5 Tips Kurus Paling Berkesan
Sekiranya anda ingin menjadi langsing dengan cepat dan mudah, berhenti menghitung kalori dan menjalani diet yang salah.

Terdapat banyak cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Walaupun begitu, banyak rancangan diet boleh membuatkan anda berasa lapar atau tidak berpuas hati. Ini adalah sebab utama mengapa anda sukar untuk mengikuti sesebuah diet. Selain itu, anda mungkin tidak dapat menurunkan berat badan dengan hanya melakukan diet kerana bersenam juga diperlukan supaya lemak badan dapat dibakar dengan betul. Tetapi, setiap individu adalah berbeza. Perkara yang berfungsi untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda.

Sekiranya anda ingin menjadi langsing dengan cepat dan mudah, berhenti menghitung kalori dan menjalani diet yang salah. Mengira kalori tidak menjamin penurunan berat badan, dan diet yang salah hanya akan memberikan hasil jangka pendek. Tapi, anda boleh cuba 5 tips kurus paling berkesan ini dan lihat perbezaannya tidak lama lagi.

1. Hidratkan badan anda

Mengalami dehidrasi adalah penyebab utama yang meningkatkan keinginan makanan, jadi minum banyak air! Air menolong anda untuk kenyang dan merupakan kaedah utama untuk menyahtoksin badan anda. Bagi mengira keperluan air anda, ambil berat badan anda dan bahagikan dengan dua. Ini adalah jumlah auns air yang anda perlu minum setiap hari.

Sekiranya air biasa terasa membosankan bagi anda, perasakannya secara semula jadi dengan potongan buah atau sayuran untuk lebih keseronokan. Anda juga boleh cuba air lemon yang bukan sahaja enak tetapi juga baik untuk mencegah masalah sembelit dan membantu proses pencernaan. Simpan sebekas atau sebotol air di meja anda untuk membantu mengingatkan anda untuk minum air, dan bawa botol air yang boleh digunakan semula semasa dalam perjalanan.

2. Imbangkan kalori yang dibakar dan dimakan

Ianya adalah baik jika anda melakukan latihan di samping makan secara sihat untuk mencapai berat badan yang lebih baik. Tetapi, latihan kardio selama 30 minit bukanlah satu laluan mudah untuk makan sebanyak yang anda boleh. Sekiranya anda mempunyai perspektif bahawa anda boleh makan apa sahaja kerana anda boleh “hilangkannya” semula melalui senaman selepas itu, ini adalah perspektif yang salah. Jika anda perlu menimbang skala keseimbangan ke arah yang mendorong anda untuk menurunkan berat badan, ketahuilah bahawa kira-kira 3,500 kalori di bawah keperluan kalori anda diperlukan untuk menurunkan satu paun lemak badan.

Untuk menurunkan berat badan kira-kira 1 hingga 2 paun seminggu pula, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1000 kalori setiap hari. Pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi pengiraan kalori atau anda juga boleh melabur dalam alatan pintar seperti jam tangan pengira kalori untuk mengesan jumlah kalori yang diambil dan dibakar.

3. Jangan percayakan “makanan diet”

Individu yang mahu berdiet sering kali mencuba untuk makan makanan rendah kalori untuk menurunkan berat badan. Anda mungkin membeli makanan berlabel “rendah lemak”, “kurang kalori” atau “ringan” di kedai untuk membantu dalam pelan penurunan berat badan anda. Tetapi, kadangkala, makanan diet ini sebenarnya tidak baik untuk diet anda.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kita cenderung makan secara berlebihan dengan produk makanan yang membawa label tertentu seperti “sihat”, “ringan” atau “rendah lemak”. Sekiranya anda menganggap bahawa makanan ini mungkin tidak rendah kalori atau bebas lemak, memilih makanan yang ringan boleh menyebabkan anda mengambil lebih banyak kalori secara keseluruhan. Sekiranya anda masih mahu mencubanya, pastikan anda selalu membaca label produk dengan teliti dan periksa senarai ramuannya. Selain itu, cari makanan yang rendah lemak dan kalori secara semula jadi.

4. Elakkan terlalu banyak ‘cheat days’

Ianya adalah satu idea baik untuk melakukan ‘cheat day’ tetapi ada yang cenderung melakukannya secara berlebihan. Apabila anda mengehadkan pengambilan kalori, metabolisme anda boleh berubah. ‘Cheat day’ mungkin boleh membantu mendorong metabolisme anda untuk mengimbangi sebarang penurunan atau kelewatan. Hari-hari sebegini juga dapat memuaskan keinginan anda yang tidak dapat dielakkan, membantu anda untuk terus berada dalam landasan betul dalam jangka panjang. Tetapi, anda hanya boleh melakukan ‘cheat day’ sekiranya anda dapat melakukan perkara seperti berikut:

  • Jauhkan rasa bersalah dan negatif kerana melakukan ‘cheat day’
  • Hadkan ‘cheat day’ selama sehari sahaja (tidak lebih dari itu)
  • Bergerak ke jalan yang betul semula setelah ‘cheat day’ jangan toleh ke belakang

5. “Eksperimen” dengan bahan di dapur

Cara makan yang sihat tidak akan membosankan jika anda menggunakan variasi ramuan dan rempah dalam hidangan anda. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan rasa hidangan dan menggantikan lemak tetapi masih memuaskan seperti makanan biasa anda. Menyediakan makanan anda sendiri akan membantu mengelakkan anda meengambil terlalu banyak kalori. Anda boleh kawal ramuan, saiz hidangan dan menyesuaikannya rasanya mengikut kehendak anda sendiri. Makanan di kedai sering mengandungi kalori tersembunyi dalam pelbagai bentuk. Mengambil kalori tersembunyi sebegini boleh jadi membahayakan.

Justeru itu, sambil anda mencuba resipi baharu, masukkan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam hidangan anda setiap hari. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga lebih murah daripada sumber makanan lain yang ada di pasaran. Cuba juga resipi-resipi baru di luar norma anda yang mana anda mungkin dapat menjumpai rutin makanan sihat yang sesuai dengan diri sendiri.

SUMBER

https://www.womansday.com/health-fitness/nutrition/g3238/ways-to-stay-skinny/

https://www.besthealthmag.ca/best-you/weight-loss/11-secrets-to-getting-slim/

https://health.usnews.com/health-news/blogs/eat-run/2012/09/24/7-ways-to-lose-fat-fastand-fit-into-your-skinny-jeans

https://www.stylecraze.com/articles/sure-shot-ways-to-get-a-perfect-slim-body/

https://www.healthline.com/nutrition/how-to-lose-weight-as-fast-as-possible#2.-Eat-protein,-fat,-and-vegetables

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
5 Tips Kurus Paling Berkesan
Article Name
5 Tips Kurus Paling Berkesan
Description
Sekiranya anda ingin menjadi langsing, hentikan menghitung kalori dan menjalani diet yang salah. Sebaliknya, jom ketahui 5 tips kurus paling berkesan sekarang.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *