5 Tempat Menarik Di Malaysia, Wajib korang Kunjungi!!

Pasti korang bosan dengan PKP yang tak berkesudahan ni kan? Mesti anda sudah mula membayangkan tempat menarik di Malaysia. Pernah terfikir tak lepas habis Pandemik ni korang nak Travel kat mana je?

Dalam musim PKP ni bukan sahaja kita perlu menjaga diri daripada Covid 19 semata-mata tetapi kita juga perlu memastikan mental kita dalam keadaan yang sihat.

Untuk dapatkan mental yang sihat kita perlu berada dalam situasi yang tenang dan bebas dari tekanan. Kadang-kadang bila lama sangat terperap kita memang akan merasakan sedikit tekanan. Tetapi macam mana kita kawal tekanan tu adalah penting.

Okay tidak mengapa, kali ini kami akan kongsikan tempat-tempat menarik di Malaysia yang wajib korang kunjungi! Sebelum berkesempatan bercuti mari kita dapatkan aura percutian dulu. Manalah tahu menenangkan keserabutan dalam kepala kan?

5 Tempat Menarik Di Malaysia

Jangan pula anda tak tahu Malaysia ni terlalu kaya dengan sumber alam. Bukan itu saja, terlalu banyak tempat yang korang boleh kunjungi kat tanah air kita ni tau! Nak pula lepas PKP pastinya banyak tempat percutian yang terjejas yang perlukan kehadiran kita untuk menyokong sektor pelancongan kita.

Seperti yang kita semua tahu pelbagai sektor yang terkesan akibat pandemik ini. Maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu dan memberi galakkan dalam pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, Berikut terdapat lima tempat menarik di Malaysia yang anda wajib kunjungi!

1. Cameron Highland

Nama ini diambil bersempena dengan nama Sir William Cameron.  Beliau merupakan seorang juruukur  oleh British yang telah diarahkan untuk menjajah Tanah Melayu pada ketika itu untuk melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak pada tahun 1885. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan tempat sejuk yang di Malaysia iaitu pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia.

Cameron Highland terletak setinggi kira-kita 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C – 20°C. Sekiranya anda seorang yang suka dengan suasana percutian yang damai, sejuk dan menyegarkan ini adalah tempat yang sesuai. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan disini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas.

2. Kundasang, Sabah

Ini juga antara percutian tanah tinggi. Dan untuk ke sini anda perlulah menaiki kapal terbang. Excited kan? Alang-alang dah lama tak ke sebelah barat Malaysia kan apa salahnya. Desa Cattle ialah syarikat produk tenusu yang beroperasi di Sabah sejak 2010 lagi. Tempat sejuk di Malaysia ini merupakan tempat pengeluar produk hasil tenusu utama di Pulau Borneo. Syarikat ini juga mempunyai ladang tenusu yang berukuran sekitar 199 hektar di Mesilau. Dianggaran sekitar 60,000 liter susu segar dihasilkan pada setiap bulan dan juga fidlot lembu untuk penghasilan daging di Lok Kawi serta Penampang.

Desa Cattle Dairy Farm juga merupakan tempat sejuk di Malaysia yang sememangnya tempat paling menyeronokkan untuk anda kunjungi.  Tempat ini terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau. Tempat sejuk di Malaysia ini juga cukup terkenal dengan pasar sayur yang dibuka tujuh hari seminggu. Desa ini sesuai dijadikan tempat peranginan seisi keluarga kerana suhunya yang agak sejuk dan sangat nyaman.

3. Fraser Hill, Pahang

Bukit Fraser atau Fraser Hill sudah lama menjadi destinasi pilihan buat pengunjung yang mahukan pengalaman percutian di tempat sejuk di Negara ini. Terletak kira-kira hanya 2 jam lebih sahaja bagi tempoh memandu dari Ibu Kota Pahang, menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang pasti bakal menghiburkan anda sekeluarga. Jadi kalau anda ingin bercuti ke kawasan sejuk menarik dan tidak terlalu jauh. Bukit Fraser antara tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.

Antara tempat yang wajib anda lawati di Fraser Hill adalah The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Allen’s Water, Hammant Trail Fraser Hill, Air Terjun Jeriau, Taman Flora Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Taman Rekreasi Bukit Fraser, dan Menara Jam Bukit Fraser. Jam yang terpacak betul-betul ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini seolah-olah menyambut ketibaan anda.  Tempat sejuk di Malaysia ini wajib untuk anda bergambar dan selfie.

4. Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi Bentong Pahang sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia.  Ia adalah salah satu tempat  yang sejuk di Malaysia yang sangat-sangat nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit Ini. Sekiranya anda dari kawasan sibuk di Lembah Klang, atau Selangor dan KL disini kawasan yang hampir dengan anda untuk meluangkan hujung minggu dengan lapang dan segar.

Di sini anda boleh menginap di Colmar Tropical Berjaya Hills, hotel ini sangat unik kerana dibina bertemakan perkampungan Perancis. Suasana di Colmar Tropical Berjaya Hills mampu membuatkan anda merasakan sedang bercuti di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Banyak lagi aktiviti dan kawasan menarik yang anda boleh nikmati contohnya Japanese Village, Animal Park, Botanical Garden dan anda juga boleh menunggang kuda.

5. Gunung Jerai, Kedah

Dengan suhu di antara 19 – 24 darjah celcius, tempat sejuk di Malaysia ini adalah kawasan tarikan pelancong dari seluruh dunia, terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara dari kawasan tanah tinggi. Hutan Lipur ini agak istimewa kerana kewujudannya terletak di Gunung Jerai.

Gunung Jerai adalah kawasan sejuk di Malaysia. Ia juga merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi utama dimana ia telah disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian. Berhampiran dengan kawasan peranginan ini, terdapat banyak tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal.

Terdapat denai hutan yang menghubungkan kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dengan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun. Di pintu masuk utama pula terletak sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.

Apa macam? Best tak? Semoga selepas pandemik ini berakhir kita boleh lawati tempat-tempat menarik ini!

SUMBER:

https://ammboi.my/tempat-sejuk-di-malaysia/#1_Cameron_Highland

https://www.trixoli.com/my/ms/destinasi/malaysia/

Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang | Percutian Bajet

Summary
5 Tempat Menarik Di Malaysia, Wajib korang Kunjungi!!
Article Name
5 Tempat Menarik Di Malaysia, Wajib korang Kunjungi!!
Description
Pasti korang bosan dengan PKP yang tak berkesudahan ni kan? Mesti anda sudah mula membayangkan tempat menarik di Malaysia. Pernah terfikir tak lepas habis Pandemik ni korang nak Travel kat mana je?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: