5 Tips Terbaik Untuk Kempiskan Perut Anda
Pada zaman ini, ramai yang ingin mempunyai badan cantik dan sudah tentunya perut yang kempis.

Pada zaman ini, ramai yang ingin mempunyai badan cantik dan sudah tentunya perut yang kempis. Namun matlamat ini sering tidak tercapai dek kerana pengumpulan lemak berlebihan di bahagian badan tertentu terutamanya di perut anda.

Kehadiran lemak di dalam perut boleh menjejaskan kehidupan harian anda. Bukan sahaja dari segi penampilan, namun ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit jangka panjang seperti penyakit jantung, kencing manis jenis 2, dan tekanan darah tinggi.

Menjalani diet yang betul dan bersenam secara berkala merupakan kaedah paling berkesan untuk mengurangkan lemak dalam perut. Selain itu, melakukan beberapa tips di rumah juga boleh membantu anda mencapai matlamat tersebut. Berikut merupakan beberapa tips kempis perut yang boleh anda cuba mulai hari ini:

1. Minum banyak air

Minum air sebanyak 8 gelas sehari bukan sahaja membantu proses pencernaan anda tetapi ia juga meningkatkan kadar metabolism badan dan mengurangkan perut kembung. Jauhi minuman manis, sebaliknya gantikan dengan air kosong untuk mengurangkan pengambilan kalori anda. Jika air kosong adalah tidak menarik, tambah lemon atau limau untuk meningkatkan selera anda.

2. Makan makanan berempah

Makan makanan berempah yang mengandungi kunyit boleh mengurangkan lemak di perut anda. Kunyit mengandungi sejenis bahan digelar curcumin yang mempunyai diri antiradang. Memasukkan curcumin dalam diet anda merupakan cara berkesan untuk menghilangkan lemak di perut kerana ia memberi anda metabolism yang sihat. Untuk hasil terbaik, pastikan kunyit yang dipilih mengandungi 96 peratus curcumin.  

3. Tingkatkan pengambilan protein

Cara mudah untuk mengurangkan lemak di perut adalah meningkatkan pengambilan protein dan mengurangkan pengambilan karbohidrat anda. Protein bagus untuk menstabilkan gula dalam darah. Selain itu, protein juga merendahkan tahap insulin dalam badan, iaitu hormon yang memainkan peranan penting dalam merangsang penyimpanan lemak dalam badan terutamanya di sekitar perut.

4. Minum air teh hijau setiap hari

Teh hijau mengandungi catechins, iaitu sejenis kompaun yang boleh membantu mengurangkan lemak di perut. Ia meningkatkan kadar metabolism anda dan membantu hati membakar lemak. Gantikan secawan kopi anda dengan teh hijau dan minum sebanyak 3 kali sehari bagi kesan yang terbaik. Elakkan mengambil teh hijau yang mengandungi gula bagi mengekalkan kelebihannya.

5. Gunakan minyak kelapa dalam diet

Tidak seperti minyak sayuran, minyak kelapa mengandungi rangkaian sederhana trigliserida yang menyumbang kepada ciri kesihatan minyak kelapa. Trigliserida senang dihadam dan ia mudah ditukarkan kepada tenaga oleh hati. Malah, ia turut merangsang metabolism badan justeru itu membantu anda mengurangkan lemak di perut.

6. Elakkan tekanan

Calm millennial woman relaxing on soft comfortable sofa meditating or having daytime nap, carefree lazy girl breathing fresh air enjoying no stress free peaceful weekend morning resting on couch

Tekanan yang kronik boleh meningkatkan lemak dalam perut anda. Hal ini kerana, tekanan merangsang hormone yang digelar kortisol yang bertindak meningkatkan nafsu makan anda. Cari jalan untuk mengurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti meditasi atau mandi air suam. Menguruskan tekanan dari hari ke hari boleh mengawal lemak dalam perut anda.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk melakukan semua tips di atas bersama aktiviti fizikal dan senaman. Luangkan sedikit masa sebanyak beberapa hari dalam seminggu untuk bersenam. Bersenam bukan sahaja mempercepatkan pengempisan perut dan mengurangkan lemak, malah ia turut mencergaskan tubuh badan anda. Di samping itu, jagalah pemakanan anda dengan teliti. Elakkan makanan manis dan diproses yang boleh menjejaskan matlamat anda.

SUMBER

https://www.shape.com/healthy-eating/diet-tips/30-greatest-flat-belly-tips-all-time

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324636

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/fitness/7-steps-to-a-flat-tummy-in-7-days/articleshow/12328383.cms

https://www.healthline.com/nutrition/get-a-flat-stomach

Summary
5 Tips Terbaik Untuk Kempiskan Perut Anda
Article Name
5 Tips Terbaik Untuk Kempiskan Perut Anda
Description
Pada zaman ini, ramai yang ingin mempunyai badan cantik dan sudah tentunya perut yang kempis. Daam artikel ini, kami kongsikan tips terbaik!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: