5 Tips Kesihatan Berguna Dikongsi Oleh Influencers Kesihatan Ini
Kesihatan yang baik adalah penting untuk menjamin kebahagian dan kesejahteraan seseorang.

Kesihatan yang baik adalah penting untuk menjamin kebahagian dan kesejahteraan seseorang. Ia juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana populasi yang sihat cenderung mempunyai tahap kelangsungan hidup yang lebih lama dan lebih produktif. Mengetahui cara terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan juga penting. Dalam artikel kali ini, kami mengumpulkan 5 tips kesihatan berguna yang dikongsi oleh Influencers kesihatan terkenal di Malaysia untuk dijadikan sebagai panduan anda.

Gunakan minyak pati – Yasmin Hani

View this post on Instagram

Today i will be doing lotsa balms and face serum.. For my family, brother, friend and our helper Fina for her varicose vein. Kita ikhtiar.. InsyaAllah. Kalau berserah tanpa ikhtiar nanti apa pun tak jadi. Maka keluarlah segala simpanan minyak2 Young Living yang bekasnya warna warni macam rainbow ni. Oh tak lupa juga minyak Pevoo dan cold pressed virgin coconut oil, organic beeswax, mango shea butter skali. Semerbak satu rumah. Kalau tak mandi seminggu pun takkan perasan😅. Rupa tu of coz lah nampak sangat tak semenggah. Tapi jangan sampai ke tahap tu ya. Kalau dah wangi muka biar kemas dan helok. . Mudah2an ada feedback yang best from them. Untuk kaki Fina ni nak tengok berkurangan tak urat timbul dia tu. Dalam balm dia ada lemongrass to tackle the problem, frankincense is good for skin, peppermint n eucalyptus sebab dia kata nak yg panas2 sikit (penat kerja sebagai pembantu ni), dan geranium kasi dia wangi skit. (Kalau kamu tak tabur Rose saya dalam vacuum haritu Fina dah boleh sedekah sikit dalam balm ni. For now, terimalah Geraniuuummmm…😘 Eh ok ape) . Ok dah, malam ni gak akan mula pakai chest rub untuk Eissa ni. Kulit dah lah tengah kering tu selsema plak. Adoi Kesiann. Lets put a stop to it. Oh yes my serum too.. Haaa yang ni ada Rose 🌹. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. #YLEO #YasminHani #DIYwithHani #HaniEOstory #HaniLovesEO #OiLavishTeam #YoungLivingMy #HaniEOJourney #HaniYLEORecipe #YoungLivingHartamas

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on

Yasmin Hani adalah seorang pelakon dan Influencer kesihatan terkenal di Malaysia. Dalam salah satu kiriman Instagram beliau, beliau telah berkongsi tips kesihatan beliau mengenai manfaat menggunakan minyak pati. Menurut pengalamannya, beliau menggunakan minyak pati dalam bentuk balsem untuk mengurangkan penampilan urat varikos pada rakannya. Untuk membuat balsam tersebut, beliau menggunakan minyak pati serai untuk menangani masalah itu, yang dicampur dengan sentuhan eucalyptus serta geranium. Eucalyptus memberikan sensasi mentol pada kulit manakala geranium memberikan wangian untuk balsem.

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis dan faedah minyak pati kepada kesihatan, antaranya seperti:

  • Pudina: digunakan untuk meningkatkan tenaga dan melancarkan sistem pencernaan
  • Lavender: digunakan untuk melegakan tekanan
  • Sandalwood: digunakan untuk menenangkan saraf dan membantu daya tumpuan
  • Bergamot: digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki keadaan kulit seperti ekzema
  • Ros: digunakan untuk meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan
  • Chamomile: digunakan untuk meningkatkan mood dan ketenangan
  • Ylang-Ylang: digunakan untuk merawat sakit kepala, loya, dan keadaan kulit
  • Tea Tree: digunakan untuk melawan jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Jasmine: digunakan untuk membantu kemurungan, melahirkan anak, dan libido
  • Lemon: digunakan untuk membantu penghadaman, mood, sakit kepala dan banyak lagi

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencampur dan memadankan setiap minyak ini supaya ia boleh menjadi minyak keajaiban yang mempunyai fungsi 3-dalam-1. Selamat mencuba!

Tabiat Makan – Jessica Ong

View this post on Instagram

Have got a long way to go in terms of learning proper eating habits, but I'm glad I've finally started to wake up to the importance of #nutrition. If you allow it to, your body will tell you what it needs. This means actually paying attention to how you feel, your moods, and your #energy levels after consumption of a particular #food or meal. . Without getting into the complicated nutritional science behind this, a simplified way of thinking about a #balanced meal can be thought of through MyPlate's recommendation – half your plate should be fruits and vegetables, 1/4 grain, and 1/4 protein. They also recommend a glass of milk for calcium. As you can tell, I'm not hitting all the requirements here but that's the point – you do what you can. . Eating well 80:20 of the time is better than eating clean 💯 but falling off the bandwagon a month later. Allow yourself room for treats (hence 80:20) because your goal must be realistic. If you've never had a #healthy meal in your life, then perhaps start with a 50:50 goal. . Don't obsess over #cleaneating. Instead focus on eating #realfood. Real food doesn't mean #organic, it simply means actual food that hasn't been processed. Making a spaghetti sauce out of tomatoes is real food, getting it out of a can is not. And finally, don't count calories. Research shows it just doesn't work, and an obsession with calorie restriction tends to backfire. Please note, I'm not a nutritionist nor a dietitian, so please refer to the pros as they will still be your best source of info. . This is not an ad. Due to my #lifestyle and body type, I require more protein than what I can get through eating. I was lucky enough to try a sample of @healnutrition.global green tea (they have coffee too) #proteinshake and I've been hooked ever since. Yum! Please do your own research as to what works for you (or even if you need additional #protein in the first place). But if you'd like to try it out, use promo code "JESSICAHEAL10" for 10% off – limited to 10 uses and valid until 30th April. Alternatively msg me and we can buy in bulk for further discounts (only if I see you around please!) 😊 . Thanks for reading #realtalkjeszeo #realtalk #goodvibesonly

A post shared by Jesze O | Wellness & Fitness (@jeszeo) on

Menurut Jessica Ong, porsi makanan seimbang yang perlu diikuti adalah, separuh pinggan anda harus diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, 1/4 bijirin, dan 1/4 protein. Segelas susu turut disyorkan untuk diminum bersama hidangan bagi tujuan kalsium. Namun begitu, Jessica Ong tidak benar-benar mematuhi semua keperluan tersebut. Menurutnya, anda perlu melakukannya selagi yang anda boleh, sesuai dengan tahap dan keadaan anda.

Beliau turut menegaskan bahawa makan dengan baik pada setiap masa adalah lebih bagus berbanding makan secara bersih (eat clean), tetapi berhenti di pertengahan jalan. Benarkan diri anda untuk beberapa ‘ganjaran’ kerana matlamat anda mestilah realistik. Jika anda tidak pernah mengambil makanan yang sihat dalam hidup anda, maka mungkin anda perlu mulakan dengan matlamat 50:50.

Tips kesihatan beliau adalah, anda tidak perlu terlalu banyak berfikir mengenai makan secara bersih. Sebaliknya, anda harus memberi tumpuan kepada makan makanan sebenar. Walau bagaimanapun, makanan sebenar tidak semestinya organic, apa yang dimaksudkan adalah makanan yang tidak diproses.

Contohnya, seperti menggunakan tomato asli untuk membuat sos spaghetti adalah salah satu jenis makanan sebenar.  

4 Tips Mudah Untuk Mengurangkan Tekanan – Benny Price

Menurut Benny Price, tiada gunanya anda makan protein dan vitamin jika anda berada dalam keadaan tidak boleh mencerna makanan dengan betul. Mengurangkan tekanan adalah sama penting dengan menjadi cergas atau ‘fit’. Berikut merupakan 4 tips kesihatan yang dikongsikan oleh Benny Price untuk mengekalkan tahap stress beliau terutamanya selepas sesi latihan yang berat.

1. Ambil masa anda

2. Bernafas dengan tenang melalui perut anda dan bukannya bahu anda

3. Makan makanan yang tinggi dengan Magnesium atau pilihan lain:

a) Mengubah diet anda

b) Mengambil suplemen

4. Makan dalam persekitaran yang menenangkan. Ini secara tidak sedar akan membuatkan tubuh anda bertenang secara automatic justeru itu, merendahkan tahap tekanan anda.

Tonton video di atas untuk maklumat lebih lanjut mengenai tips kesihatan yang dikongsikan oleh Benny Price!

Ganti daging dengan sayur-sayuran – Joanna Soh

Sama ada anda seorang vegan, vegetarian, atau mungkin anda ingin mula menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam diet anda, Joanna Soh berkongsi mengenai 10 makanan dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik dan berfungsi hebat sebagai pengganti daging.

Tumbuh-tumbuhan/Sayur-sayuran yang TERBAIK sebagai pengganti daging:

1) Tempeh

2) Kekacang

3) Cendawan

4) Terung

5) Tauhu

6) Edamame

7) Kobis bunga

8) Quinoa

9) Ubi Bit

10) Nangka

Ia mungkin sedikit mencabar bagi anda yang baru memulakan diet ini, tapi teruskan mencuba tips kesihatan ini dan ubah beberapa perkara mengikut kesesuaian anda. Anda akan dapat menyesuaikan diri dengan makanan seperti ini dalam masa beberapa hari atau minggu, sehingga mungkin anda tidak menyedari bahawa anda tidak menyentuh daging langsung buat masa yang lama!

Tonton video Joanna di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat diet berasaskan tumbuhan yang beliau kongsikan.

Minum air yang mencukupi – Nana Al Haleq

https://www.instagram.com/p/BuDIteyHZRy/?utm_source=ig_web_copy_link

Secara umum, minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari adalah penting untuk kesejahteraan keseluruhan kami. Menurut tips kesihatan daripada Nana Al Haleq, ia bukan sahaja dapat membantu anda terhidrasi, ia juga boleh memastikan bahawa sistem tubuh anda berjalan lancar dan menghilangkan toksin dengan berkesan.

Seperti tips kesihatan yang dikongsi oleh beliau, minum air adalah cara untuk meningkatkan keperluan penghidratan cecair harian tubuh kita. Namun, dengan penambahan hidrogen ke dalam air minuman, ia boleh meningkatkan lagi keberkesanan meminum air!

Tambah beliau, air hidrogen adalah air yang telah diseduh dengan gas hidrogen, yang memberi banyak manfaat terhadap kesihatan.

Berikut merupakan manfaat kesihatan air yang mengandungi hidrogen seperti yang dikongsi oleh beliau:

  • Menurunkan risiko sindrom metabolik
  • Meningkatkan pembelajaran dan ingatan
  • Mengurangkan degenerasi otot
  • Mempercepatkan waktu pulih semasa latihan
  • Anti-penuaan!
  • Mencegah sembelit
  • Merawat arthritis rheumatoid
  • Melindungi dari penyakit Parkinson
  • Menstabilkan tahap kolesterol

Cubalah amalkannya dan anda akan merasai kesannya terhadap peningkatan kesihatan anda!

Summary
5 Tips Kesihatan Berguna Dikongsi Oleh Influencers Kesihatan Ini
Article Name
5 Tips Kesihatan Berguna Dikongsi Oleh Influencers Kesihatan Ini
Description
Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 tips kesihatan berguna oleh Influencers kesihatan di Malaysia untuk dijadikan sebagai panduan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: