Penderaan emosi
Penderaan emosi adalah satu peralihan bentuk secara diam-diam. Pada permulaan hubungan, pasangan yang baru dikenali akan membuat gerak isyarat romantik yang hebat yang menunjukkan dia mahu bersama dengan anda sentiasa. Namun, di sebalik perlakuannya hanyalah semata-mata untuk memanipulasi anda. Mungkin dengan secara perlahan-lahan memberi kritikan pada gaya anda, menghalang anda daripada berjumpa kawan-kawan anda, atau menimbulkan keraguan pada perasaan anda. Apabila anda berhubung dengan kawan-kawan dan berbincang mengeainya, mereka akan mengatakan perasaan dan firasat anda salah, atau tidak masuk akal.. tak langsung menyebabkan anda sentiasa menyimpan keraguan yang ada pada diri sendiri.

Penderaan emosi adalah sejenis bentuk penyeksaan yang berlaku dalam diam. Sebagai contoh, pada mulanya, pasangan kita mungkin akan melakukan tindakan-tindakan yang romantik serta mengatakan bahawa mereka mahu sentiasa berada dengan anda. Namun, di sebalik semua tindakan itu, mereka hanya ingin memanipulasi anda sahaja. Secara perlahan-lahan mereka mungkin akan mula mengkritik stail anda, melarang anda daripada meluangkan masa bersama rakan ataupun membuatkan anda sentiasa ragu akan diri sendiri.

Menurut pakar, penderaan emosi “tidak kelihatan sama bagi semua hubungan kerana setiap hubungan itu berbeza. Namun begitu, satu persamaan yang boleh dikaitkan adalah individu yang mendera ini akan melakukan pelbagai perkara yang berbeza untuk menjadi lebih berkuasa dan mengawal pasangan mereka”. Perkara tersebut dilalui sendiri oleh enam wanita ini. Mereka bertindak memutuskan hubungan dengan pasangan masing-masing.

Selepas itu, mangsa-mangsa juga berkongsi pengalaman yang menyedarkan serta membuat mereka terjaga setelah sekian lama mengharungi penderaan emosi ini.

“Dia cuba memutarbelitkan dunia realiti saya”

“Saya menjalin hubungan dengan lelaki yang juga merupakan majikan saya. Saya telah cuba untuk memutuskan hubungan kami sejak berbulan yang lalu, namun setiap kali saya berbuat demikian, dia akan memalukan saya di tempat kerja dengan memarahi dan menjerit kepada saya di hadapan klien. Pada suatu malam, dia telah mengancam saya dengan berkata “tidur bersama saya di katil ini atau saya akan rampas pekerjaan awak”. Badan saya terus kaku di situ. Apabila saya menghalaunya keluar, dia bertanya mengapa saya seperti sangat marah kepadanya. Jadi, saya pun mengulangi ugutannya itu tetapi dia menafikan perkara itu dan mengatakan bahawa saya sudah gila. Tindakannya yang selalu memutarbelitkan keadaan realiti saya membuat saya sedar bahawa penderaan emosi yang saya alami ini sudah terlalu teruk hingga menyebabkan saya berhenti kerja. Saya lebih rela hilang pekerjaan daripada hilang waras serta diri saya sendiri”.

“Dia membentuk saya menjadi wanita sempurna seperti yang dia inginkan”

“Sejak awal perhubungan lagi, dia sering mengelak sekiranya saya menggelarnya sebagai teman lelaki saya di tempat awam, tidak suka bercerita mengenainya pada kawan-kawan serta tidak mahu berjumpa dengan keluarga saya. Dengan perlahan-lahan, dia menyakinkan saya untuk membuang pakaian yang saya sukai, mencuba hobi yang baru, mengabaikan keluarga saya serta mengelak daripada kawan-kawan saya sendiri. Ia mungkin kedengaran melampau, tetapi ia berlaku secara halus hinggakan saya tidak menyedari bahawa dia sedang membentuk saya menjadi wanita sempurna seperti yang dia mahu sahaja. Perkara ini mula terbongkar apabila saya pulang ke kampung untuk menyambut hari jadi dan berjumpa rakan-rakan lama. Walaupun saya jauh beribu-ribu batu darinya, saya menolak mengambil minuman kegemaran saya kerana dia tidak suka saya meminum minuman tersebut. Saya berasa takut jika dia tinggalkan saya serta mencederakan saya sekiranya dia tahu akan perkara itu kerana dia tidak suka saya mengambil minuman tersebut. Selepas lapan bulan berhadapan dengan perhubungan yang tidak sihat, saya bertindak menyekat dia daripada segalanya, membuangnya daripada hidup saya dan membuatkan saya rasa bebas dari penderaan emosi.

“Saya seperti berada dalam sebuah perangkap dan takut sekiranya perkara ini akan berlanjutan selamanya”

“Setelah setahun bersama, dia telah menyertai kumpulan askar dan saya hanya mula menyedari betapa teruk penderaaan emosi yang dilakukan setelah dia ditugaskan di negara lain. Apabila hubungan itu menjadi hubungan jarak jauh, kami selalu bergaduh kerana saya terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa bersama seperti yang dia mahukan. Kejadian pada satu malam ini menamatkan segalanya apabila saya keluar bersama rakan dan terlupa untuk menelefonnya setelah saya pulang. Apabila kami berbual keesokan harinya, dia menjerit kepada saya. Saya seperti rasa terperangkap dan ketakutan sekiranya situasi ini akan berterusan selamanya. Jadi, semasa kami sedang berbual. Saya telah memberitahu bahawa hubungan kami sudah tamat, kemudian menyekat (block) dia dan itulah kali terakhir kami berbual bersama”.

“Dia cuba menjauhkan saya daripada semua orang kecuali dirinya”

“Saya tidak menyangka semua perkara berlaku ini adalah betul walaupun selama ini saya tahu bahawa ada yang tidak kena dengan perhubungan kami ini. Satu hari, saya seperti tersedar akan hal ini. Saya telah bertengkar dengan kawan baik saya dan sebalik mendengar luahan hati saya atau memberi nasihat yang betul, dia hanya cuba meyakinkan saya bahawa kawan saya tidak menyukai saya lagi dan saya sebenarnya mengalami penderaan emosi. Perlakuannya itu secara terang-terangan cuba mengasingkan saya daripada orang lain serta memutarbelitkan keadaan benar-benar mengejutkan saya. Selama ini, saya tidak kuat untuk memutuskan hubungan itu kerana dia sentiasa berjanji akan melayan saya dengan lebih baik. Namun, saya sudah sedia kali ini dan bertindak memutuskan hubungan kami melalui telefon. Saya sudah tidak kesah akan bercakap secara baik atau sopan lagi ketika itu. Apabila anda berada dalam situasi sebegini, dan anda takut pasangan anda akan mengatakan sesuatu untuk memanipulasi anda agar berasa bersalah, lakukan sahaja apa yang anda harus lakukan. Sehingga kini, saya tidak pernah rasa menyesal memutuskan hubungan itu”.

“Dia sering menuduh saya berjumpa dengan lelaki lain”

“Seminggu setelah saya bertemunya, teman lelaki saya telah mengaku bahawa dia sayangkan saya dan meminta saya menjadi kekasihnya. Dia juga mahukan saya berhenti bercakap tentang lelaki lain. Setelah itu, teman lelaki saya sering menuduh saya berjumpa dengan lelaki lain dan menipu padanya apabila saya mengatakan yang sebaliknya. Dia seperti sudah berjaya mengawal mental dan emosi saya. Sebahagian diri ini tahu bahawa dia sedang memanipulasi serta bermain dengan perasaan saya, tapi saya tidak kuat untuk tinggalkan dia. Perkara ini akhirnya menjadi makin teruk apabila saya mendapat tahu bahawa dia sudah banyak kali tidur dengan perempuan lain. Perasaan marah dan ketakutan yang saya rasai selama ini sudah cukup untuk membuatkan saya putuskan hubungan itu. Saya juga berasa lebih kuat sekarang dan tidak pernah toleh belakang pada kisah lama”.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/signs-of-mental-abuse

https://www.verywellmind.com/identify-and-cope-with-emotional-abuse-4156673

https://www.psychologytoday.com/us/blog/traversing-the-inner-terrain/201609/when-is-it-emotional-abuse

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325792

Summary
5 Wanita Dedahkan Saat-Saat Alami Penderaan Emosi
Article Name
5 Wanita Dedahkan Saat-Saat Alami Penderaan Emosi
Description
Penderaan emosi adalah satu peralihan bentuk secara diam-diam. Pada permulaan hubungan, pasangan yang baru dikenali akan membuat gerak isyarat romantik yang hebat yang menunjukkan dia mahu bersama dengan anda sentiasa. Namun, di sebalik perlakuannya hanyalah semata-mata untuk memanipulasi anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: