gambar makanan

Pada zaman teknologi hari ini, fotografi makanan dan telefon pintar berpisah tiada. Semuanya rasa teruja untuk mengambil gambar makanan dan berkongsikannya dengan orang lain.

Tapi, masalahnya adalah apabila kita mengambil gambar yang langsung tidak menarik seperti yang kita lihat di depan mata.

Rasanya sungguh mengecewakan, ditambah lagi apabila niat utama kita adalah untuk memuat naik gambar makanan itu di media sosial.

Jadi, apa nak buat untuk dapatkan gambar makanan yang sempurna menggunakan telefon bimbit? Haa di sini kami kongsikan 5 tipsnya. Teruskan membaca ya!

1. Gunakan Cahaya Semula Jadi Untuk Membuat Foto Anda Tampil Segar

Kebanyakkannya gambar makanan yang kurang cantik diambil dengan pencahayaan buatan seperti fluoresen dan jenis lampu tiruan yang lain.

Anda perlukan cahaya semula jadi untuk menjadikan gambar makanan anda kelihatan segar dan menarik. Selalunya, jurugambar makanan profesional akan menggunakan lampu strobo yang besar dan mahal untuk meniru cahaya matahari yang semula jadi dan tersebar.

Tapi, apakah cara lain yang boleh kita lakukan sekiranya kita tidak mempunyai peralatan yang mahal? Ya lah, kita pun bukannya jurugambar profesional kan. Apa yang kita boleh buat ialah cukup dengan membawa pinggan anda ke tingkap untuk mendapatkan cahaya semula jadi dan ambil gambar dari sudut di tempat teduh.

Masa nak ambil gambar tu pastikan anda menjauhkan diri dari sinar matahari yang cerah ya. Ini untuk elakkan bayang-bayang di foto anda.

Tapi, kalau tak dapat elakkan cahaya matahari tu, anda boleh lah tutup pinggan makanan anda dengan cakera atau panel penyebar kecil supaya ia berfungsi seperti tingkap agar cahaya jadi kurang terang.

2. Dapatkan Paparan Sempurna dengan Kad Bouncing

iPhone dapat membantu anda mengambil gambar melalui pendedahan cahaya yang betul, namun bukan setiap masa anda akan dapat pencahayaan yang bagus.

Jadi, apa yang boleh anda buat ialah mendapatkan bounce card. Fungsinya ialah memantulkan sebahagian cahaya dari sumber cahaya utama ke makanan anda dan meningkatkan pencahayaan. Anda boleh dapatkan kit reflektor yang berfungsi menyebarkan cahaya dan memantulkan lebih banyak cahaya ke pinggan.

Selain itu, anda bolehlah memanfaatkan fungsi ‘lock exposure’ di telefon bimbit anda dengan menyentuh skrin anda dan tingkatkan pencahayaan semasa anda melihat ikon matahari muncul di skrin telefon. Hasilnya, gambar makanan anda akan lebih terang!

3. Manfaatkan Sebilangan Besar Lensa Sudut Lebar Telefon Anda

Satu elemen penting yang perlu anda ambil kira adalah sudut. Kamera telefon pintar mempunyai lensa sudut yang sangat luas. Jadi, apabila anda mengambil sudut yang salah, maka kurang menariklah gambar anda.

Pengambilan foto dari sudut atas 90 darjah adalah popular di masa ini. Namun, tidak semua gambar makanan sesuai diambil dari atas kerana gambar akan kelihatan timbul dan kurang kedalamannya. Contohnya, sudut atas tidak sesuai kalau anda nak ambil gambar burger.

Kalau anda nak ambil gambar makanan yang agak tinggi seperti burger, cuba letakkan kamera anda di atas meja untuk mendapatkan tangkapan terus kepada burger tersebut dan hasilnya, semua hidangan burger anda dapat dipamerkan dalam satu gambar. Kalau nak gambar jadi lebih besar, cuba gunakan lensa sudut lebar ya!

4. Gunakan Latar Belakang Neutral untuk Menonjolkan Makanan

Niat utama anda hendak mengambil gambar makanan adalah untuk mempamerkan makanan itu sendiri. Jadi, pastikan latar belakang gambar makanan anda itu tidak menarik mata menjauhi makanan itu.

Contohnya, elakkan latar yang terlalu berwarna-warni atau bertekstur. Kalau meja makanan itu terlalu bercorak, mungkin anda boleh meletakkan pinggan anda hingga mencapai latar lantai konkrit atau jubin berwarna neutral.

Satu lagi, pastikan latar gambar itu tidak terlalu semak dengan alat peraga, kerana ia mungkin akan mengalihkan perhatian daripada makanan anda.

Anda juga boleh mengambil gambar makanan dengan jarak dekat. Tapi, jangan lah dekat sangat sampai orang tak tahu gambar apa yang anda ambil. Seterusnya, bersihkan dulu keliling pinggan daripada titisan makanan yang tidak disengajakan supaya gambar anda dilihat lebih menarik.

5. Gayakan Hidangan Anda

Anda mungkin dah pilih sudut dan latar yang betul, tapi kalau makanan itu sendiri kelihatan tidak kemas, maka gambar makanan anda tetap kelihatan kurang menarik. Jadi, apa yang anda boleh buat adalah menggayakan makanan anda.

Jika anda ambil gambar di rumah, cubalah gunakan ramuan dan hiasan untuk gayakan makanan anda. Boleh juga tambah bahan lain seperti sos tambahan dan potongan roti. Ada juga yang menggunakan garam atau lada kasar untuk ditabur di atas permukaan.

Jurugambar professional selalunya menggunakan barang-barang seperti alat makan vintage atau kotak linen, tanpa mengira alatan rakaman mereka sama ada telefon bimbit atau DSLR. Bagi kita yang biasa-biasa ni, boleh cuba peralatan dapur yang sedia ada ya!

Akhir sekali,

Kerja mengambil gambar makanan ni dikira antara karier yang agak rumit untuk dilakukan, tapi sangat bermanfaat. Apa salahnya jika kita mencuba sesuatu yang baru, demi untuk gambar makanan yang cantik yang boleh dimuat naik di media sosial kita.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengambil foto makanan yang lebih cantik lepas in ya!

Sumber:

https://thesmartphonephotographer.com/how-to-take-good-food-photos-with-a-phone/

https://expertphotography.com/smartphone-food-photography/

https://www.savoredjourneys.com/take-good-food-photos-with-your-phone/

Summary
5 Tips Mengambil Gambar Makanan Guna Telefon Pintar
Article Name
5 Tips Mengambil Gambar Makanan Guna Telefon Pintar
Description
Pada zaman teknologi hari ini, fotografi makanan dan telefon pintar berpisah tiada. Semuanya rasa teruja untuk mengambil gambar makanan dan berkongsikannya dengan orang lain.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: