airbnb kuantan

Airbnb Kuantan untuk anda rujuk sekiranya ke Kuantan! Kuantan merupakan ibu kota bagi negeri Pahang yang terletak di pantai timur Malaysia.

Kuantan memiliki banyak seumber tarikan utama di Malaysia seperti Tanah Tinggi Cameron, Taman Negara, dan taman tepi laut iaitu Taman Teruntum yang mempunyai Zoo Mini dan taman lanskap.

Menariknya lagi, kawasan ini dikelilingi oleh pantai-pantai indah yang sangat sesuai untuk bersantai. Oleh itu, jika anda merancang perjalanan ke Kuantan, pastikan anda mengetahui beberapa tempat penyewaan percutian Airbnb yang  terbaik ini supaya anda dapat menikmati penginapan terbaik sepanjang anda berada di sana.

Airbnb di Kuantan :

Anna’s homestay kuantan

Homestay yang selesa ini sangat bagus untuk diduduki bersama keluarga atau rakan-rakan kerana ia terletak berhampiran dengan banyak restoran, kedai dan banyak lagi. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan setoap bilik dilengkapi penghawa dingin untuk keselasaan pengunjung.

Bilik pertama mempunyai dua katil single, bilik kedua mempunyai satu katil bersaiz queen, manakala bilik ketiga mempunyai satu katil bersaiz queen dan satu katil single. Semua bilik mandi di homestay ini dilengkapi dengan pemanas air, jadi anda akan lebih selesa ketika mandi.

Selain itu, televisyen juga disediakan di runag tamu supaya pengunjung tidak bosan apabila berada di rumah. Homestay ini mempunyai ketersediaan untuk mendaftar masuk sendiri yang menjadikan semuanya baik dan teratur. Tuan rumah homestay ini sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan atau kemusykilan melalui Airbnb.

F.M Homestay

Homestay ini sangat baik untuk diduduki kerana ia berdekatan dengan tempat-tempat utama di bandar ini. Tempat penginapan di sini menyediakan bilik dengan semua kemudahan yang lengkap untuk keselesaan penginap. Di dalam bilik juga dilengkapi dengan tandas peribadi, tuala, dan sabun.

Selain itu, jika jaringan internet anda kurang baik ketika berada di homestay ini, anda tidak perlu risau kerana tuan rumah menyediakan WiFi untuk para tetamu.

Demi keselesaan tetamu, homestay ini turut mempunyai penyaman udara agar tidak panas dan televisyen di dalam bilik sebagai hiburan ketika bosan. Bagi mereka yang memiliki kenderaan juga tidak perlu risau kerana tempat letak kenderaan yang selamat juga disediakan oleh tuan rumah ini.

Homestay rasa damai kuantan

Homestay Rasa Damai Kuantan menawarkan penginapan sederhana dan selesa untuk para tetamu yang datang menginap. Homestay ini terdiri daripada 3 bilik tidur dengan katil queen yang lengkap bersama selimut dan bantal tambahan yang selesa untuk tidur.

Anda tidak perlu risau dengan cuaca yang panas kerana homestay ini lengkap dengan penghawa dingin demi keselesaan tetamu. Sekiranya anda ingin mencuci pakaian, anda tidak perlu ke dobi kerana di homestay ini sudah menyediakan mesih basuh untuk anda.

Selain itu, kemudahan lain juga turut disediakan seperti televisyen untuk hiburan, dapur untuk memasak, dan tempat letak kereta yang selamat. Tambahan lagi, homestay ini berdekatan dengan restoran, pasar raya, hab pengangkutan, dan tempat popular lain. Jadi, memang mudah untuk anda jika hendak membeli barang keperluan asas.

Memory homestay

Jika anda mencari tempat penginapan yang hampir dengan lapangan terbang, Memory Homestay sememangnya adalah tempat yang anda cari! Homestay ini hanya berjarak sepuluh minit perjalanan ke bandar Kuantan, berhampiran lapangan terbang, dan banyak restoran.

Homestay ini memiliki satu bilik yang sesuai untuk dua orang tetamu. Penghawa dingin dan WiFi juga disediakan di homestay ini, jadi anda tidak perlu risau jika cuaca panas ataupun ketika jaringan internet anda kurang stabil selama berada di sini.

Ketika datang ke tempat penginapan ini, anda tidak perlu membawa barang seperti cadar dan tuala kerana tuan rumah telah pun menyediakannya untuk tetamu yang datang. Jika anda seorang yang bekerja, anda boleh membuat kerja anda di ruang kerja yang disediakan supaya anda boleh membuat kerja dengan aman dan selesa.

Selain itu, jika anda malas untuk membeli makanan di luar dan ingin memasak makanan sendiri, anda boleh memasak di dapur yang disediakan.

Hartamas homestay

Hartamas Homestay adalah tempat di mana para tetamu boleh merasa seperti berada di rumah sendiri. Ia adalah rumah moden dengan konsep hotel. Ia adalah tempat penginapan yang sesuai untuk tetamu individu, kumpulan kecil, dan perjumpaan sosial.

Sesiapa sahaja yang menginap di homestay ini pasti akan sangat berpuas hati kerana homestay ini dilengkapi dengan televisyen dan gimnasium untuk bersenam pada bila-bila masa. Rumah ini terdiri daripada empat bilik tidur dan dua bilik mandi.

Anda juga boleh mencuci pakaian anda menggunakan mesin basuh yang disediakan tanpa perlu ke dobi. Penyaman udara juga disediakan di homestay ini supaya para tetamu kekal selesa walaupun ketika cuaca panas terik. Tambahan lagi, jika anda seorang yang kurang gemar membeli makanan dari luar, anda boleh memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan.

Setiap orang pasti menginginkan tempat penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan banyak kemudahan bukan? Jadi anda bolehlah menilai dan melihat sendiri tempat Airbnb yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda seperti yang telah dicadangkan kepada anda. Semoga penginapan anda di Airbnb Kuantan akan menjadi penginapan yang terbaik dan memuaskan untuk anda.

Sumber:

https://trip101.com/article/top-airbnbs-in-kuantan-malaysia

Summary
5 Tempat Penginapan Airbnb Terbaik Untuk Anda Di Kuantan
Article Name
5 Tempat Penginapan Airbnb Terbaik Untuk Anda Di Kuantan
Description
Kuantan merupakan ibu kota bagi negeri Pahang yang terletak di pantai timur Malaysia. Kuantan memiliki banyak seumber tarikan utama di Malaysia seperti Tanah Tinggi Cameron, Taman Negara, dan taman tepi laut iaitu Taman Teruntum yang mempunyai Zoo Mini dan taman lanskap.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: