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia. No 1 bukan lagi dipegang oleh Menara Berkembar Petronas.

6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia. No 1 bukan lagi dipegang oleh Menara Berkembar Petronas.

Bangunan Tertinggi di Malaysia

Malaysia memang sukakan bangunan pencakar langit yang tersergam indah menggapai awan. Boleh dikatakan bangunan pencakar langit adalah Lambang kebanggaan dan kejayaan sesebuah negara. Jadi, kali ini kami mahu bawa anda jalan-jalan dan meneroka antara bangunan tertinggi di Malaysia. Berikut adalah 6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia

6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia

The Astaka Tower A, Johor Bahru

Your ideal holiday home: The Astaka, Southeast Asia's tallest residential  tower and the most luxurious freehold development in Johor Bahru - Robb  Report Singapore
  • Ketinggian: 278.8 meter (915 kaki)
  • Tarikh siap dibina: 2018

Astaka Tower A adalah salah satu daripada dua bangunan yang menaikkan seri latar langit di Johor Bahru, membentuk sebuah kompleks kondominium mewah yang menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar Johor Bharu untuk penghuninya.

Pembangunan ini merupakan salah satu tunjang untuk pelabur asing, dengan sebilangan besar harta yang dibeli adalah dari Singapura.

Bangunan ini menempatkan lebih 400 unit kediaman, Dengan penthouse mewah berkeluasan lebih dari 5,000 kaki persegi, Astaka benar-benar menawarkan pembelinya pengalaman hidup yang serba mewah. pembangunan oleh One Bukit Senyum ini juga merupakan sebuah hotel, ruang runcit F&B, suite pejabat, dan menara pejabat perniagaan khusus.

Menara Telekom, KL

UPDATED] Telekom Malaysia's iconic Menara TM building is up for sale -  SoyaCincau
  • Ketinggian: 310 meter (1,017 kaki)
  • Tarikh siap dibina: 2003

Sinonim dengan rekaan rebung buluh Menara ini terletak di kawasan Lembah Pantai di KL

Menara Telkom terkenal dengan taman gantung yang yang melatar di bahagian luarnya, serta bentuk uniknya yang direka bagi meningkatkan aliran udara dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Kos pembinaannya mencecah sehingga AS$150 juta (atau sekitar RM620 juta)

Selain menjadi pejabat syarikat gergasi tempatan, menara telkom juga menempatkan banyak syarikat multinasional ternama seperti Mercedes-Benz, Unilever, dan Malaysia Airlines, Menara Telekom juga menempatkan kemudahan sukan dan teater dengan kapasiti 2,500 tempat duduk.

Four Seasons Place KL

Four Seasons Place | Branded | KLCC Condominium | Kuala Lumpur City Condos
  • Ketinggian: 342.5 meter (1,124 kaki)
  • Tarikh siap dibina: 2018

Four Seasons Place KL, dibina berdekatan dan sedikit rendah berbanding pesaing utamanya, Menara Berkembar Petronas.

Gabungan pembangunan komersial dan kediaman ini adalah bangunan tertinggi ketiga di Malaysia buat masa sekarang dan merupakan hotel paling tinggi ketiga di dunia.

Dengan ketinggian 65 tingkat di kawasan KLCC, ia adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang mahu menginap dan mencuci mata melihat pemandangan menakjubkan panorama pusat bandar Kuala Lumpur.

Selain sebagai sebuah hotel, kompleks ini menempatkan 242 unit kediaman, dari penginapan satu bilik sehinggalah ke penthouse.

Bayangkan, alamat rumah anda berada di salah satu bangunan tertinggi di Malaysia, pasti mengujakan! Tingkat bawah menara ini juga tersedia pelbagai restoran serta butik yang eksklusif.

Menara Berkembar Petronas, KL

Info dan Gambar Menarik Menara Berkembar KLCC - Azhan.co
  • Ketinggian: 451.9 meter (1,483 kaki)
  • Tarikh siap dibina: 1996

Menara Berkembar ini, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Kedua-dua menara yang dibina bersebelahan ini didirikan di pusat bandar KLCC, sekaligus mewujudkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang ikonik.

Kedua-dua buah menara dan lokaliti setempat di sekitarnya merupakan bahagian penting dalam Pelan Induk KLCC, yang menjadi pemangkin kejayaan untuk pembangunan semula di kawasan pusat bandar.

Menara Berkembar Petronas memecahkan rekod revolusi industri pembinaan di Malaysia, apabila menara ini memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia selama 7 tahun dari tahun 1998 hingga 2004, dan sehingga hari ini menara ini masih memegang gelaran menara berkembar tertinggi di dunia.

Selain menjadi salah satu tarikan utama pelancongan dari luar atau dalam negara, menara ini juga adalah kompleks komersial gergasi yang menempatkan pelbagai pejabat syarikat multinasional seperti  Petronas, Bloomberg, dll.

Tarikan utama di Menara ini sudah tentunya Suria KLCC, dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, ia adalah pusat membeli belah mewah yang menawarkan pengalaman beli belah yang menakjubkan.

The Exchange 106, KL

The Exchange 106 building under construction in Kuala Lumpur, Malaysia. By  'Potraiturejournal' [1342x2048]
  • Ketinggian: 492 meter (1,614 kaki)
  • Tarikh siap dibina: 2019

Menara yang tersergam megah di kawasan Tun Razak Exchange ini adalah bangunan Exchange 106, menara ini mencecah ketinggian hampir 500 meter paras langit di pusat ibu negara.

Menurut anggaran asal rasmi, ketinggiannya lebih 40 meter berbanding Menara Berkembar Petronas, menjadikannya bangunan paling tinggi di Malaysia buat masa ini.

Projek mega ini merangkumi ruang lantai seluas 2.6 juta kaki persegi meliputi 106 tingkat. Dengan ruang dan kapasiti yang besar, kami pasti anda akan sesat disini!.

Kini, Exchange 106 diisytihar sebagai pusat industri kewangan Malaysia yang berkembang pesat, dengan laporan terbaru menunjukkan hampir separuh telah disewakan kepada institusi kewangan utama.

Seperti mana bangunan-bangunan lain di Malaysia, pusat membeli-belah dijangkakan akan dibuka dan akan menjadi tarikan utama di menara ini.

See Also
Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Yang Harus Anda Kunjungi

Menara ini telah dianugerahkan dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), dengan Exchange Mall dijangka siap pada akhir 2021

Merdeka PNB118, KL

World's second-tallest skyscraper Merdeka 118 tops out in Malaysia
  • Ketinggian: 644 meter (2,113 kaki)
  • Tarikh siap dibina: sekitar tahun 2021

Belum pun siap lagi namun menara ini sudah diangkat sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, iaitu Merdeka PNB118 di KL.

Boleh dikatakan PNB118 adalah tarikan terbaru projek pembangunan semula bandar yang juga dikenali sebagai Merdeka 118, yang dibiayai oleh syarikat pelaburan kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sebaik sahaja siap dibina (iaitu dijangka pada tahun ini, 2021), dengan ketinggian 2,000 kaki di udara, hampir separuh lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas.

Projek ini menawarkan ruang seluas lebih daripada 4.3 juta kaki persegi untuk tujuan kediaman, komersial, dan rekreasi.

Pembangunan bervisi ini dijangka akan mewujudkan CBD baru mempesonakan di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ia akan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan, sama seperti pembinaan KLCC dan Menara Petronas yang banyak memberikan impak positif terhadap negara.

Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 sahaja dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion, dengan nilai sebenarnya jauh lebih tinggi, dengan harapan pembangunan ini dapat memberikan kesan positif pada negara dari aktiviti komersial sehinggalah pelancongan.

Inilah visi masa depan Malaysia dalam mencapai satu tahap yang baru! Kami tidak sabar untuk menjejakkan kaki di PNB 118 dan menyentuh awan di puncaknya.

SUMBER:

https://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_tallest_buildings_in_Malaysia

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/bangunan-tertinggi-di-malaysia-45200

error: Content is protected !!